skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;'
Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Al-Amin.."
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.
Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,(especially at Friendster)"
Kak, rasa malu tu campak pi Thailandka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,B
ukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,Bila dunia diletakkan di hati.
.
Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti remaja ,Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!
Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa
*dicopy dr satu sumber...emm..sedih dgn situasi skrg....
wahai adik2 juniorku..sahabat2ku...jgn laa mcm tu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment