2 comments

Tuesday, October 20, 2009

Sukarnya membuat pilihan

Buka almari, kemudian termenung. Melihat baju yang tergantung tanpa ada perasaan.
" Isk, malasnya nak pikir baju apg a yannak kena pakai setiap hari. Nak kena pilih warna tudung lagi, kasut lagi...."


Ini memang lazim bagi kita manusia, lebih-lebih lagi kaum wanita. Ada bantahan? Kalau tidak setiap hari, mungkin sekali-sekala. Lelaki juga mungkin sama, cuma tidaklah secerewet wanita.
Persoalannya di sini, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hasil pemilihan kita?

Lain orang lain faktornya. Hidup ini perlukan keputusan. Keputusan akan melahirkan tindakan dan seterusnya akan menghasilkan kesan. Walau apa yang terjadi, keputusan sememangnya harus dibuat. Jangan biarkan hidup kita menjadi umpama lalang yang ditiup angin mahupun sampah di lautan yang hanya mengikut sahaja ombak yang menggila.
Atas dasar apa kita memilih?

Dalam konteks pemilihan pakaian, perkara yang biasa dipertimbangkan mungkin seperti kesesuaian dengan majlis, keselesaan, kevoguekan, keberfesyenan, kecantikan potongan, kesesuaian dengan warna kulit si pemakai dan sebagainya. Dengan harapan, baju yang dipilih itu adalah terbaik , menampakkan kemodenan, keberhartaan , kemachoan, kecunan di mata manusia. (isilah dengan apa sahaja yang terlintas difikiran). Namun, disebalik pemilihan faktor-faktor itu, nampak ada satu yang hilang. Yang mana ia sepatutnya berada di tempat yang teratas. Yang sepatutnya menjadi piawaian yang utama.


Ya, ramai yang sudah tahu jawapannya. Di mana kita letakkan pencipta, boss, ketua, tuan, yakni Rabb kita yang maha satu? Kita kadang-kadang seakan-akan lupa akan kewujudannya. Berbuat sesuka hati kita tanpa ingat bahawa ada "polis-polis" yang sentiasa memerhatikan kita. Tanpa kita ingat bahawa hakim itu akan memberikan hukuman yang seadil-adilnya kepada kita di mahkamah akhirat kelak. Sungguh, aku juga sering lupa. Neraca dunia itu kadang kala mendahului segalanya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (Al-A’raaf: 26)


Dah, lupakan soal pakaian. Seluruh kehidupan kita memang memerlukan keputusan. Rewind balik, tengok apa keputusan yang dah kita buat sepanjang hidup ini. Lihat kesan dan hasilnya. Dulu, kita dapat 5A UPSR, sekolah mana yang kita mohon? Dapat banyak tawaran sekolah hebat-hebat, yang mana kita pilih? paling penting, kenapa kita pilih? Atas landasan apa keputusan itu dibuat. Oklah, UPSR tu kita kira konon-konon tak matang lagi, semua keputusan mak ayah yang buat. Macam mana dengan PMR, SPM, matrik?. Lagi. Pemilihan kerjaya, pemilihan pasangan hidup, dan apa-apa yang sebaris dengannya. Adakah semua pertimbangan itu dibuat berdasarkan kehendak nafsu dan kenikmatan dunia semata-mata. Dimana kedudukan "tuan besar" kita? Rewind dan rewind balik.


Yang dah lepas tu dah memang terlepas. Yang akan datang jangan dilepaskan. InsyaAllah selepas ini pertimbangan yang kita bakal buat adalah lebih matang dan bukan semata-mata kerana dunia. Neraca akhirat itu lebih utama. Ya, semoga aku dapat membuat pilihan terbaik selepas ini. Doakanlah.

4.43pm
beit kauthar
1 comments

Monday, October 19, 2009

kocoh-kacah

Anggaran seramai lebih 200 orang akhawat PERUBATAN sekitar Cairo yang hadir ke open house kami. Tuan rumah sangat sibuk memasak di dapur ketika majlis berlangsung. Maaf kerana tidak dapat berbual panjang dengan tetamu yang hadir. Terkocoh-kacah kami di dapur, terutama apabila maghrib hampir menjelang. Ramai yang datang untuk berbuka puasa. Berapa kali lauk dan nasi perlu ditambah. Air karkadih (rosell) juga tidak mencukupi kerana terlalu sedap . Terpaksalah skuad kami membancuh air untuk kali yang ke seterusnya. Ada tetamu yang menjangkakan air tersebut adalah air ribena malaysia. ada class la aunty ni!. Kredit kepada pembancuh air.

