9 comments

Saturday, May 7, 2011

Di mana dia di hati kita

Jika engkau ingin tahu kedudukanmu di sisi Allah,

maka lihatlah dulu kedudukan Allah di dalam hatimu.

ps : Internet di beit LS seperti siput. Jadi, update nya pun ciput. :)
Adakah perlu bersara dari dunia blogger?

4 comments

Wednesday, March 23, 2011

mr danny

Mula-mula macam malas nak cerita, tapi bila fikir-fikir balik, saya mahu orang tahu kebaikannya dia dan mendoakannya.

Semasa transit di Bahrain, saya bersama dengan salah seorang mangsa kemalangan yang berlima tu. Menjadi tanggungjawab untuk memastikan keadaan si adik dalam keadaan yang baik., kan Yanna? hehe. Sampai di airport, Yanna nak makan ubat. Jadi, saya pun berjalan-jalanlah mencari kedai yang ada jual air mineral.

Saya bertanya kepada kakak penjaga kedai, bolehkah saya membayar dalam USD.
Ye, memang boleh, tapi sayangnya mereka tiada baki dalam USD. So, ingat nak gerak pergi kedai lain dah. Tapi tiba-tiba di sapa oleh seorang lelaki kulit putih (mat salleh), berusia linkungan 40an.

" What do u want to buy miss?"
"Mineral water"- jawab saya ringkas sambil membalas senyumannya.
"But she said she has no change for USD"
"Yes, but its ok, i'll buy at another shop"
"Hmm, what about if i pay for u?"
"No, thank you sir, i can go to another shop"
"No, no, no, let me help you. Do u want some cookies?"
"No, thank u sir, just a mineral water"

Masa ni, lelaki tu memandang pada kakak kedai sebagai tanda isyarat yang dia akan bayarkan untuk saya. Oh, lelaki ni bayar guna kad kredit.

"But sir, i already swipe your credit card"- jawab kakak kedai yang comel.
"Hmm, its ok, can u do it one more time so that i can help her"
" Yes, but the minimum is 5BD. That will just cost [ ] --> tak ingat. hehe
"Its ok, how about if i take another things so that the total will be 5BD?"

Maka lelaki tersebut minta kakak tu tambahkan beberapa makanan untuk cukupkan nilai 5BD tu. Juga sekali lagi beliau mempelawa saya untuk mengambil biskut. Tapi mestilah tolak, malu kot. Cukuplah air je yang free. :)

"Im Danny, whats ur name?"
"Sharifah"
" Sharifah, i want u to enjoy ur time here. I want everyone to be happy. Just enjoy the beatiful scenery."
"Thank u so much sir!"

Sepanjang duduk di tempat menunggu, saya memerhatikan Mr. Danny. Sungguh, dia orang yang sangat ceria. Tak lekang dengan senyuman. Hampir semua orang disapanya. Baik berkulit putih, hitam, hidung mancung ke tak mancung ke, dewasa, mahupun kanak-kanak. Kagum melihat peribadinya. Pasti disenangi orang. Kalau Mr. Danny pun dah cukup baik, apatah lagi akhlak rasulullah. Mesti super duper hebat dan mampu menpengaruhi jiwa-jiwa manusia.

Saya mahu semua orang doakan Mr. Danny. Doakan yang terbaik untuknya, mana tahu satu hari nanti dia akan bersama kita. Ya, bersama dalam agama kita.

Sungguh, saya sangat kagum dengan beliau. Disenangi semua orang.

Bila bercerita pada kawan-kawan tentang Mr. Danny, saya akan describe dia " Macam sesuai lah kalau dia nak berlakon jadi doc dalam cerita House"- ^_^

ps : Eh korang, kalau ada salah grammar ke apa ke, bagitahulah saya. English saya memang teruk pun. T____T. Bantulah saya ye.
2 comments

Tuesday, March 8, 2011

Allah tak izin

1) Join kem anjuran JPA dekat Bukit Sagu

2) Balik naik flight ramai-ramai dengan student JPA yang lain

3) Tak bagi berjalan-jalan bergembira di luar rumah

4) Makan kena berpantang

Sekarang ada 2 penyakit. Satu thyrotoxicosis tu. Tapi ni cerita lama . Yang latestnya kena demam campak (chicken pox).

Kita tahu, penyakit ni penghapus dosa. Allah nak bagi peluang hapuskan dosa. Tapi kadang-kadang rasa malu, sebab banyak penyakit, maksudnya banyaklah dosa. (tafsiran sendiri). Penyakitnya pula jenis yang bukan boleh baik 2-3 hari. Bila fikir-fikir balik, maki diri sendiri. Allah bagi sakit, supaya peluang nak muhasabah lebih. Lebih dekat dengan Allah. Lebih banyak boleh hapus dosa. Mungkin Allah nak ingatkan , sebab saya mudah lupa. Bukan semua orang ada peluang yang sama, kan? Maka, sila bersyukur. Umat islam kan unik, bila mana mendapat nikmat, dia bersyukur. Bila mana mendapat bencana, juga dia bersyukur.

Juga, kita sepatutnya sungguh-sungguh beriman dengan ayat-ayat Allah.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]"
Ya, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk iman kita.
3 comments

Saturday, February 26, 2011

26 Feb

Cukup cantik alam ciptaan Rabb kita. Sempurna. Tapi kita hambaNya yang menjadikan sebahagiannya nampak sedikit cacat cela. Pemandangan yang sepatutnya indah, mendamaikan jiwa, dihias pula dengan maksiat melata. Damai yang aku cari, tapi sebaliknya yang kalian beri. Aku tahu tak cukup andai sekadar membenci dengan hati, tapi....... Tak mungkin tanggungjawab itu boleh aku campak ke tepi.

Rasa macam nak bawa balik pantai-pantai kat Kuantan ni balik ke Mesir. Nak setup dekat depan rumah. Hehe. (Ok, sorry!)


------------------------------------------------------------------------------------------------


Lupa nak ambil gambar dengan dia hari ni. Sampai je, terus dia buka cerita macam biasa, kongsi-kongsi rasa. Tapi kan, saya rasa saya kurang respon kepada luahan hati awak kali ni. Awak perasan tak? Takut nak terus lontar pendapat, rasa perlu analisis dulu keadaan, fikir pandangan yang sesuai untuk segala persoalan dan luahan rasa awak. Nanti saya nak karangkan karangan panjang, insyaAllah. (: