3 comments

Wednesday, September 30, 2009

Pintu dikopak

Rumah kami kena kopak! Oleh seorang pakcik arab. Sebab...........ada kunci tertinggal kat dalam. Hehe. Pakcik pintu la yang tolong kopakkan pintu supaya kami boleh masuk. Tak perasan ada kunci yang tertinggal kat dalam. Tu pasal tak boleh buka. Alang-alang pakcik tu dah tolong baiki, kami minta pakcik tu kuatkan lagi security rumah kami. Tak mahu apa-apa kejadian berulang lagi. InsyaAllah. Syukran kepada doktor2 yang cuba tolong kami. walaupun tak berjaya. =D

Ini bukan pintu rumah kami. Gambar hiasan.
----------------------------------------------------------------------------------------

Setelah menulis entry yang sebelum ini, pelbagai respon yang kami terima, baik melalui komen di blog, mahupun di YM dan secara "face to face".

" Akak 13 jam dapat hotel"

" Eh, bukan patut dapat hotel ke kak chep?"

" Korang tak check kat kaunter ye?"

Dan macam-macam lagi. Mula-mula dengar, rasa haru lah juga. Mahunya tak rasa kecewa melepaskan tempat penginapan yang best dengan percuma. Nak guna duit sendiri entah mampu entah tak. Entah bila lagi nak jejak Bahrain tu. Konon-konon kalau boleh n.ak cuba flight yang berbeza setiap tahun. So, tak tahulah dapat jejak lagi ke tak bumi yang kaya dengan minyak dan emas tu.

Tapi bila refleks balik, rasa haru tu dah hilang. Banyak benda yang kami belajar dari situ. Kami merasa pengalaman yang tak dapat orang-orang yang menginap di hotel rasakan. Orang lain tak ada rasa makan ketupat rendang atas lantai kat airport tu. Orang lain tak rasa feel duduk-duduk dekat surau dengan makcik-makcik arab yang majoritinya dari Iraq. Lain negara, lain sifat, budaya dan kepercayaannya. Tapi yang paling penting bagi saya, kami dapat tarbiyyah sabar di situ. Sabar dengan macam-macam perkara. Juga di situ kami dapat tarbiyyah saling menjaga satu sama lain. Kalau ada 2 orang tidur, pasti seorang lagi akan berjaga. Masing-masing bergilir-gilir menjaga satu sama lain. Bukan jaga orang je, tapi beg juga. Mesti la risau bila dah dengar macam-macam kes orang seludup barang dalam beg penumpang.

Konklusinya, saya happy =D. Tak ada gunanya nak bersedih dengan perkara yang dah tak boleh rewind dah. Kan?
7 comments

Sunday, September 27, 2009

Updates

Hamdallah ...
sedikit update untuk family dan sahabat2 malaysia juga serata benua =D
Sampai ke cairo akhirnya setelah seharian merentas dari benua asia ke benua africa. (egypt africa kan?) 12 jam transit di Bahrain. Huh, 12 jam merempat di airport bahrain , berkelah makan ketupat original , rendang dan kuah kacang sambil melihat pemandangan menakjubkan burung-burung besi gergasi mendarat dan juga terbang ke angkasa.




Bakal merindui keluarga dan sahabat2 sejati semula.

Syahmi, plz. Ingat pesan-pesan kakdhe and fikir-fikirkanlah. Fikir dan bertindaklah.

Aleesya, kirim salam kat B-na ye =D. Meh la datang tengok nde kat sini. (nde = makcik)

B-na, jaga anak baik-baik ye. Biar sampai besar dan comel.

Tanah tumpah darah kucintai, tanah kinanah kurindui.
Got to go.
0 comments

Saturday, September 19, 2009

Akhir ramadhan

Betul-betul tak sedar, yang semalam merupakan malam terakhir ramadhan. Malam akhir aku menunaikan solat terawikh dalam ramadhan tahun ini. Malam terakhir juga untuk merebut pahala bonus mendirikan malam-malam ramadhan.Langsung tak mengira detik2 syawal menjelma. Yang ku tahu, hanya fasa 10 terakhir telah tiba. Tarikh memang tak ingat la. Go with the flow je (jangan tiru perangai macam ni). Rasa kesal sebab tak betul-betul penuhi ramadhan dengan sebetulnya. Ampunkan hambamu ya rabb.

Beberapa puluh minit lagi, azan magrib akan berkumandang. Tanda berbuka terakhir di bulan ini. Tanda syawal menjelma lagi. Paling takut, tanda sang syaitan kembali berbisik keji. Mampukah kita terus kuat setelah sebulan aman dari bisikan? Kuatkan kami ya rabb, untuk menempuh hari-hari yang akan mendatang. Semoga kita istiqamah dengan amalan. Semoga kita menjadi graduan ramadhan yang diiktiraf. Semoga tarbiyyah ramadhan ini terus subur dalam diri kita, insyaAllah.

Sesiapa yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Kalau tak drive, jangan tidur je dalam kereta. Nanti kesian pada yang memandu. Yang dah besar, tak yah la tadah tangan minta duit raya, tapi hulurkan tangan anda bersama angpau raya =D

Jemputla datang rumah beraya ye. Rumah ini sentiasa terbuka untuk semua. Bagi je salam, confirm bagi masuk. Baik rumah di malaysia mahupun di mesir. Sila-sila la yer.

Ok, berundur dulu. Lemang, rendang, ketupat, semua dah siap tu. Kuih raya pun dah terhidang atas meja tu.

