1 comments

Tuesday, March 31, 2009

Dunia sementara cuma

Akhir2 nie, lebih suka berinteraksi dengan hidupan semula jadi, lebih2 lagi sang burung penyiul setia dan kucing penghibur hati. Haiwan2 itu suci, hidupnya mereka untuk kita, aturan yg Maha Esa. Hidupnya kita untuk siapa ya?

Kadang2 gembira tak terkata, kadang2 sayu melihat manusia. Ingatlah, dunia sementara cuma. Takut kalau syurga bukan pengakhiran. Namun neraka bukan haluan. Ingat kita punya taklifan dari Tuhan. Itu jangan dibiarkan.

Al-fatihah untuk ayah kpd sahabat saya, Amira (aloya) yg telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. Al-fatihah~

Kita yg bernyawa, mari saling beri peringatan. Entah bila pula kita akan dijemput tuhan. Esok, lusa, 100 tahun lagi, atau 2 detik lagi? Tiada siapa tahu dan sangka bila malaikat maut akan mendatangi kita. Sama2 buat persiapan. Sama muhasabah diri. Jangan pula dijemput Tuhan dalam keadaan yg hina dipandanganNya. Malu. Nauzubillah. Kita cume hamba, bukan sesiapa. Bukan raja. Hanya hamba yang suka meminta-minta, sedangkan tanggungjawab tak dilaksana. Layakkah kita untuk ke syurganya? Semoga Allah golongkan kita dalam golongan hambaNya yang sentiasa dlm rahmatNya, dalam petunjukNya, ameen.
3 comments

Tuesday, March 24, 2009

Berita tidak mutakhir

Salam~

berita tidak mutakhir, dah berape hari, baru nak terbit. Beberapa lps, pihak cairo u menganjurkan "International Day" atau boleh dikatakan hari kenegaraan. Maka, berpenat lelah lah sesetengah golongan yg buat persiapan.

"Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan,daripada pelbagai bangsa,puak kabilah,supaya Kamu semua berkenalan antara satu sama lain.Sesungguhnya yang mulia di antara kamu ialah orang paling bertaqwa di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."

saye rase bertuah kerana terjumpa anak tampan ini :)

Ramai sangat manusia yg kerumun booth msia, semua nak try baju budaya..tu la..sape suh jd negara berbilang kaum, tak terlayan semua, rebut2 nak try baju tue~

Booth India jd tumpuan rakyat msia, mane taknye, ade Hritik Roshan di situ versi bdk medic~

Ni plak arab yg sgt semangat, siap suh ajar cmne nak joget melayu lagi, aishhh~

Eh, mcm kain pelikat abah je, sape curik nie?? ;D

Pahang darul Makmur, tanah tumpah darahku~

Fatty ni, org ckp jgn senyum, die senyum jugak...yg lain dh macho dah.. :P
Bukan murtabak, tak ingat dr booth negara mane ntah

Manusia sibuk2, sampai ada orang tggl kasut vogue anak dia, isk..kaki ayam la anak org tu~

Ohh, mcm ade hari melayu pulak kat dpn lab anat~

Wahh, kelihatan jugak melayu yg bersosial dgn bkn melayu, teruskan usaha anda~

Lihat dgn teliti di white board kelas histology, takkan kueh melayu hilang di dunia, bahkan dijual di seluruh dunia hatta di lembahan nil~

Kan,...semangat cintakan kueh melayu tak pernah lupus~

Gembiranye si pembeli, basmallah dulu eaa~

Selain ketayap, siput pun ade, majulah usahawan bumiputera utk negara~ :D

Maka, tamatlah berita tidak mutakhir utk kali ini. Untuk pengetahuan, bg acara kebudayaan, rakyat msia mesir medic ni telah buat persembahan yg mantap.Mantap junior2ku. Terserlah kegagahan pahlawan hang tuah juga kesopanan melayu kebanggaan nenek moyang zaman berzaman melalui silat dan zapin. Warga2 veteran kata, biar mati anak, jgn mati adat. Tapi, kalau anak mati, sape nak teruskan adat? Sy rase, banyak lagi kelemahan program ni, takpelah bru kali ke 2 dianjurkan. Mungkin satu hari nnt kite suruh doc nadia buat program2 berkaitan agama ke, mungkin boleh tambahkan iman skit ;P. Ok, beransur dulu, sekian~satukan muslim sedunia....

ps : lupe plak, booth msia ade buat pelamin, siap dgn pengantin, tapi takde plak gmbr yg ade kaitan dgn kawin2 nie, tak berani nak gerak ke pelamin tu mahupun dekat dgn pengantin, nnt bias lak,huhu~

dis award, given by ummi eisya, thanx, n big hug 4 u~ :D
(tak rase nk bg pd sesape, huhu, bukan xde calon, tp calon sgt rmai)


17 comments

Thursday, March 19, 2009

Dia pergi meninggalkanku :(

salam sayu, salam pilu...

mengalir laju je air mata time nak buat entry ni~isk...isk

panjang kisah harini...
pagi2 dapat call dr pejabat pos, bgtau suruh pegi pejabat pos ramsis, ambil barang dr msia. Mmg ummi nak pos barang, tapi tak tau pulak ummi dah pos. Tanpa ragu2, lepas zohor keluar ke ramsisi naik metro. Jalan2, cari pejabat pos, tanye orang. Jumpe satu pejabat pos. Malangnya pejabat tu setingkat, sedangkan ammu yg tepon tu cakap kene naik tingkat 4.Maksudnye kami salah tempat. Memang bukan pejabat pos ramsis pun walaupun kami berada di sekitar ramsis. Kami bertekad nak naik teksi untuk cari pejabat pos ramsis. Tapi, pakcik tu tolak, die cakap dekat je, die tunjuk arah. Maka berjalan lah kami..sampai akhirnya, naik ke tingkat 4.

Cari2 barang, tak jumpa. Yang jumpa nama saudara Talhah Mustafa je yg dr msia. Cari lagi. Cari lagi. Akhirnye bile cek brg talhah tu, sy dapati no telefon yg tercatat kat situ mmg no sy. Huh. Kecewa tak la. Tapi such a kebetulan. But nope, takde yg kebetulan dalam dunia ni. Semua Allah yg rancang. Sy pulang bersama aisyah dengan tangan kosong. Tapi puas hati sebab tangan mmg kosong, tapi byk perkara lain yg sy dapat. Semua ni aturan Allah. Balik rumah terus cek direktori, sah, no talhah ngan no saya bexa pd satu no je..sy no 0 die no 8~ no wonder laa..

Nak jadi cerita, lps tu terus telefon rumah. Borak ngan syahmi, diikuti ummi. Mula2 tanye pasal barang, rupenye mmg x pos lagi. Takpe, jgn kecewa. Boleh hidup lagi tanpa barang2 tu. Tetibe ummi ckp camni..

"Hmm..ummi ade benda nak cakap ni, tapi abah tak bagi cakap, tapi xpela, ummi nk ckp jugak"

"haa? nape? ade ape?"

" Kucing awak tu, kena langgar...."

" Kucing? sape? pingu ke ultraman 3?

"Pingu laa..kena langgar petang tadi.....sedih ummi, ummi pun nangis"

".................." maka suara tersekat-sekat dan tersedu-sedan. (tgh bergenang lagi air mata masa taip ni)

Ummi cakap xpelah, dah sampai masa dia. Semua akan mati. Ummi pun akan mati jugak nanti. Same je semua makhluk. Abah tak bagi beritahu takut awak sedih. Nanti tak boleh study pulak. Tapi ummi rase baik ummi bagi tau je.

Abah akhirnye bersuara kat telefon, nak happykan anaknye, abah cerita ade kucing baru warna putih mcm justin ngan pingu gak, mata biru means spesis siam jugak cm pingu n justin. Name abah bagi samsons. Dari cerita abah, nampak abah sungguh2 nak jage kucing tu, nak bg sy kwn baru. Thanx a lot~

Pingu kwn baik sy. Dia yg teman sy duk rumah. Pagi2 bila jemur baju, die yg akan ikut sy pegi ampain, panjat ampaian, buat akrobatik kat situ. Dia yg teman saya pegi sapu sampah kat luar rumah. Dia yg suke kejar sy ke dapur. Dia yg suke dtg kat sy bile sy mkn. Dia..dia,..n dia...

Blog ni, sempena nama Pingu walaupun gambar utama adalah gambar justin. Bagi adil. Takpe lah, Allah nak ajar sy sesuatu. Memang sy menangis, tapi bukan meraung. Tak tahan sebak sebab mmg lama sy bersama pingu. Kite jumpe kat syurga ye pingu? :D. Saya slalu ckp ngan pingu n justin, suh diorg doakan sy. Sbb ade ustaz ckp, haiwan boleh doakan kita. And mmg ade hadis yg haiwan dan seluruh makhluk langit, bumi, laut akan doakan manusia yg menuntut ilmu. Maka lps nie, sy kene borak2 ngan kucing lain plak, supaya doakan sy. Huhu...

Berundur dulu. Ingat chepingu slalu~ dunia hanya sementara...mati itu pasti, hanya menunggu masa.sekian~

1 comments

Tuesday, March 17, 2009

Yang mane satu?

Tahukah kita bila kita akan mati?
Esok, 5 jam lagi? 30 minit lagi? 2 saat lagi?
Ahh.. tak kira bila, yang penting di sini, sudahkah kita bersedia?
Tahu ke bila Dia nak ambil balik nyawa kita? Tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah dah terlaksana ke?
Amal dah cukup ke?
Sedih ke kalau tinggalkan kemewahan dunia?
Dunia ni persinggahan yg sementara. Kejap je.
Heyhh manusia, dah ready ke?
syurga ke neraka jadi pilihan hati?
Dh siap2 pilih destinasi, persediaan okay?
Dh prepare ape nak bawak ke sane?
Nampak taman2 indah ke?
sungai2 mengalir sendiri,
Atau nampak api menyala-nyala?
huhu~takut? happy?
tanyela diri sendiri~
bekalkan diri....
janji dah terpatri dgn Ilahi,
maka jangan lupa diri,
jangan mungkiri~
kelak merana diri,
nak kata hidup, macam mati,
nak kata mati, jasad bernyawa lagi.
nak lari?
gelakkan diri sendiri,
hidupmu hanya memakan diri,
akhirat tempat kekal abadi,
hidup hanya menuju ilahi~
3 comments

Sunday, March 8, 2009

Dari Seekerz~

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Muhammad s.a.w,~

Ya, peringatn kepada yg lupa, 12 rabiul awal adalah tarikh keputraan baginda s.a.w.
Hmm..cuti bukan sekadar cuti, tapi untuk dihayati.
Hayati segala pengorbanan baginda. TAPI ingat, bukannya hanya dihayati masa maulidur rasul semata-mata! Bukan! Cuma mungkin sambutan maulidur rasul ni adalah sebagai peringatan kepada kita manusia yg sememangnya bersifat pelupa. Refresh balik ye, insyaAllah.

Pergi jalan2 ke blog orang lain , lompat sana sini memerhati hasil tulisan manusia2 lain, akhirnya terperangkap di blog Seekers. Adeiiihh, sy di tagged skali lagi. Thanx Intan. Akak rasa bertuah, mcm yg Intan ckp, bukannya malang.Hehe..mst sbb intan igt akak, sbb tu tagged akak kan? thanx again! lps ni kalo ade tagged baru, pegi tagged kak syazana tu, die byk mase free ni..huhu, kan zana?chep bz , zana free kan (cubaan seterusnya, maju kan?huhu).Okay, mari jwb tagged ni..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog "Dunia hanya sementara, maka...." Before ni name dia "dunia yg sementara" tp dlm beberape mggu lps, tukar plak, nape ntah, tetibe rase nk tukar. Kenapa nama tu? hmmm...nak ajak orang berfikir, sbb tu ada "maka....."(isikan titik2 tu dgn jwpn yg difikirkan sesuai).


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
[http://chepingu.blogspot.com]. Huhu. Sangatlah amat sungguh tidak "macho" link terbabit. Kan? Huhu, ni masa buat dulu, hentam keromo je,teringat si pingu kat msia, so gune je la n malas plak nk tukar2 yg baru. Maka.....tidak macho la. Nama ini juga tidak adil kepada kucing2 sy yg lain. Maaf kps kucing2 selain pingu, esp justin. Jgnla merajuk smpai tak balik rumah smpai skrg..isk..isk~
3)Kenapa anda berblog?
Dulu2 suke bace blog cikgu Khairul Hazman mase zaman lower form. Pastu takde la berniat nak buat blog tu. Pastu tetibe tercampak ke Mesir nie. Cam dah jadi resam plak bila duduk oversea, mst kene ade blog.setuju? Kirenye dulu buat sbb nak cerita kisah hidup semata-mata kot. Tapi, lama kelamaan, mula tau kepentingan blog. Mula sedar apa yg patut. Percayelah, blog ni medium yg sangat penting dlm zaman skrg. Sangat. Amat. Especially utk golongan manusia yg suka membaca blog cm sy nie. Hidup tak aman tanpa merayap ke blog2 manusia lain. Dan dengan rayauan itu, sgt la byk yg sy dpt n pelajari.
4) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method? Huh, tiada yg specific plak. Bergantung kepada mood dan keadaan. Bergantung juga kpd jenis entry yg dipost tu. Takde format. Takde cikgu nak tanda n bg markah. Bukan mcm karangan sekolah, perenggan pun kdg2 ade kdg2 takde. Walaupun sy anak cikgu bahasa melayu, namun bahasa melayu sy di dlm blog mmg tiada ciri2 anak cikgu. Maaf jika merosakkan bahasa.
Yang saya harapkan hanya apa yg sy nak smpaikan tu tercapai.


5) Antara rupa dan isi, yang mana lebih anda utamakan?
Hmm..both i think. Bila saya melompat2 ke blog manusia2 lain, rupa blog itu akan mempengaruhi semangat sy utk meneruskan pembacaan di situ. Tapi kalau cantik je tp isi tak menarik, tak jadi gak. Pernyataan ini bukan bermakna bhw blog ini cantik dan isinya baik. Pape pun, isi lagi penting la kan. Blog bukan untuk tunjuk kecantikan template, tapi untuk penulisan. Cuma tak nafikan template tu juga penting utk memberi mood yg baik kpd pembaca.


6) Adakah anda meletak widget lagu di blog anda? Kenapa anda memilih lagu tersebut?
Ade. Kenapa? saje suke2. Lagu instrumental sahaja. Agar kurg mengganggu fokus. Suka instrumental cmni sebab menenangkan.


7) Antara banyak-banyak artikel di blog anda, yang mana paling anda suka dan kenapa?
Haa? Tak tau, tak ingat. Hmm, maybe pasal egypt body language kot, sbb...sbb klaka sambil gelak sorang2 bile bace balik~hehe


8) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah je. Sekejap nak tutup, sekejap sayang plak. Sebab? bergantung kepada keadaan. Ada la pape yg bermain kat fikiran mase tu. Pernah skali tu, konflik besar berlaku dlm hidup. Kucar-kacir dibuatnya. Skrg dah stabil balik dah~tak yah buang kot, habis2 pun private je kot.


9) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Ohh..intan siti zulaika. Blog yg best, kene arr ngan jiwa sy. Bersahaja, namun isinya tak sia2, mantap la intan~ huhu :D


10) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Ramai nye spuloh org...2 ke 3 org cukup la ekkk?

1. Syazanasrah (time masak, masak arr, habis masak, jwb tagged nie!)
2. Ummi Eisya (kalau rajin laa~ takde paksaan)
3. Taufiq Alis (kalo ade mase, buat je la ye)
4. Ijud (blogger baru...xde paksaan gak jud)
5-10. Sesiape sahaje yg berminat~ harap maklum....

Okay, dah berjaye menjawab tagged intan. Esok cuti, banyak nak kene study..final pun dh makin dekat. Doakan kejayaan sy ye~ Dunia hanya sementara, maka..............
0 comments

Wednesday, March 4, 2009

Sayang siapa?

Saya tertanya-tanya, kenapa bila hampir kepada sambutan maulidur rasul, kedai2 di sekitar Mesir menjual patung-patung yang berbagai bentuk? Yang jual makanan bungkus2 dalam kotak tu ok je, yang hairannya patung2 tu, ada yang pakai baju gaun putih, ada yang naik kereta kuda,macam2 lagi la patung yang ada. Boleh sesiapa yang tahu bagi jwpn? Apakah kaitannya dgn kelahiran nabi? Ada yg ckp mereka akan bakar, betul ke?

