7 comments

Thursday, June 25, 2009

Misteri 2.50 pagi

Exam medic untuk tahun 2 dah habis, alhamdulillah ala kulli hal...Teruskan berdoa dan bertawakal. Teruskan dengan bekerja untuk urusan lain. Banyak tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.
Bagi yang bakal pulang ke malaysia, selamat pulang. Doa banyak2 ketika bermusafir. InsyaAllah.

Berita baru...
23 jun 2009....
2.30pagi...
Chep tersengguk-sengguk di depan laptop di bilik study, tak mampu lagi membuka mata untuk menjawab soalan oral pass year (credit to senior2 yg buat usaha kumpul soalan2 ni, sepanjang oral memang guna soalan tu untuk study)
Sebab rasa memang dah tak boleh tahan mengantuk, terus melelapkan mata di ruang tamu, meninggalkan Iylia sorang2 kat bilik study. Orang lain pun semua dah syahid.

2.50 pagi....

" Chep, chep, bangun, ade orang ketuk pintu ngan tekan loceng tu"
Chep bingkas bangun, tersentak. Mula-mula ingat nak biar je, mst hilang jap lagi. Tapi tiba2 berbunyi lagi loceng tu. Dan bunyi lagi, diikuti dengan ketukan bertubi-tubi. Sympathetic la time tu.

" Chep, pintu tu tak kunci!" pintu balkoni pun, pintu bilik depan pun.

Aduhh...ini kes serius nie! Lantas chep dan iylia bangun mengambil kunci dengan senyap. Iylia masukkan kunci ke tombol pintu. Buat satu pusingan, tiba2 loceng dipetik lagi. Pintu diketuk lagi. Berlari kami ke bilik depan. Meninggalkan kunci dipintu. Tapi meninggalkan kunci lebih selamat dari tarik kunci tu. Lega la jugak. Masuk bilik, duduk tenangkan diri, baca ayat kursi, baca 3 qul, mohon perlindungan Allah dari makhluk yang berniat jahat.


3.10 pagi...
Sekali lagi pintu diketuk, kali ni lebih kuat. Cuak bertambah. Teringat tingkap bilik study yang sgt senang untuk dibuka. Tapi syaratnya kena terjun dari sutuh untuk sampai ke bilik study tu.
" Ayu, bangun la yu, ada orang ketuk pintu tu". Nasib baik ayu bangun, dah 3 orang yang berjaga, rasa lebih berani. Ada cadangan pergi ke dapur untuk cari apa2 senjata nak lindungi diri. Kami bertiga terhendap-hendap ke dapur. Lampu langsung tak dibuka. Laci ditarik perlahan-lahan. 3 pisau kami ambil. terfikir waktu tu macam dalam movie plak Kami masuk bilik depan balik, duduk menenangkan diri. Menanti dengan penuh debaran. Memang terus diabaikan bunyi2 loceng dan ketukan tu.



3.30 pagi...
Keadaan yang tadi senyap sunyi kini kembali riuh. Anjing dah start gaduh2 balik rutin anjing2 di sini gaduh malam2 sambil duduk atas kereta orang . Suara lelaki2 arab yang suka buang masa main game kat kedai bawah kembali kedengaran. Dalam masa yang sama terdengar bunyi enjin motor dihidupkan. Jiwa rasa lega tiba-tiba. Disebabkan dah nak dekat subuh, jadi kami berjaga menuggu azan. Buku depan mata, tapi baca tak paham pape. Pengalaman betul.

Hypothesis .....
  • Saya duduk diam2, pikir2 sapelah agaknya orang tu. Saya yakin mmg orang, bukan makhluk lain. Orang tu bukan rakyat malaysia, sebab kalau malaysia mesti akan cakap ape2 mase ketuk tu.
  • Dia bukan perempuan, of coz.
  • Dia bukan pakcik atau makcik rumah bawah.
  • Ada yang berpendapat orang tu mungkin nak cari kawan dia yang menyewa kat sini dulu.
  • Saya punya pendapat, orang tu adalah orang yang delivery apa2 makanan. Rasanya memang ada je kedai yang delivery service 24 hours. Pastu sayangnya dia salah rumah.Sebab tu dia sungguh2 ketuk sampai dekat 40 minit. Sebab dah jadi tanggungjawab dia pastikan makanan tu sampai pada orang yang order. Lampu luar kami rosak, so gelap. Jadi dia pon tak nampak no rumah. Huhu. Boleh terima pakai tak?
Kesimpulan.....
  • Sila la kunci rumah anda tak kira masa. Mmg kebanyakan kita ni tak kunci rumah kan? Pintu kat balkoni terbukak luas kan bila malam? mengaku je la....
  • Sebelum tidur, baca la apa yang patut. Al-mulk ke, atau apa2 aja yang sesuai. Kat asrama dulu hari-hari boleh baca, kenapa kat sini tak boleh? Mari kita berusaha!
  • Bila baca mathurat lepas asar tu, jangan baca main2. Jangan baca je sebab dah jadi rutin. Fahamkan maksud, hayati, mintak betul2 dengan Allah. InsyaAllah diri kita akan dilindungi.
0 comments

Tuesday, June 16, 2009

Untuk kita

just a short update~

ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..” dipetik dari SINI



Hampir seminggu arwah meninggalkan kita, tapi cerita tentang arwah masih tidak surut. Setiap hari blog-blog dipenuhi kisah arwah. Kagum dengan ummi ammar, betapa tabah dirinya. Berjaya mentarbiah aulad(anak) dengan baik. Ya, aku nak jadi seperti ummi ammar, mentarbiyah anak-anak dengan landasan Islam. Dengan dakwah. Semoga Allah berikan kami semua kekuatan. ameen ya rabb~


Ya, bagaimana nak jadi sehebat ummi dan ayah arwah? Nak jadi sehebat arwah? Itu yang perlu kita teliti. Bukan hanya menangis tak henti-henti menangisi pemergiannya. Tiada guna mengeluarkan air mata berliter-liter kalau hanya terkenangkan memori. Muhasabah diri. Perbaiki kekurangan. Memang benar arwah dah tinggalkan satu level yang tinggi kepada kita, manusia yang hidup. Sudah, kesat air mata, teruskan perjuangan. Dakwah takkan terhenti, tarbiyyah perlu berterusan.


Kepada sahabat-sahabat terdekat arwah dan warga gen6, tabahkan hati. Teruskan perjuangan. Kami tahu kalian orang yang paling terkesan dengan pemergian arwah. Menangislah sekadarnya. Hak mata untuk menangis, hak hati untuk sedih. Teringat kisah kewafatan rasullullah. Bagaimana sukarnya saidina Umar menerima hakikat itu. Pernah bayang peristiwa itu? Pastinya lagi pedih. Umar si gagah perkasa pun mengalir air matanya. Inikan kita manusia biasa. Apa-apa pun, memang setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti dan realiti.


Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya....



0 comments

Tuesday, June 9, 2009

pengubahsuian sdg dijalankan~

(*-*)