Thursday, June 11, 2009

Kalau aku di situ,,,


Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diebrikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sunguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya - (3:185)

Mati itu pasti, cuma menungga masa dan ketika, kerna kita semua pasti dikumpulkan kembali. Mari sedekahkan pahala al-fatihah untuk saudara Ammar Zulkifli, pelajar tahun 3 Kasr el-Ainy medical school, Kaherah yang telah pulang ke rahmatullah 10 jun 09 akibat nahas jalanraya. Al-fatihah~




Arwah Ammar yang baju merah pegang kamera

berita lanjut boleh baca di sini - sini . Di sini air mata anda pasti berjujuran. sini gambar sepanjang hari pengkebumian.

Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat berita kematian yang saya terima. Dari tragedi lemas nublan zaki, atuk saya(nenek), kisah sahabat semuslim di Thailand dan terbaru, pemergian senior, saudara Ammar. Semua berlaku dengan pantas. Sangat. Dapat berita kehilangan atuk di pagi hari exam biochem. Didiamkan sahaja. Tiada sesiapa di mesir yang tahu melainkan selepas tamatnya exam di tengah hari. Tak mahu kacau orang lain study dan tidak mahu menggamit memori bersama atuk.

Atok, orang rindu nak makan masakan atok. Atok masak memang best sangat. Terima kasih ye tok. Terngiang2 dalam ingatan orang tangisan atok masa orang masuk asrama dulu kat muadzam.Atok menangis bila nak tinggalkan orang kat asrama tu. Tapi time orang nak fly pergi mesir atok tak ikut sebab dah tak larat.


Tertarik tengok status salah seorang senior tahun 3, hari ni orang cakap, eh, ammar dah meninggal. Satu hari nanti orang akan cakap pulak, eh, chep dah meninggal la. (gantikan dengan nama anda).

Boleh kita bayangkan? Bila kita yang berada di ambang kematian. Bila nyawa kita ditarik oleh malaikat izrael si pencabut nyawa? " Wahai manusia, aku datang memanggilmu pulang kepada penciptamu. Sudah cukup tempoh masa engkau di dunia. Dunia yang dipinjamkan kepada kau akan ditamatkan pinjamannya. Kontrak dah tamat" Boleh anda bayangkan keadaan itu. Entah nada suara malaikat itu lembut, entah kasar. Bila melihat keranda yang membawa saudara Ammar semalam, terdetik di hati

"Camne ea kalo aku yang duduk dalam tu. Aku akan sedar bahawa aku dah tak wujud kat dunia. Aku nampak orang ramai2 kat luar. Aku tahu ada orang solatkan jenazah untuk aku. Tapi,apa yang aku yang mampu aku buat. Cukup ke amalan aku kat dunia ni? Aku dah tak boleh buat apa-apa dah masa tu melainkan bersedia sahaja. Tiada penangguhan. Tiada rayuan. Ini bukan mahkamah rayuan, mahkamah civil, bukan mahkamah syariah. Ini mahkamah Agung. Yang benar-benar Agung. Saksi-saksi telah bersedia. Kau takkan mampu buat apa-apa. Mulut akan berkata yang benar sahaja. Kaki akan report mana kau pergi. Mata akan beritahu apa yang kau tengok.

Saudara Ammar meninggalkan dunia dengan keadaan yang sangat baik. Semua manusia di sekeliling mengiktiraf kehidupannya di dunia. Ibunya mengakui Ammar sebagai anak yang soleh. Pujian tentang dirinya didengar di merata-rata. Semoga nama saudara Ammar juga menjadi bualan penghuni langit, insyaAllah. Tapi, macam mana kalau aku yang mati? Cukup baik ke aku kat dunia ni? Apa pengorbanan aku selama aku hidup? Banyak ke? Menyumbang pada kenaikan Islam tak? atau menyumbang pada jalan yang tak sepatutnya? Duit-duit yang aku ada kebanyakkannya terkumpul ke arah mana? Boleh ke duit-duit tu menyumbang pada pahala yang berpanjangan ketika di alam sana nanti? Ke banyak dihabiskan demi memuaskan nafsu sendiri? Ilmu-ilmu yang aku ada dah tersebar ke? Banyak share dengan orang? Tepuk la dada, tanya iman. Aku nak jadi baik. Thanx bro, pengorbanan bro mmg besar untuk menyedarkan manusia2 disekeliling~

