2 comments

Tuesday, April 28, 2009

Rugi kalau tak beli kurma nie!

salam aleyk...

wah wah..ramainya orang dah dapat tiket! semuanya macam tak sabar-sabar nak pulang ke malaysia..tapi kenapa nampak mcm runsing semacam je?


apa?


tak tahu nak bawa balik buah tangan apa?

jangan risau...ada penyelesaiannya :D

sukactita dimaklumkan bahawa tempahan kurma sudah dibuka sekarang. berikut merupakan butiran mengenai kurma-kurma yang boleh dibawa pulang sebagai tanda ingatan mesra kepada kaum keluarga dan sanak saudara:




kurma biasa 1kg : LE 15




kurma badam 500g : LE 15



kurma coklat 500g : LE 14


pek luxury [kotaknya lebih bergaya dan sesuai dijadikan cenderahati]



kurma biasa luxury 750g : LE 17





kurma badam luxury 24biji : LE 15






sebarang tempahan boleh dibuat kepada

ayu amiza abdul malik melalui
emailkan ke cool_maison@yahoo.com
tinggalkan offline YM msg ke starfiey
sms ke +20113241552

bagi ikhwah, boleh rujuk kepada mohd hazwan mohd salleh
YM hazu_89
+20113303813

adik2 tahun 1 kontek raihana ye!

tempahan dibuka sehingga tarikh written exam cairo u.
unt mengelakkan keserabutan.

---------------------------------------------------------------------------
award lagi dr ummi eisya



----------------------------------------------------------------------

(dapat 2 award, org suh amek, kite amek la ye)

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

No 1 – Sah-sah la ummi ni perempuan..tulen tau..huhu...

No 2 – Dah copy ye..dah letak award dengan bangganya lagi..

No 3 – Ala..nak kena ade sebab la pulak..7 pulak tu..dah la kekeringan idea ni..Hentam la labu...

1)Perempuan adalah tulang belakang seorang lelaki..Tanpa perempuan lelaki tidak mudah untuk berjaya.So lelaki-lelaki kat luar tu,hargaila seorang perempuan.Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan..(yeke ayat aku ni..)

2) Perempuan akan menjadi seorang ibu..Jadinya 'tangan ibu yang menghayun buaian mampu untuk mengoncang dunia'..dasyat tau ayat ni..

3)Perempuanlah yang melahirkan seorang anak kedunia ni..Sangat besar pengorbanan itu..Bayangkan seorang ibu mampu membawa anaknya di dalam perut selama 9 bulan 10 hari..

4) Perempuan yang melahirkan anak dan sewaktu itu dia meninggal dunia, matinya adelah 'mati syahid'. Tak perlu pergi ke medan perang..

5)Mulianya seorang perempuan itu sehinggakan apabila dia menjadi ibu lahirlah 'syurga dibawah telapak kaki ibu'

6) Perempuan seorang yang mempunyai jiwa yang lembut,mudah tersentuh,lebih menyayangi ,maka anak-anak akan lebih rapat dengan ibunya la..

7) Perempuan apabila menjadi seorang isteri, sangat mudah untuk mendapat pahala..setiap perbuatannya dengan niat untuk suami semuanya adalah pahala..


huh..cair otak dok pikir sebab-sebab ni..dah macam nak jawab exam lak..ish..ish..Maka dengan ini juga, ummi akan memberikan award termasuk la soalan-soalan diatas..kepada kawan-kawan baik ummi dan sesiapa juga yang membaca entri ni(kena amanah ye..Allah tahu..hahah ayat ugut ni.padahal nak korang rasa macam ne ummi kena fikir..huhu..)

ps : part kurma tu dicopy khas dr blog yuyu yamiza, part 7 reason utk award ni pun di curi copy dr blog ummi eisya..hehe..hujah ummi esiya best, so copy je la. Thanx ummi eisya. Suh eisya tggu aunty chep balik =D
kpd sahabat2, beli la kurma yg ayu jual nie, best insyaAllah. Buat hadiah kat cikgu2 sekolah ke, jiran ke, tak pun simpanan stok bulan pose, murah tau berbanding harga kalau beli kat msia, percaye lah!

khamis ni exam practical physio, doakan kami semua di sini ye~ syukran


8 comments

Monday, April 20, 2009

Soalan bocor, siap jawapan sekali!

