Monday, April 7, 2008

Cabaran seorang doktor...

Ibu bapa dakwa doktor cuai sebabkan kematian anak

ALOR STAR: Sepasang suami isteri yang baru dikurniakan anak sulung sedih kerana bayi mereka yang baru berumur tujuh hari meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital. Mohd Yusri Saidin, 31, dan isterinya Rohaya Jaafar, 28, mendakwa seorang doktor pelatih gagal memaklumkan kepada doktor yang lebih kanan apabila bayi mereka dilahirkan dalam keadaan `lemas’ di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, 12 Mac lalu. “Walaupun reda dengan kematian bayi kami, tapi kami tidak berpuas hati dengan tindakan doktor tersebut yang dianggap cuai,” kata Rohaya di rumahnya di Kota Sarang Semut, dekat sini.
Bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu ditempatkan di dalam inkubator selepas dilahirkan, tetapi meninggal dunia tujuh hari kemudian semasa masih berada (di luar inkubator) di hospital berkenaan. Beliau yang juga kakitangan di hospital itu berkata, ketika dimasukkan ke bilik bersalin pada 5 Mac lalu, beliau terpaksa menjalani pembedahan kerana anak di dalam perutnya didapati lemas. “Punca lemas itu adalah kerana tali pusat yang keluar telebih dulu sebelum bayi. Tapi yang mendukacitakan saya ialah tindakan doktor terbabit yang tidak mengendahkan aduan saya supaya segera memanggil doktor pakar untuk mengendalikan bayi yang sedang dilahirkan.
“Akibatnya, anak saya dilahirkan dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat CPR dan berjaya menggerakkan nadi anak saya sebelum dimasukkan ke dalam inkubator,” katanya. Bagaimanapun hayat bayi itu tidak lama kerana meninggal tujuh hari kemudian. Rohaya berkata, mereka sudah merujuk kes itu kepada pihak hospital yang mengakui kecuaian mereka dan turut menunjukkan surat hukuman menggantung kerja selama dua bulan kepada doktor pelatih berkenaan. “Tapi kami masih tidak berpuas hati di atas kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital,” katanya.
Mereka membuat laporan polis berhubung insiden itu. - Bernama



tadi bace bharian online..ter"berminat" n tertarik nak bace berita nie...
lepas bace..taktau nak cakap ape...nak salahkan sape???doktor ke??atau patient tu sdiri..??
berat jer rase hati..nie laa die cabaran bila jadi seorang yang bergelar doktor...huh..sanggupkah???ape laa agaknyer perasaan doktor yang didakwa tu...dah laa doktor pelatih..isk..kesian...betul ke salah die???ermm..tak tau ape nak cakap...yang penting sekarang ni..i have to study hard....sbb takut kalau study main2..nnt byk perkara yg kita tak tau..sekaligus menjejaskan masa depan..jejaskan kualiti kerja..etc..dan mungkin akan berlaku perkara yg mcm nie..

.semoga Allah mempermudahkan urusan harian..permudahkan pembelajaran...kuatkan ingatan...lapangkan dada..amin..
*musim exam dah tiba...doakan chep yerk...smoge dpt buat yg terbaik....then boleh balik msia!!!hehe..x sbar nk jpe PINGU..hehe..dan juga anak2nyer.....

0 comments: