5 comments

Tuesday, July 14, 2009

Kita yang mane ye?


salam buat semua..salam summer..salam bulan penuh keberkatan....

2 minggu di tanah air, satu nikmat yg Allah beri untuk pulang ke pangkuan orang-orang tersayang.

Di hari cuti macam ni,semua orang boleh dikatakan "sibuk"...
Tapi setiap orang tu kesibukkannya berbeza-beza.
Mari lihat contoh kesibukkan yang biasa berlaku.

Si A sibuk menghabiskan masanya membaca pelbagai novel
Si B tidur banyak2, katanya nak qada' tidur yang tak cukup sepanjang musim exam
Si C buat marathon movie, baik korea, hollywood, bollywood, malaywood
Si D baca buku motivasi, naikkan semangat supaya tahun depan lebih semangat (waaa.)
Si E rajin membuat kerja2 di rumah, ni lah peluang nak berbakti pada keluarga
Si F buat reunion dengan kawan2 sekolah, lama tak jumpa
Si G main game banyak2, tgk anime puas2
Si H blogging, seronok menulis kot
Si I pergi berjaulah (jalan2) serata dunia, pergi eropah ke takpun jalan keliling msia
Si J tengok tv puas2 kat msia,dah lame tak tgk tv nie
Si K pergi sekolah lama, jumpa cikgu junior2
Si L jadi cikgu, cari pengalaman

Cukup dulu contoh2 ni...
Mana satu kita dalam list2 tu? Ada tak diri kita dalam tu? Saya ada kot. Takkan korang takde?
Ni antara contoh2 yang biasa. Banyak lagi kan sebenar. Kita lebih tahu apayang kita buat.
Di mana pun kita, aktiviti apa pun kita buat, mari sama-sama pastikan tiada yang sia-sia.
Letakkan niat, tetapkan matlamat, dapatkan manfaat.
Matlamat apa ya yang nak dicapai cuti ni? Sudahkah kita listkan matlamat2 itu?
orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal.

Hidup ini memang kita perlu buat banyak pilihan.
Tapi atas dasar apa pilihan yang kita telah buat? Juga yang bakal dibuat?
Atas kepetingan agama? Kepentingan peribadi? Keluarga? Pangkat? Harta?Negara?
Kita lah yang akan buat pilihan. Pastikan pilihan kita itu dasarnya kukuh. Asasnya kuat.
Ada hala tuju.

***************************************************************************

Minggu lepas pergi JB. Jumpa anak buah yang comel, Aleesya. Walaupun mula2 macam takut je ngan nde dia ni (makcik), tak lama lepas tu ok je. Jom tgk gambar!






sekian dulu~jumpa di lain entry!
2 comments

Sunday, July 5, 2009

Update Terkini

salam dari bumi malaysia \(^-^)/...

alhamdulillah(3X)....
selamat sampai di malaysia pada hari jumaat, 3julai, walaupun sepatutnya dijadualkan pada 1 julai. Atas masalah2 tertentu pada tiket, maka tiket egypt air kami ditukarkan kepada Gulf air, dan kami mendapat pulangan sebanyak LE 100.

Atas pesanan mak aimi,maka kami memakai mask bermula tibanya di airport cairo sehingga tiba di airport KLIA. Lemas lah jugak, buka masa nak makan dan masa rasa cam lemas sgt je.

Tiba di malaysia, mula memantau-mantau keadaan semasa sambil mengatur jadual yang mula kelihatan bertindih-tindih. Dilema jugak ni, nak ke situ atau ke sana. Nampak gayanya kene syura dulu ni. Semuanya dirasakan penting. Kawan2, maaf kurang online,saya akan usahakan streamyx mahupon broadband. Doakan semuanya berjalan lancar.

Sampai je kuantan, terus ajak ke ECM untuk cari kedai buku. Akhirnya, 5 buah buku berjaya saya beli :

  • Petunjuk sepanjang jalan --> Pakcik Syed Qutb ( xsangka bleh jumpe buku ni..hepy daa)
  • Riwayat hidup puteri2 rasulullah --> Muhammad Baihaqi
  • Kisah Khalifah2 Islam --> Mohd Kamal & Badruddin
  • Dalam mihrab cinta --> Habiburrahman
  • Aku terima nikahnya --> Abu Saif
Doakan saya berjaya mengkhatamkan buku2 ni ye. Paham2 jela, sy bukan pembaca marathon buku2 selain buku2 silibus sekolah. =D

No celcom saya dah mati rasanya. Tapi saya akan try pegi celcom centre untuk dapatkan balik no tu. Apa2, nnt saya inform ye kwn2.

Selamat bermujahadah ye semua. Gunakan nikmat sihat dan waktu lapang ini dengan sebaiknya. Ingatkan saya jika saya lupa. Banyak dugaan dan cabaran bila duduk rumah ni. Kita kena buat mutabaah amal ni. Kalau tak konfem terumbang-ambing. Ok, nak kena gosokkan baju budak yang nak gi sekolah esok ni.

*Sabrina kucing baru yang berwajah sedih. Sedih je tgk muka dia. Mmg semula jadi cam tu. Hehe. Anak dia ada seekor je yang hidup. Warna kelabu. Apa2 pun, justin dan pingu tetap dirindui. isk..isk...