Showing posts with label chep's feelings. Show all posts
Showing posts with label chep's feelings. Show all posts
1 comments

Monday, January 24, 2011

Penghambaanku

Jatuh cinta sangat-sangat dengan lagu ni sejak hujung tahun lepas. Entah lah, lirik dia macam sangat best, betul-betul tepat ke jiwa. Memang tembus lah. =)



Dibanyak malam aku berdo’a
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan mampu dosa terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu

Dibanyak hari aku mencoba
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku


SSTSM, 11.46PM beit Anfaal

2 comments

Saturday, January 22, 2011

Kelas ENT 3 kali je seminggu

Entah angin apa, tiba-tiba dia nak tukar mood sesarang dia.
Nak cari udara baru sikit. Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi. Lepas. Lagi sekali dan lepas.
Alhamdulillah, Allah masih bagi oksigen untuk meneruskan kehidupan.
Setinggi-tinggi tinggi tinggi syukur.
Eh chep, kata-kata je tak cukup ye, sila buktikan dengan amal.
Harap maklum.

Winter tak jadi balik Malaysia. Cukuplah ummi dah datang tengok anak dia ni minggu lepas.
Thyroid punya problem pun insyaAllah dah makin baik. Level-level dia dah nak masuk normal range. Alhamdulillah, semuanya dengan kuasa Allah setelah sebulan lebih berusaha.
Rasa macam agak cepat jugak la. Kalau Allah izin, tiada yang mustahil. Tiada yang boleh halang. Tiada yang boleh lawan, kan?


SSTSM,
beit Anfaal.
10 comments

Thursday, December 2, 2010

Perkongsian Rasa


Tajuk sangat macam tak tahu nak bagi tajuk apa. Hehe.

Huh, 5 minggu tak berupdet. Pencapaian yang cemerlang. Seronoklah juga. Haha.
Tiba-tiba rasa nak menulis. Bila terbaca blog sahabat-sahabat, datang satu perasaan.

Beberapa minggu lepas, saya mendapat satu khabar berita. Sesungguhnya ia berita yang baik, kerana ia datang dari Allah. Mana ada perkara yang Allah bagi pada hambaNya dengan niat menzalimi hambaNya, kan? Manusia itu sendiri yang suka menzalimi diri sendiri. Menindas diri sendiri, tapi menyalahkan yang lain.

Bila mana ada 2 orang doktor O&G dari Malaysia datang ke Mesir, pastinya ramai yang excited nak berjumpa, bertanya pelbagai soalan dan menggali pengalaman-pengalaman mereka. Saya termasuk salah seorang tersebut. Saya terperasan yang salah seorang doktor tu berkali-kali memandang saya. (Haha, entah-entah perasan sendiri je). Selepas siap makan-makan, tiba-tiba ada seorang dari kami beritahu yang doktor tu nak mencheck @ mendiagnose saya. Sebenarnya memang terfikir pun nak tanya, tapi tak tertanya. Senang cerita, doktor tu yakin yang saya ada masalah kesihatan, dan mereka berdua pesan untuk jumpa doktor di Mesir ni secepat mungkin. Yang bestnya saya belajar dari sini, seorang doktor mesti kena pandai observe walau dari jauh. Ada juga satu kes lain yang doktor ni perasan keesokan harinya. Ok, mari sama-sama jadi doktor yang hebat, insyaAllah.

Sign and symptoms?
Tremor , palpitation, increase appetite but decrease weight, high heart rate during resting (tachycardia), increase metabolism, staring eye, exophthalmus, lack of focus, easy fatigability, head ache, etc.

How to diagnose?
Blood test for T3, T4, TSH.

Treatment?
According to the cause.
Usually start by drugs : Carbimazole and B-blocker.
Follow by : Thyrodectomy (surgical removal of the tyroid) or iodinized radiation.

Ihsan dari google.
(Belum sure pun Grave, tapi probability sangat tinggi)

Thyroid dalam gambar ni obviously besar,
kalau kita tak dapat detect, pelik lah kan?

Alhamdulillah, bila diri sendiri yang kena sakit ni, automatiknya akan terhafal pasal penyakit ni. Level-level normal and abnormal, apa tindakan drugs tu, apa side effects ubat-ubat tu. InsyaAllah. Sebab itu saya katakan ini adalah nikmat yang Allah nak bagi. Kalau tak, mesti macam takdelah nak ambil tahu betul-betul.

Ok, mula-mula masa doktor tu sahkan, rasa macam sangat gembira sebab persoalan saya terjawab. Its better to know, kan? Better late than never. Walaupun doktor Mesir cakap " you should come 6 months ago. =)

Tiba-tiba ada satu malam tu, rasa tak kuat. Berjurailah air mata. Entah kenapa, macam tiba-tiba je. Padahal takdelah apa sangat pun. Kalau mati pun kenalah terima kan, sebab setiap yang bernyawa pun akan mati. Kenapa perlu risau lebih-lebih? Setiap yang datang dari Allah tu, penawarnya juga dari Allah. Haish, memang mengutuk diri sendiri lah lepas dari malam tu.
Takut juga tergolong dalam golongan yang tidak sabar dan tidak redha. Huhu.

Seorang sahabat berkongsi dan mengingatkan , yang uniknya umat islam ini bila mana mendapat nikmat dia bersyukur, dan bila mana ditimpa bala/bencana, juga ia bersyukur. Rasa macam sangat bagi kesan pada diri dengan ayat ni. Bukan tak pernah tahu, tapi tak teringat sebab kurang beramal kot. Sungguh, nak jadi macam tu juga. Redha dengan segala sesuatu dari Allah, insyaAllah.

Penyakit ni pun sebenarnya reversible je. Cuma kena treatment dan follow up selalu. Dapat pulak budak ni dah bertahun-tahun tak pergi hospital melainkan untuk medical check up atau kelas dan teman orang je. Allah nak bagi rasa tu. Terima kasih Allah. =)

Ada budak kecik cakap " Orang lain nampak macam serious, tapi kak chep yang berpenyakit ni pulak yang nampak gembira je, tak terefek dengan keadaan sekeliling." hehe.

Orang sakit mood dia memang menentu, kan?

Ala kulli hal, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

ps: Tak suka nak sebut "berpenyakit". Sihat je sebenarnya, cuma badan je lah yang tak berapa nak sihat. Haha. Faham ke? =)

ps lagi: Saya tak berahsia pun dengan orang hal ni, so that sesiapa je boleh doakan saya. Doakan ye. (ke dikira mengada-ngada bila beritahu orang?)
=)



chep
2 Disember 2010
Kauthar
3 comments

Saturday, October 16, 2010

..

Saya nak jadi budak baik.
Baik pada semua, yang bukan untuk meraih pujian manusia.
Boleh bantu saya?

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya dan kawan-kawan semua.
Maafkan saya atas kesalahan atau apa-apa sahaja perbuatan saya.

Astagfirullah.

Terima kasih semua.
2 comments

Monday, September 20, 2010

Fokus

Ada satu kisah.

Seorang budak, sedang melipat kain baju di suatu malam. Tangannya rancak melipat satu demi satu baju, tapi fikirannya jauh sangat, langsung tiada kaitan dengan pergerakan fizikal yang sedang dilakukan. Setelah beberapa ketika, dia terperasan sesuatu. Baju yang telah dilipat sepatutnya disusun , tapi dia rupanya lipat dan campakkan balik baju tersebut dalam timbunan kain yang belum dilipat. Oh, dia telah membuang tenaga dan masa di situ kerana terpaksa lipat semula.

Kata dia, perkara ini terjadi gara-gara hatinya gundah-gulana memikirkan perkara lain. Jasad dia ada di situ, tapi jiwanya sudah lama berkelana.

Kesian budak itu.

Peringatan : Sila fokus pada kerja anda. Sekali anda cuai, anda bakal mengganggu-gugat kehidupan harmoni yang dengan susah-payah anda telah bina sebelum ini.

noktah.
1 comments

Wednesday, September 8, 2010

Ber-uz-lah


Rasa mahu menembak. Boleh ke?

Mengarah dan meminta tolong itu dua keadaan yang berbeza. Betul? Jika kita menggunakan perkataan tolong, pastinya lebih manis.

Rasa mahu ber-uz-lah dalam gua. Boleh ke? Rasa macam terlalu sibuk dengan dunia. T__T.

Oho, tak nak tinggalkan ramadhan. Tak nak raya lagi. Tak layak dapat "hadiah" (baca: raya) dari Allah.

Moga Allah menerima amal-amalku.

Ameen.


1 comments

Sunday, September 5, 2010

4 hari

Sungguh kesal dengan amalan diri. Benci diri sendiri. Ramadhan dah nak habis. T___T.
Aku tak mahu tergolong orang rugi. Aku juga tak mahu termasuk dalam golongan yang tidak mendapat keampunan Allah ramadhan ini.

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan berkat, bulan yang diselubungi dengan rahmat Allah di dalamnya, bulan yang dihapuskan dosa dan kesalahan, bulan dimakbulkan doa, Allah melihat sesiapa yang menghidupkan bulan ini, malaikat mendampinginya, maka Allah melihat dari diri kamu kebaikan, maka sesungguhnya celakalah orang yang diharamkan darinya rahmat Allah. [Hadis Riwayat Tabrani


Sudah la chep, jangan cakap je lebat, action yang sepatutnya hebat.

rasa sedih dan kecewa sampai ngilu hati.


bye.

puasa tinggal 4 hari je. Kejar jangan tak kejar!