Baginda memang tak sambut birthday, tapi tidak salah untuk kita mengingati kelahiran junjungan besar kita. Kalau birthday awek boleh sambut beria-ria, ni kan pula birthday baginda.
No offense~

Baginda rasulullah s.a.w sgt terkenal dgn sifat penyayangnya. Sesiapa sahaja dilayan dengan penuh kasih sayang. Pernah suatu hari, seorang sahabat (maaf, x igt siapa, sbb x salin bila dgr cerita nie..isk..) datang berjumpa baginda. Sahabat ini merasakan dirinya orang yang paling disayangi baginda, kerana layanan baginda terhadapnya sangatlah hebat. Maka bertanyalah sahabat itu


" ya Rasulullah, siapakah orang yg plg kamu sayangi"


maka jawab baginda " Aisyah"


"Ohh, maksudku lelaki"


" Ayah kepadanya yakni abu bakar"


"Kemudian?"


" Kemudian Umar"


"........"


sahabat terbabit terus berhenti dari bertanya. Bimbang dirinya jauh terkebelakang. Maka, dihentikan soalan itu. Konklusinya di sini, sifat penyayang baginda sangat luas, sehinggakan semua orang merasai kasih sayang baginda, masing-masing merasakan dirinya sangat disayangi baginda. Hebatkan? Akhlak baginda sangat terpuji. Tiada bandingannya. Baginda bukan sahaja bersifat penyayang kepada umat islam, tapi seluruh alam. Banyak kisah yang boleh kita jadikan iktibar. Antaranya kisah baginda bermusafir dengan seorang wanita tua yang sangat membenci lelaki bernama Muhammad, sdgkan wanita itu tidak tahu bahawa dirinya sedang bermusafir dengan Muhammad sehingga akhirnya wanita itu memeluk islam. (boleh dengar lagu "dont talk to me about Muhammad"). Juga kisah baginda menyuapkan makanan kepada seorang yang buta yg juga membenci Muhammad walaupun tidak pernah melihat baginda, sedangkan lelaki yg menyuap makanan kepada adalah Muhammad. (maaf, cerita yg agak ringkas, saya jangka ramai yg tahu cerita ni, jika perlu, boleh minta sy buat entry lain).
Bercakap tentang sayang. Semua orang ada sifat sayang. Sayangkan ibu bapa, keluarga, guru, sahabat2, saudara, justin, pingu mahupun yang lain. Tapi, disebalik makhluk yg kita sayang itu, ada yang patut kita lebih sayang, yakni pencipta kepada apa yg kita sayang itu. Ada satu kata2 dari Iman al-Ghazali (perbaiki jika salah), cintakan ciptaan tanpa cintakan pencipt cipta ciptaan umpama cintakan bayang2. Hmm..jom guna analogi lain yg sng skit. Bayangkan anda makan masakan yg sgt best. Adakah anda akan memuja-muja makanan yg best tu tanpa memuja tukang masak makanan tu? Mesti kita puji tukang masak kan, sebab tukang masak tu bg kita makanan yg sgt best, yg sgt nikmat, kan?




Entah apa point utama saya hari ni. Kucar-kacir. Tapi, tetap mahu update. Hari ni, saya dapat satu kesedaran. Mungkin juga peringatan. Thanx Allah. Allah mengingatkan saya tentang sesuatu yang berharga. Syukran ya Rabb.


Result bakal keluar beberapa hari lagi. Ramai yang dah menanti. Mahu menilai tahap dan prestasi diri. Namun, segalanya Allah dah tentukan. Yang penting di sini adalah usaha. Usaha dan usaha. Dekatkan diri pada yg Esa. Mohon segala dariNya. Apa2 pun, dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya. Itulah yang lebih utama. Sekian, maaf atas kecelaruan entry kali ini.


ps : 10 hari lagi, cikgu kesayangan saya bakal mendirikan rumah tangga, Mr. Saravanan. Happy wedding day sir!~ hehe..saya nak pergi, tapi apakan daya...nanti saya balik msia sir kena belanja saya, janji jgn dilupa sir...nanti kita makan besar, wif ur wife skali ye...sir jgn pindah dulu, tggu sy balik, okay? :D