Kalau dah terklik, digalakkan untuk teruskan pembacaan walaupun gaya penulisan agak memboringkan. (~_~)
usehe kite ni bkn utk xm,tp untuk allah nilai..
dan allah nk bg kjayaan tu,allah tgk usehe yg kite da bntangkn.
dgn mind setting spt ini.. kte akn mnjd lebih stabil dan x emo ktike stdy n ktk dapat camne result skali pn.
he knows everytg d best for us kn? " ,kate dad kacak dgn pnoh cool(walopon de sndrik tgh tertkan =p)

Hablu minallah n hablu minannas penting..
jage hbungan kamu ngn allah..
yg gado2 tuh baek2 laa...x susah pn,control emotion n jdla umat yg memaafkan..(nk buat tu susah >.< )
n berlaku baekla kpd sesame saudare kite..

Kata2 di atas dipetik dari blog paan, yg merupakan kate2 dr saudara dad kacak [bukan nama sebenar =D]

InsyaAllah, sesuatu ingin dikongsi. Mungkin berdasarkan pengalaman, melalui pemerhatian, juga rujukan serta peringatan dari orang2 sekeliling. Kalau ikutkan hati, takut juga nak buat entry ni. Entah la kenapa. Tapi, kena juga buat sebab rasa mungkin dapat bagi manfaat sedikt sebanyak at least untuk diri sendiri.

E.X.A.M
Bila sebut exam, macam2 kot yang terbayang dalam kotak fikiran kita. Lain orang mungkin lain pengalamannya. Tak sama. Camne yea kita tafsirkan istilah exam tu sdiri? Kalau ikut pengalaman sy sdiri, fatrah exam ni adalah satu jangka masa yg mana sy rasa sangat la berat. Bernafas pun macam nak tercungap-cungap. Asyik mengeluh je. Asyik nak menangis je. Asyik tak selera nak makan. Asyik tenyen. Asyik dan dan asyik. Huhu. Itu lah yg saya alami dalam fatrah exam final last year. Dalam 24 jam tu, brape jam je tdo. Siang mmg tak tdo langsung. Malam pun tido tak lena. Semua berubah.

Seseorang pernah tanya, apa yg antunna fikir ye pasal exam ni? Antunna fikir nak study je ke? Berkurung dalam rumah sepanjang hari menghadap buku. Baca dan baca. Buat latihan. Buat nota. Buat soalan spot. Pastu nak dapat mumtaz. Itu ke misi utama exam ye?

Hmm...memang tak dinafikan, rata2 kita memang bercita-cita besar nak mumtaz. Tak salah untuk mumtaz, malah amat la digalakkan sebab mumtaz memang bagus kan? Baik agama islam, kristian, buddha, semuanya mahukan penganutnya cemerlang. Tidak mundur. Itu satu kepastian. Satu kemestian. Untuk mumtaz, usaha pun mesti mumtaz. Apa2 pun, usaha mesti mumtaz. Camne ekk nak cakap. USAHA YANG MUMTAZ tu perlu dan pasti ada. Sama ada kita dapat mumtaz ke tak, tu cerita lain. Bukan kita yang tentukan. Jangan kita cakap kita dapat mumtaz sebab kita memang rajin, bijak dan sebagainya. Allah yg tentukan segalanya. Allah akan bagi kita atas apa yg kita usahakan. Allah dah sediakan satu ketetapan untuk kita.

