2 comments

Saturday, November 14, 2009

Edu 3

Dulu-dulu, masa zaman sekolah tingkatan 4 dan 5, suka berkongsi cerita dan rasa dengan junior. Kurang seronok "bergosip" dengan kawan2 sebilik yang semuanya sebaya, kelas pun sama.Hoho, solusinya, balik prep, singgah dorm lama yang penuh dengan junior2 yang suka sama-sama berkongsi rasa.

Waa, mari pergi sekolah! (gambar ini dicilok dr nagaliar)

Suka memanjakan, tapi tak suka dimanjakan. Rindu dengan mereka-mereka dorm EDU3 yang best2 belaka. Malam minggu ber"bedtime" story, main polis2 dengan pembunuh, makan megi sama2, gosip2 cerita, urut2 manja, luah rasa dan apa2 sahaja lah.

Rindu sangat, maka akhirnya ku jejaki bumi Iskandariah itu, salah seorang dari mereka ada di situ. 4 tahun tak bersua muka, pertemuan yang sekejap itu jadi amat bermakna. Berita kemalanganmu di Malaysia wahai adik, terus menggesa jiwa untuk melangkah ke sana. Ya, akhirnya kita bersua muka, menghilangkan rindu di jiwa. Allah menemukan kita setelah sekian lama jasad berjauhan. Bukan kebetulan, tapi inilah ketentuan pencipta. Moga pertemuan kali ini, maknanya lebih mendalam, sekejap tapi mampu ku selam.

Alhamdulillah. Dapat pun kita jumpa kan? Bila lah nak jumpa mereka yang lain ni? =)
Kakak2, adik2, jom la kita kumpul balik!

[K. Agha, K. Jiha, K.Pipah, K. Hasu, Zell, Nor, Lily, Jaja, Shaz, Q, Sakinah, Nor, Pika, Nabil,Wani, Ilham, and semua warga EDU3 ]

Gambar bersama mereka masa zaman dolu-dolu. =)


Gambar takde kaitan (mood skolah). Sir Sara! sory tak sempat gi sekolah =(


chep,

x- SM Sains Sultan Iskandar @ Integrasi Mersing

SPM 06

EDU 3.


9 comments

Monday, November 9, 2009

Pagi

8 Nov 09

Malam tu ada seorang budak ni, menjerit-jerit minta nak gosokkan baju semua ahli beit (rumah) Kauthar, kita buat tak layan, tapi dicarinya juga baju yang akan kami pakai esok. Adoi, susahnya ada orang terlebih rajin ni. Syukran ye kamu!

Dalam masa yang sama, seorang lagi sibuk memasak di dapur walaupun ketika itu malam sudah sampai kemuncaknya. Masak breakfast di malam hari, kerana bimbang hari esok yang kelihatan agak memenatkan. Walhal, kami telah bersetuju tak perlu masak breakfast dan makan sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih ya, sedapppp mee hoon kamu.

Yang lagi seorang, setia dengan tugasannya. Aku nampak usaha dia untuk merealisasikan matlamat yang ingin dicapai dalam masa terdekat ini. Curi-curi tengok kesungguhannya demi mencari sebuah semangat.

9 Nov 09

Jam 4 pagi, aku lihat semua telah bangun dari lena. Aku lihat mereka telah menyarungkan sebaik pakaian untuk menghadap yang maha satu. Ada yang sedang solat, ada juga yang sedang mengulang kaji. Sekali lagi, dicuri semangat2 itu. Tak lama selepas itu, azan berkumandang. Segera kami tunaikan subuh berjemaah.

Jam 5.30 pagi, bergegas kami meninggalkan rumah. Cairo masih sunyi, matahari belum betul2 memunculkan diri. Suara kami membelah kesunyian pagi. Sungguh, seronok tengok cairo pagi2 ni. Dapat tengok peniaga2 yang sudah mulakan misi mereka di pagi hari. Kagum dengan kedai2 yang cemerlang. Ingatkan semua peniaga di sini masih lelap diulit mimpi. Dalam masa yang sama, teksi2 sudah berbaris panjang di stesen benzin (minyak). Kereta juga seperti manusia, perlukan "makanan" bagi menjamin produktiviti sepanjang hari. Jalan raya lengang. Bunyi burung2 keriangan, sungai nil mengalir tenang. Sungguh, damai itu yang aku cari. Oh ya, polis mesir dah tukar seragam hitam pagi ini, tanda musim sejuk dah menjelma! (^-^)

Jam 6 pagi, kami terpacak depan bangunan tersebut. Mencari-cari kelibat yg dicari, tak tak ditemui. Lantas si sahabat menelefon kelibat yang sepatutnya muncul. Hoho, finally, kelas pathology kami pada pagi ini tak dapat nak mula lagi! Ada salah maklumat, bukan antara kami, tapi antara Dr. Faysal dgn pembantunya. Memang sepatutnya 6 pagi. Takpe, simpan semangat tu sampai bila-bila ya. Harap bukan hari sahaja kita bersemangat. Go go pathology. =)

Alang-alang dah datang awal, kami tekad untuk "stay" sampai jam 8pagi. Sementara menunggu lab pharmacolgy, mari kita makan mee! Orang yang masak malam tadi bawa bekal untuk kami. Terima kasih!

Seronok kan keluar pagi2!



chep,

menulis sepatah dua sebab mengantuk masa study.
2 comments

Sunday, November 8, 2009

Bagai tidak cukup

Sungguh, aku sedang berlumba dengan masa. Ya Rabb, bantu aku menjalani hidup ini. Hanya engkau yang maha memberi pertolongan. Semoga dengan kesibukkan masa, dapat menjauhkan aku dari kemungkaran. Jangan sampai kesibukkan aku menjauhkan aku dariMu ya Rabb, wahai tuhan yang maha pengasih, maha penyanyang.
Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh.
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran


“ ..Barangsiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, maka beruntunglah dia, Tetapi jika hari ini lebih buruk dari hari semalam, maka celakalah dia,
dan rugilah bagi dirinya jika hari ini masih sama dengan hari semalam...”


Kata Hassan Al –Banna; “ Masa yang kita ada sedikit jika di bandingkan dengan tanggungjawab”

ps: sahabat2, andai aku membuang masa, andai aku terleka, tolong kejutkan aku dari lena.