Sesungguhnya mati itu dekat. Setiap hari , jam, detik, akan mendekatkan lagi kita kepada mati. Dari tragedi ni, banyak yang kita boleh belajar. Ya, simpan no telefon family kawan-kawan serumah. Kawan-kawan sebatch. Semalam, saya dah beritahu segala password ym, blog, friendster, juga salah satu password kad bank kepada salah seorang sahabat. Just in case. Who knows? Nanti boleh tolong tengok2 kan blog, approvekan komen. =)

Semoga Allah mempermudahkan hisab saudara Ammar, juga hisab kita semua. Last but not least, nak mengingatkan diri dan semua bahawa ghayah kita adalah mencari redha Allah, bukan meraih dunia. Dunia hanya sementara. Umpama nak masuk sebuah rumah. Kita tengah nak naik tangga yang ade la dalam 2 ke 3 anak tangga. Sekelip mata dah sampai. Kejarlah akhirat, nescaya kau akan meraih kedua-duanya. Wallahualam~

6 comments:

emhoho said...

tak terfikir dek saye chep,ape org dh mati rase.

sye teringt smlm kt cama,
"ak ttbe rase takut"
"takut..takut nape? takut mati?"
"ha!"


ajal itu sgt dekat, kite je yg rase die jauh lagi.

fatihah said...

salam

sgt setuju dgn chep..
-pengorbanan arwah mmg besar untuk menyedarkan manusia sekeliling-

sgt2 terkesan dgn pemergiannya..

pemergiannya sgt2 mengajar..

semoga teguran dari Allah buat hambaNya yg msih lagi bernafas di bumi ini kekal dlm ingatan..bkn sekejap je..same2 kita saling mengingatkan antara satu same lain...

"tiap-tiap jiwa akan merasakan mati..." ( Ali-Imran: 185)

al-fatihah buat arwah...
semoga ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..

Mrs. Adz said...

al-fatihah. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..yang masih koma,diharapkan moga cepat sedar dan sembuh..

nagaliar said...

rohnye almarhum tidak kesunyian… ianye digembirakan oleh malaikat2 yg menyambut beliau…malahan amal ibadat beliau menjadi teman setia yg sentiasa mengharumkan nama beliau di alam bazarkh tu…insyaallah…

Pejalan Kaki said...

mungkin ini masanya Allah nak sedarkan kita dari terus dengan dunia dan lupa pada Dia.

memang perit kehilangan sahabat. amat perit.
tapi ini satu ujian Allah, tarabiyyah dari Dia atas dasar satu hari nanti semua akan kembali pada Dia.

pengajaran yang besar makna.

moga semua beroleh pengakhiran yang terbaik !

pengintai-jendela-akhirat said...

"manusia ni sedia tahu mati itu pasti..akhirat itu yang utama..buktinya bila ada berita kematian sebegini mula mereka kembali pd fitrah,kembali sujud memohon kemapunan..
hingga terlupakan peperiksaan dunia esok,melupakan perut yg mnta diisi,kata2 'dakwah no 1,studi bukan no 2'..
pndai pula mereka menilai mana intan mana berlian..mana kaca mana permata..mana dunia mana syurga!
sesungguhnya manusia itu lalai
lalai dgn dunia..
juga lemah dgn arus yg mnderas..
smoga akhirat sntiasa meronta2 dihati.."

murabbi tersayang
*kata2 diolah sedikit