" Rasa cam dah usaha dengan sangat dasyat, tapi kenapa result macam tak best je"

Kita tengok balik kata2 saudara dad kacak di atas. Padat dan mantap. Betul, usaha kita yang Allah akan nilai. Tak semestinya orang yang dapat mumtaz, pahalanya juga mumtaz di sisi Allah. Hmm..maksudnya cam contohnya si A dapat markah 99% untuk add math, sedangkan si B dapat 42% je. Memang secara zahirnya nampak macam si A tu cam dasyat, tapi di sisi Allah kita tak tau adakah pahala si A tu 99 point. Adakah si B punya pahala 42 je? Mungkin je kan pahala si B jauh berganda dari si A. Konklusinya di sini, semua orang kena berusaha sehabis baik. Demi mencari redha Allah. Ingat, hadaf kita untuk mendapat mumtaz dalam exam, manakala ghayah kita pulak untuk cari redha Allah.

[ Hadaf tu tujuan kita dalam jangka masa pendek, ghayah pulak matlamat yg lebih panjang. Kalau tujuan kita tercapai, tak semestinya matlamat tercapai jugak. Dan kalau tujuan tak tercapai, tak semestinya matlamat tak tercapai. cth - rasulullah punya hadaf untuk menegakkan syiar islam di seluruh dunia, manakala ghayahnya adalah untuk mendapat redha Allah. Kalau kita tengok balik, masa baginda wafat, Islam belum lagi tersebar ke seluruh dunia. Masa tu ada mekah madinah je. Perluasan wilayah kebanyakkannya dibuat oleh khalifah2. Baginda wafat dalam keadaan tujuan untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia tu tak tercapai pun. Tapi, matlamat untuk mendapatkan redha Allah tu tercapai. ]

EXAM~
Bukanlah semata-mata untuk menguji kos yang diambil. Let say, budak medic diuji dengan subjek2 medic cam physio, biochem, patho, pharma etc. Nope. Exam bukan untuk menguji kehebatan kita dalam bidang pelajaran kita je. Its more than that. Contoh, bila exam, kita
berhibernasi dalam bilik masing2, menghadap buku 20 jam sehari. Nak ambil tahu hal orang lain? Tengoklah kalau ada masa. Nak mengemas rumah, err, tunggu lepas exam la. Nampak si A cam muram and down je, biarlah dia, tensyen study la tu, aku pun tensyen. Tak muat otak nak fikir masalah orang lain. Nak masak? Huh, makan la pape yg ade je. Ni sebahagian je dari situasi. Dan ini semua adalah exam= ujian. Cam saudara dad kacak cakap, hablu minallah wa habluminnannas (hbgn dgn Allah dan hbgn dgn makhluk). Camne kita nak jaga hubungan kita ni masa exam, itu dikira exam la tu. Exam dr Allah. Kita semua dah tahu jawapan, tggl nak buat je. Ni kira jawapan bocor, bukan soalan je~

EXAM~
Ada orang bila exam, ibadah dia mencanak naik. Qyiam setiap malam tak pernah tinggal. Dhuha apetah lagi. Solat sunat rawatib sempurna setiap hari. Quran diperbanyakkan. Ada orang pulak bila exam, ibadah yg sunat2 tu dikurangkan sedikit demi memberi laluan untuk study. Walhal sebelum ni ibadahnya sangat dasyat. Last2, dua-dua jadi doktor jugak. Kita pun tak tahu yang mana lebih baik. Mana2 pun diri kita, pointnya adalah hubungan kita dengan Allah. If Allah help you, no one can overcome you. Maksudnya memang kena banyak2 minta dengan Allah. Tak kira masa, musim exam mahupun tak. Takpe je kalau sebelum ni kita bukan la rajin sangat nak qyiam, dhuha, dan sebagainya, tapi tiba2 time exam rajin gile buat semua tu. Nampak cam kita ni mintak tlg dgn Allah time susah je. Hmm..fatrah exam ni sebenarnya mendekatkan lagi kita dengan Allah. Jadikan medan exam ni sebagai tempoh masa dan latihan yg menjadikan kita lagi rapat dengan Allah. Then, kita cuba untuk istiqamah. Bila kemanisan tu dah dirasa, insyaAllah kita boleh istiqamahkan diri, insyaAllah.