Eh kejap, lupa nak ucap Salam Aidilfitri. Maaf pada semua yang mengenali. Maaf ada entry yang tersakitkan hati. Maaf juga kalau ada apa-apa yang tak berkenaan di hati. Kita manusia, takde yang tak pernah buat silap kan. Tapi once dah buat silap, cepat-cepat kita perbaiki. Ok =D
7 comments

Friday, September 11, 2009

Anonymous Suite

Tiba-tiba kenangan lama menjelma. (ecehhh)
Puasa di mesir tahun 2007.
Lokasi : No 32, Building 101, Mugawarah 2, Old Cairo, Egypt. (eh, mugawarah 1 ke 2 kite ni?)
pesanan : tu alamat rumah lama ye, tak yah la cuba2 nak datang =P

Perhatian kepada anonymous suite atau nama barunya Beit el-anonymous,
Ingat tak puasa kita masa 1st year dulu?


Siapa ingat kita dengan sangat semangatnya memasak moreh hampir setiap malam?

Siapa ingat kita makan mee hoon goreng sebungkus tapi tak cukup?

Kita makan daging burger masak apa entah ?


Siapa ingat kita buat air petang2, pastu ais dalam plastik tu kita ketuk macam mana?
Hehe..nasib baik tak pecah dinding rumah, siape lah tukang ketuk tu?

Suka betul makan mahlabiah, beli banyak2, pastu last2 banyak yang dah tak boleh makan.

Siapa ingat bestfren aimi? hehe =D (tiada bestfren aimi dlm gambar ni ye)


Ingat tak kita dulu rajin buat kuih, karipap la, cik mek molek la. Huh, best2! Rajin ye korang ni.



Poyo2 hantar salam perantau kat utusan. Macam la lama sangat tak balik malaysia.


Semangatnya kita, sahur pun ada jadual masak. Kadang2 je makan nasi lauk serunding, kan?

Ingat lagi kita habis terawikh then stay kat surau untuk tadarus? Ingat tak ada sorang budak kecik tu yang suka sangat kacau kita masa tadarus?

Sekarang? Semua pakat lari balik malaysia. Bila lah nak merasa puasa kat mesir lagi ni....
InsyaAllah satu hari nanti nak puasa kat mesir lagi.
Memang sah, puasa kat malaysia memang tak sama puasa mesir.
Mesir banyak ajar erti kesederhanaan. Erti sebenar ramadhan.
Tapi kan, sekarang kat malaysia pun dah ramai je orang yang baca quran kat merata-rata. Walaupun tak sehebat mesir, tapi biah tu dah mula ada. Alhamdulillah, semoga tak lama lagi ramadhan di malaysia akan terus hidup dan hidup.

Jom kejar malam seribu bulan!
1 comments

Tuesday, September 8, 2009

Garam

Rasa garam masin.
Masin tu rasa dia macam mana ye kak?
Ermm...masin tu rasa dia masin la, ha, masin la....





Sesiapa ada ayat untuk explain masin tu macam mana? Atau mungkin boleh explain manis, pahit atau masam. Mari kongsikan jawapan kalian.

------------------------------------------------------------------

Kalenjar air mata insan kerdil itu mengalirkan permata-permata jernih. Deras aliran. Kata-katanya mati di situ. Hanya air mata itu yang dapat menzahirkan apa yang dirasa. Nikmat indahnya Islam itu tak dapat dibuahkan dengan kata-kata. Islam yang sebenar. Bukan celup-celup, bukan separuh-separuh. Islam kaffah.



Insan kerdil itu mula merasakan indahnya islam apabila melihat qudwah yang terzahir dari sahabatnya. Seorang sahabat akan menggambarkan sahabatnya. Umpama cermin. Pepatah arab, berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah orang disekelilingnya. Tapi jika berkawan dengan pengimpal besi, maka terasalah bahang panas percikan apinya. Dari sini, aku melihat betapa pentingnya akhlak diri. Tak takutkah aku jika aku berperangai syaitan,tanpa aku sedar, secara tak langsung telah mempengaruhi manusia di sekeliling turut menjadi konco-konco sang syaitan. Pasti aku kan disoal di mahkamah akhirat kelak. Mahkamah yang mana tiada peguam bela, yang ada hanya saksi-saksi hakiki, hakim yang adil dan pastinya hukuman yang benar-benar setimpal.



"Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)


Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat yang mempunyai qudwah (contoh) yang baik?

Apabila melihat dirinya, kita akan terus mengingati Allah. Islam itu tergambar dari akhlaknya. Melihat dirinya seperti mengembalikan kita kepada agama. Malu untuk bersoal panjang dengannya hal dunia.

Seseorang sahabat yang baik juga adalah apabila semakin kita mengenalinya, semakin banyaklah baiknya yang kita nampak. Semakin jelas akhlak-akhlaknya berbanding buruknya. Makin harum baunya. Bukan yang semakin lama kita mengenalinya, semakin banyak "dirinya" yang sebenar terlihat. Yang semakin terlihat "belang-belangnya". Makin panjang taringnya.


Koreksi diri semula. Sejauh mana diri kita menjadi qudwah yang baik untuk orang sekeliling. Sejauh mana kita merasa izzah mengamalkan akhlak-akhlak islam. Sejauh mana pula taring kita mencederakan penghuni-penghuni bumi yang lain. Jom buat revolusi diri especially dalam bulan ramadhan penuh hikmah dan barakah ini. Jadikan ramadhan ini sebagai titik permulaan yang memperkemaskan langkah-langkah kita yang longlai. InsyaAllah.

Best ke amal akhlak islam?

Sekian dulu dari Dunia Tak Seindah Syurga. =D