Menu yang kami sediakan pada hari tersebut :
nasi putih-sup ayam-sayur kobis goreng dan salad-telur goreng-sambal belacan-cocktail




Tiada gambar ketika majlis. Tiada gambar makanan yang dah siap.

Apa manfaat yang kami dapat melalui open house + house warming ni?
Serius, pelbagai tarbiyyah yang kami dapat pada hari tersebut. Sungguh, mereka yang terbabit lebih mengetahui. Bermula dari mesyuarat untuk bersetuju mengadakan open house,sehinggalah kepada tamat majlis. Sehinggalah sesi muhasabah diadakan. Macam nak menangis pun ada. Bukan mudah kan nak sediakan makanan untuk lebih 200 orang. Bajet kena buat betul-betul. Meeting kena serius. Semua kena take note sebaik mungkin. Kerjasama lagi lah amat sangat terlalu penting. Komitmen, kesabaran dan ketabahan sangat diperlukan. Plan mesti kena lebih dari satu. Back up tu penting. Pengkhususan kerja memang perlu supaya semua berjalan lancar. Terror atau tidak terror memasak tu bukan perkara utama.tapi saya tak kata tak penting.

Huh, skemanya rumah kami punya open house. Ala-ala open house Perubatan pun ada.huhu.
Kalau perubatan ada muhasabah sesama AJK, kami pun ada. Tak pe kalau jadi skema, bukan salah pun, kan? Pernah dengar ayat "Kebatilan yang tersusun lebih baik dari kebenaran yang tak terancang". Pandai-pandailah kaitkan sendiri ya. Oh, satu lagi ayat yang ala-ala best "Rancanglah untuk masa depan, tapi hiduplah untuk waktu sekarang. Masa depan itu tidak pasti, tapi merancang itu mesti".

Ok, sekian dulu dari pemberita tidak rasmi beit Kauthar.


chep
19 okt 09
5.13 petang

ruang tamu Kauthar.
1 comments

Saturday, October 10, 2009

Sekali lagi

Again and again.
Pintu kami buat hal lagi. Tak sampai 2 minggu tukar kunci, perkara yang sama berulang lagi.
Maafkan kami ammu atif, kerap kali menyusahkan ammu.
Entah kenapa dengan pintu rumah kami. Mungkin "kauthar" minta ditukar pintunya. Entahlah.
Cerita lanjut dan gambar, click di sini .

Oh ya, perhatian kepada semua akhawat sekitar Cairo, anda dijemput ke [open house + house warming = open house warming] kami yang lebih dikenali sebagai Kauthar. berbelitkah ayat ini. Jamuan biasa-biasa sahaja. Bolehlah datang sekitar selepas asar sehingga malam. Sesiapa yang berminat untuk bantu kami memasak, boleh la datang malam sebelum majlis =D. Kedatangan anda dialukan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jangan segan-segan ya adik, kakak, dan kawan-kawan!

Sekian dulu dari Dunia Tak Seindah Syurga.
3 comments

Thursday, October 8, 2009

Satu Untuk Aleesya

Selalu tersasul panggil Aleesya dengan nama Sabrina, juga selalu tersasul panggil Sabrina dengan nama Aleesya. Keduanya saya sayang. Tapi mana yang saya lagi sayang ye? mestilah Sabrina Aleesya aka Eisya. =D (Sabrina tu nama kucing saya, harap maklum )

Hari ini, tanggal 9 Okt 2009, Aleesya telah genap setahun. Hamdallah. Jeles dengan orang di Malaysia yang boleh sambut birthday eisya ni. Aunty syahirah chep nak jugak celebrate dengan eisya. Isk..isk =(

Nak juga belikan hadiah, tapi macam lama je kalau nak pos. Entah sampai entah tidak. Takpe la eisya, nanti aunty belikan beli nak balik malaysia ye.So, hari ini hadiahnya adalahspecial entry di blog . Okay la kan? kecik-kecik jangan demand

Wa, dah besar panjang macam zirafah Aleesya ni. Ada sesiapa nak merisik ke? (^-^)


Aleesya dengan daddy dan ummi


Personal assistant makan besarbagi iesya makan selepas iesya penat berenang


Anda kreatif? sila sambung dialog yang paling menarik untuk gambar diatas. Hadiah sungguh lumayan menanti anda! hehe

"Aleesya, semoga menjadi insan solehah. Membesarlah dengan menjadi sri kandi kepada agamu. Penegak islam yang satu. Mengharungi dunia, menuju syurga. Doaku sentiasa mengiringimu ". -ameen ya rabb

Sekian dulu dari bumi mesir. Sanah helwa ya Aleesya jamilah (jamilah bukan nama Aleesya ya, jamilah di sini bermakna si cantik =D )

opss...teringat nak tambah sesuatu. Tadaa.. cake untuk iesya!



Cake dan cup cakes khas dicopy dr google untuk Aleesya! Eisya suka mickey dan minnie mouse!

Okay, kali ni betul-betul dah habis. =D

1 comments

Saturday, October 3, 2009

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Bila balik Malaysia, soalan popular adalah
" Dah pergi piramid ke?"
Bila berbual di ym bersama kawan-kawan lama juga ditanya soalan serupa.

Ikut perancangan awal, ingat nak pergi semasa tahun akhir nanti. Tapi dah "ter"pergi semalam sebab menjadi pemandu pelancong kepada pelancong sambil diri sendiri menjadi pelancong.
Dengan ini saya mengumumkan kepada keluarga dan sahabat-sahabat bahawa saya telah pun menjejakkan kaki di "wilayah firaun". Jadi, jangan tanya lagi ya (*-*).


Kemana hilangnya hidung mancung sphinx ni? Ada yang kata patah kerana ditembak ketika perang. Ada juga yang kata hilang atas faktor cuaca. Entah. Macam-macam mitos ada. Dikatakan sphinx dibina untuk dijadikan sebagai tangkal bagi kawasan itu. Kononnya dengan adanya sphinx, bencana padang pasir dapat dielakkan. Huh, macam-macam kepercayaan.

Kalau masuk betul-betul dalam piramid tu, kita kena tunduk sebab binaannya memang begitu. Tapi kami tak masuk pun. Firaun memang bijak, mahu semua orang tunduk kepadanya walaupun sudah mati. Tapi ada kisah mengenai seorang ulamak dahulu kala yang masuk secara mengundur. Maka diberinya punggung dahulu kepada firaun=D. Cerita ni popular kan. Tapi saya tak pasti kesahihannya. So jangan terima bulat-bulat ye apa yang saya tulis.


Selain piramid, kami juga menuju ke makam iman syafi'e, masjid amru al-as, masjid 4 mazhab , masjid rifai, dan universiti Azhar. Menurut penerangan yang diterima, kehebatan sesebuah binaan pada zaman dahulu dikira berdasarkan kebolehan binaan tersebut menghasilkan gema. Nasib kami baik pada hari itu, muazzin masjid ini mengajak kami duduk bersamanya untuk mendengarkan alunan syahdu zikir darinya tanpa menggunakan pembesar suara. Dan ternyata, suaranya bergema ke seluruh masjid. Subhanallah. Menakjubkan.



Untuk maklumat lanjut tentang piramid, makam, dan masjid-masjid ini silalah minta bantuan encik google ya.

ps : Esok kelas kami akan akan bermula. Maka, episod hidup sebagai pelajar perubatan akan segar kembali. Doakan yang terbaik untuk kami. Jadual tahun ini walaupun tidak pack, namun kelihatan begitu mencabar. Kelas antara 3 ke 4 jam. Huhu. Benarkah itu? Tunggu dan lihat sahaja. nasib baik bawak supplemet ELKEN banyak dari malaysia. harap dapat beri kesegaran =D. Moga kami tabah hadapinya.Ameen ya rabb.