Entry ni macam panjang..huhu..tu la..ni sbnrnya untuk nak ingatkan dan bagi semangat kat diri sendiri terutamanya.Hmm..tu lah, same2 kita doa, tingkat usaha. Sentiasa ingat Allah. Ingat akan pertolongan Allah. Tak boleh habiskan baca buku tu bukan bermakna kita akan gagal. Tak dapat jawab soalan dengan baik pun belum tentu kita akan gagal. Kita ada doa. Berdoa dan terus berdoa. Doa la pemeriksa tu murah hati bagi markah. Doa la kesalahan2 kecil kita tu pemeriksa tak perasan. Doa dan doa. Kita ada kekasih yang setia dengar rintihan kita. Dia boleh dengar setiap detikan hati. Setiap keluhan. Setiap kesedihan. Semua. Segalanya. Doa kita, takde limit. Takde pun kuoata tertentu untuk doa. Berdoa la selagi mampu. Mengadu dengan Dia. Segalanya disandarkan padaNya.

Rasanya setakat ni je dulu entry kali ni. Sama2 kita ingatkan diri bahawa segalanya ada dalam ketentuan Allah. Mari kutip buah2 pahala dengan usaha, insyaAllah. Sama2 kita doakan kejayaan diri, sahabat, dan seluruhnya. Doa sahabat kepada sahabatnya tanpa pengetahuan adalah antara doa yang makbul. Oleh itu, sama2 kita doakan sahabat2 kita, insyaAllah. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang mumtaz dalam hal duniawi dan ukhrawi, ameen~





8 comments

Sunday, April 19, 2009

Gigit telinga kucing tanda sayang~



Macam biasa, setiap hujung minggu mesti telefon msia. Cakap ngan abah, syahmi then ummi. Soalan common dari abah, camne periksa, bila habis? Ummi pun sama. Bila habis? Huhu...adehhh, ni baru warm up ni, belum sampai depolarization lagi =D


" Abah doakan orang tau, doakan orang boleh jawab, pastu pemeriksa murah hati bagi markah, pastu dapat mumtaz"- ameen.


Ni ayat common sy, setiap mggu akan ulang ayat ni, setiap kali tepon entah brape kali ulang ayat yg sama. Sangat mengharapkan doa dari ibu bapa. Sangat. Amat.


" Syahmi, esok kak de exam, doakan kakde tau, buat la solat hajat malam ni untuk kak de"


" Okay2, pekse baik2, syahmi nak keluar nie, kawan syahmi dah tggu, nak pergi minum kat kedai depan jap, syahmi baru siap buat kerja pateri"


" Ohh, okay, doakan kakde!


"Ye, bismilahi rahmanirrahim, bye!" (die bace bismillah je, pastu terus lari...apa daaa)


Borak2 dgn abah, pastu putus, Pastu try call skali lagi, syahmi dah balik. Sambung borak dengan dia.


" Kakde jangan la tidur dalam kelas, baru la senang pekse nanti"


"Hoho, soryy!,,kakde dah tak tdo tau skrg, dh jumpa jalan penyelesaian"


" Camne? [dia ni pun kuat tdo dlm klas masa duk asrama thn lps]


" Ikut subjek la, lain subjek lain cara. Kalau anatomy tu, kakde mewarna gambar dalam buku teks sambil dengar lecturer kakde mengajar"


" Haa? Mewarna? Dah tu kakde tak beri perhatian la masa cikgu kakde ajar?ishh.ishhh..., nanti cikgu kakde sebut, Sharifah, apa awak buat tu?"


Terkedu saya seketika. Haha. Then saya pun memberikan ulasan yg panjang lebar pada dia. Kelakar gak kadang2 borak dengan dia ni. Kejap je dia dah masuk f2. Kitorang mmg sekepala. Selalu kalau dia nak beli barang2, dia mst ajak saya. Taste kitorang sama kot. Macho~ huhu. Skrg dia dah besar. Dah pandai nak bergaya skit. Kelakar je bila abah cakap die mintak satu set barang2 adidas cam perfume, deodorant, etc. Syahmi ni adik yang boleh diharap. Memang selalu sangat mintak tolong ngan dia. Buatkan air ke, sidaikan baju ke, sapukan sampah ke. Huhu. Satu habit die yg saya dah tak reti nak stopkan adalah dia suke nak gigit telinga kucing. Bukan la gigit betul2, tapi ala2 gigit la. Dia cakap tu tanda kasih sayang dia pada kucing. (-,~)


Ok.. huhu..kene pegi dulu~konklusinya, jgn lupa mintak mak ayah doakan. Sangat la penting doa diorang. Biarlah smpai diorang naik jemu pun dengar kita suruh doakan, suruh juga. Hati mmg tenang la lepas tu..yg penting, diri sendiri pun mst byk doa. Nak tulis satu entry psl exam lepas ni. Tggu ye. Pegi dulu, ade projek ngan bdk2 kausar~

Aleesya~ =D





7 comments

Tuesday, April 7, 2009

Ada apa dengan Fustat ?

Salam untuk semua~

Baru lps telefon rumah, bertanyakan khabar ,isu2 semasa di Malaysia. Merisik-risik isu pilihan raya, isu PM baru [tok najib org pahang, makin maju la pahang nnt :)]. Bincang isu exam yg telah dan bakal ditempuhi, isu kucing2 yg sdg membesar juga mengimbau isu pingu dan justin :(. Sejak akhir2 ni, selalu pulak mimpi kucing2 ni. Mimpi yg plg sy igt Justin main ngan anak ular, pastu ekor dia putus kene belit, leher dia luka teruk. Pastu dlm mimpi tu, justin pandai cakap, die terus lari kat abah ajak abah pergi hospital. Percaya atau tak, sy bgn tdo dgn keadaan yg sgt sedih. Tgh blaja dlm klas, tetibe "ter" bergenang air mata igt mimpi tu.huhu. Biasenye org ckp kalau kita mimpi kena patuk ular maksudnya ade org nk dtg meminang. Tapi dlm kes ni, mungkin justin kot yg dh bertemu jodoh :D

Musim panas dh menjengahkan diri. Saya rasa agak mendadak gak perubahan dia. Bila panas, maka makhluk2 yg sembunyikan diri di musim sejuk kini telah muncul kembali. Sy kembali ber"mingle" dgn cik fly.fm. Huhu. Kedatangan dia sgt menguji kesabaran. Walaupun buat masa ni, mungkin setakat seekor dua, tapi kemeriahan mereka telah dirasai. Thn lps, kat fustat, sy pernah pukul sampai mati bersiri 30 ekor lalats :). Kenapa ntah rajin buat kerja bunuh membunuh time tu. Pastu dh insaf, tak buat dah. Study leave thn lps sy tak sunyi dgn adanya "mereka" ni menyerikan suasana. Sentiasa menguji kesabaran. A lot of thanx kerana mengajar sy menjadi lebih bersabar. Tu la kan, setiap makhluk Allah ni mainkan peranan masing2. Kesabaran kita teruji dengan adanya lalat2 ni, setuju?



Ok, bukan lalat je ye kwn2, juga lipas. Lipas-lipas. Nasib baik kata ganda 2 kali je perkataan tu diulang, tak ikut bilangan sbrn. Kalau tak terpaksalah sebut lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas-lipas secara infinity. Haha. Lipas kat rumah kami kat fustat dulu melakukan kemandrian spesies dgn banyaknya. Rumah tu baru, tak de barang, bersih, kemas, tapi datang gak mereka ni. Nak tau mane port diorang suka duduk? Kat dalam plastik yg kitorang letak cili kering. Ni lipas yg kuat mkn pedas, mungkin lipas dr negeri 9 mahupun melaka. Yang penting bukan kelantan sbb org kelantan suka makan manis kan?.Haha.Sampaikan masa nak blk msia dulu, ada yg nak ikut kami blk msia, nasib baik faty pergi beli penyembur ridsect. Lipas2 tu pengsan kene sembur, maka kami lari balik malaysia. Huhu.Lipas menjadi antara penyebab utama kami berpindah dr fustat ke munira, dengan harapan munira ni aman. [harapan kami tggi ye kwn2, doakan harapan ni bukan impian yg tggl harapan je ]



Maka, bersempena dgn suhu yg panas skrg, sy nak igtkan kwn2 sebatch, se"uni", senegara untuk membawa bekal air dari rumah. Jagan bazirkan duit anda untuk membeli air mineral water Aquafina yg muqataah (boikot) itu. Mahupun air2 mineral yg lain. Kalo bawak dr rumah, anda dan sy tak perlu bayar sesen pun. [walaupun hakikatnya hujung bulan kene bayar bil air n elektrik]. Juga disarankan membawa bekal ke sekolah. Letak la dalam bekas pakai buang yg kita dapat dr kedai pyramid, yaman mahupun mana2 kedai. Walaupun namanya macam pakai buang, apa kata jgn buang. Jimat. Boleh je pakai. Tak pun letak dlm polistrin, alas dgn plastik. Puas hati. Alhamdulillah. Sama2 kita jimat, simpan duit, nnt balik msia boleh belanja lebih skit, kan?



Kat sini, nak share apa yg penah saya baca tahun lepas, tetiba teringat memandangkan bahang kepanasan dh terasa. Ni petikan dr novel ayat2 cinta,

Kuteguk ashir ashab. Perlahan. Dingin mengaliri tenggorokan. Oh luar biasa nikmatnya. Di kawasan beriklim panas, seperti Mesir dan negara Timur Tengah lainnya, air dingin memang sangat menyenangkan. Jika air dingin itu membasahi tenggorokan yang kering rasanya seperti meneguk air sejuk dari surga, tak dapat dilukiskan dengan kata-kata. Orang yang kehausan di tengah sahara yang paling ia damba dan ia cinta adalah air dingin penawar dahaga. Tak ada yang lebih ia cinta dari itu. Di sinilah baru bisa kurasakan betapa dahsyat doa baginda Nabi,

‘Ya Allah jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi cintaku pada harta, keluarga dan air yang dingin’.

Beliau meminta agar cintanya kepada Allah melebihi cintanya pada air yang dingin, yang sangat dicintai, disukai, dan diingini oleh siapa saja yang kehausan di musim panas. Di daerah yang beriklim panas, cinta pada air yang sejuk dingin dirasakan oleh siapa saja, oleh semua manusia. Jika cinta kepada Allah telah melebihi cintanya seseorang yang sekarat kehausan di tengah sahara pada air dingin, maka itu adalah cinta yang luar biasa. Sama saja dengan melebihi cinta pada nyawa sendiri. Dan memang semestinya demikianlah cinta sejati kepada Allah Azza Wa Jalla. Jika direnungkan benar-benar, baginda Nabi sejatinya telah mengajarkan idiom cinta yang begitu indah.

Ok, sekian dulu perkongsian buat kali ini. Esok ada pra test histo practical, 2.5 markah, doakan sy dan kawan2 dpt markah penuh ye, insyaAllah. -ameen-

ps : rindunye kat fustat~






7 comments

Saturday, April 4, 2009

Dr. Olfat comel :)

Salam untuk semua

Hari ni exam biochem, 20 soalan MCQ, 10 markah. Macam biase, bile exam, naik ke dewan lebih awal dr waktunya. Tapi hari ni, rasa mcm lambat walhal biasa je. Naik dewan, rasa confuse sebab lengang. Biasanya budak arab berduyung-duyung (ke berduyun-duyun?) naik atas. Adakah sy terlambat?~ Tak, mereka yg awal, sy biase2 je, percayelah.

Masuk dewan, jenguk tempat biasa, tak ber"orang" walaupun seorang. Dah pindah lokasi rupanya. Terus jadi confuse mane meja. Cari org yg sepatutnye duduk keliling sy, yup, npk siti noor, tapi jiran sebelah dh tukar orang. Kat kerusi sy masa tu ade shamilah, beliau menumpang duduk di situ sambil berbincang dengan siti noor. Disebabkan shamilah duduk atas kerusi, maka sy duduk la di ribaan shamilah. Turut berbincang. Tiba2, muncul Dr. Olfat Shakir yg jadi kegilaan ramai, dan duduk pula di ribaan sy. Huhu. Sangatla comel Dr. Olfat. Beliau pun tergelak. Sbnrnye die beliau nak suruh kami duduk kat kerusi masing2 kot. :D Kepada peminat2 Dr. Olfat, harap anda sekalian tidak kecewa. Perhatian kpd yg x knal Dr. Olfat, beliau merupakan seorang wanita ye, pernah mengajar kami biochem satu ketika dahulu dan beliau sangat hebat. Beliau ade website, tapi dh lupa plak ape linknye.

MCQ 20 soalan, 20 minit. Disebabkan itu, kelihatan berduyun2 manusia keluar dalam 5 minit yg pertama. Hebat.Maka, dlm satu minit 4 soalan. Agak2 suasana mcm ni ade lagi tak masa final nnt ye?hmm... Hari ni sy cuba menghabiskan 20 minit dalam dewan. Tapi tak berjaya. Dewan dah lengang, kesian plak doktor2 mundar-mandir di keliling kami untuk mengutip kertas. Habis exam, terus pergi pasar. Balik pasar rasa cam nak pitam. Pemandangan jadi blur2 skit, kelabu2. Tekak kering. Kedai jual tak wujud plak kat situ. Maka, niat untuk balik nak tremco dibatalkan sebaliknya teksi jadi pilihan. Dah lama tak rasa perasaan nak pengsan tu. Kali pertama pengsan masa f4, masuk perbarisan hari sukan. Seharian sibuk uruskan mcm2 urusan, sampai tak makan. Dah la duduk depan, tiba2 jd blur2, terus gelap. Sah, pitam untuk kali pertama seumur hidup.

Dah. Tak tahu nak cerita apa, hilang idea. Ini hanya cerita biasa manusia. Tiada yang luar biasa hari ini smpai waktu ini. Teringat sesuatu. Manusia suka menyibukkan diri dengan rutin yg sama untuk dirinya sendiri. Adakah kita akan biarkan hidup kita ni berputar macam tu aje? Hari2 pergi kelas, atau pergi kerja, pastu makan, pastu solat cukup 5 waktu, pastu tgk2 tv, baca surat khabar, pastu tidur. Pastu esok pagi ulang balik perkara yg sama. Hujung minggu pergi shopping skit2. Bosan. Rasanya orang yg hidupnya mcm ni, tak beri kesan pada dunia. Dia hidup pun tak effect orang, dia mati pun tak effect orang. Sebab hidup hanya untuk diri sendiri. Umpama lebihan2 dunia. Hidup hanya untuk diri sendiri. Kebahagiaan sendiri. Mungkin bukan semua, tapi sebahagian besar. Macam robot. Sampai masa bateri habis, atau suis ditutup, maka tamatlah riwayat hidup si robot. Kembali pada tuannya. Ini hanya muhasabah diri yg ingin dikongsi. Sama2 kite buat persediaa untuk mati. Mati tu pasti, akhirat tu pasti. Dunia ni hanya satu kemungkinan yg belum pasti. Sanggupke nak korbankan satu kepastian demi satu kemungkinan? sama2 muhasabah.

Saya tertarik dengan entry terbaru saudari Iman Dashuki. Boleh klik untuk baca entry terbaru di situ. Bahasa yg digunakan amat tersusun. Kemas. Iman ni mmg penulis yg hebat sbnrnya. Cuma beliau agak sibuk, jadi kurang menulis agaknya. :) Kan iman? Sebelum nak buat tanda titik yg akhir untuk entry ni, sy nak share ayat ni, dapat dr email yg difwd saudari shamilah :). Best, sgt sng difahami, dan best kalau dapat aplikasi, sama2 kita cuba, insyaAllah

Ambillah waktu untuk berpikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa berarti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Gunakan waktu sebaik mungkin, karena waktu tidak boleh diputar kembali.