17 comments

Thursday, May 28, 2009

Rumah student msia terbakar di cairo

Usai subuh dan ma'thurat berjemaah, sofa empuk itu kami kerumuni, merehatkan diri. Mata masing-masing kelihatan berat untuk memulakan study biarpun beratus muka lagi belum dibaca. Duduk menenangkan diri. Handphone kak "tenang" berdering. " Siapa pulak yg tepon pagi2 buta nie?"
Sebaik menjawab panggilan, kak "tenang" terus bingkas bangun dan menjerit, meluru ke tingkap.

" Ya Allah, rumah badar terbakar!" Kami bingkas bangun meluru tingkap. Api kelihatan marak. Ruang tamu mereka tiada cahaya kalimantang. Yang ada hanya kemaraan api yg sedang membesar. Terketar lutut kami.

" Ehh, cepat tepon mane2 ikhwah!
" Korang....!!lari!!!"
" Ehh, padamkan api!"

Salah satu perbualan telefon antara mangsa kebarakaran, kak "sopan" dengan seorang ikhwah,

" Hello, encik musyrif, datang rumah badar cepat!!"
" Haa? umah badar kat mane?" tanye si ikhwah
" Aishhh..BYK TANYE LA PULAK!! RUMAH AYU LA!!!
(haa..bayangkan la tgh kelam kabut tu, camtu la jadinya, sopan habis )

Pelbagai reaksi. Semua kelam kabut. Ada juga antara mereka yang sedang solat subuh. Ada yang terfikir hanya mampu untuk berdoa. Ada juga yang terfikir bagaimana nak melarikan diri. Kami cuba telefon ammu atiif, namun tak berjawab. Ada yang fikir nak pasrah sambil terbaring pegang quran.

Tak berapa lama selepas tu, api yang marak tadi dah berjaya dikawal. Kain dibasahkan dan dihamparkan di ruang kejadian. Air disimbah. Masing-masing kelegaan. Alhamdulillah. Hanya ujian kecil yang Allah bagi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Credit to kak "cun" kerana bertindak segera dengan menghampar kain basah dan mencurahkan secawan setengah baldi air

Punca kebakaran adalah ada budak main mancis lampu di ruang tamu. Entah kenapa. Namun penyebab api marak adalah plastik yang jadi "cover" lampu tersebut. Dari tingkap rumah kauthar, kami lihat api jatuh dari syiling ke atas lantai. Rumah badar nampak "menakutkan" sebab "disinari" cahaya api yang marak.

***********************************************


Kesimpulan dari peristiwa ini,

Mesti belajar untuk bertindak dalam keadaan genting. Learn how to work under pressure. Of coz, as s muslim and a doctor, we have to deal with it. Camne nanti kalau tibe2 ade patient yang cedera parah datang? Jangan kelam- kabut ye. Jangan berserah je~ =D

Simpan la no telefon jiran2 terdekat, baik pakcik arab mahupun rakyat msia baik ikhwah atau akhawat. Tak penuh pun memori handphone tu. ( ini refer kepada diri saya..cek2 no musyrif, takde rupe2nye..huhu..apekah? rajin pkai musyrif npknye

Belajar la bahasa arab baik2, nanti kalau telefon pakcik arab, nak cakap apa? apa yang saya terfikir hanyalah " narr, narr!! " haha..betulkah begitu? sesuaikah api dalam bahasa arab "narr"? aishh.. bagus sangat teruk betul.

Kalau dah nampak macam ada pape yg dah nak terbakar, cepat2 bertindak. Jangan tggu dia besar dulu ye. =D

Jangan biarkan lampu ter"on" berjam-jam lamanya. Lampu tu nak berehat juga.

Bersopan santun dan berlemah lembutlah ketika membuat panggilan telefon baik ketika tenang mahupun kecemasan. Saya mewakili si pembuat panggilan memohon maaf kepada saudara` musyrif yang berkenaan. =D


okay, sekian sahaja laporan untuk hari ini. 5 lagi 3 lagi subjek menanti saya =D


syahirah al-qadri =D
beit kauthar
28 mei 09

*gambar akan disertakan selepas beberapa jam, camerawoman busy~



0 comments

Monday, May 11, 2009

Pengumuman..pengumuman !

Salam alayk~ salam alayk~ salam alayk (ustaz cakap sunnah bg salam 3 kali) =)

Akhirnya, blog ini dibersihkan dari sawang yg mula bergantungan ('-')

Tapi "mungkin" bakal bersawang kembali lepas ni. Dengan ini, saya ingin mengeluarkan jadual peperiksaan final bagi tahun ini~ pengumuman, sila beri perhatian !



Written

20 mei 09 - Physiology
25 mei 09 - Histology

31 mei 09 - Biochemistry tggl anat ngan physcho je utk written..je??? huhu..

4 JUN 09 - Anniversary Papa Ummi Eisya yg ke 3 kan??? sory..silap tarikh td..edit dh nie...


5 JUN 09 - BIRTHDAY UMMI [sarjan sharifah sehon syd salim =D ]


7 jun 09 - Anatomy

9 jun 09 - Phsychology



Oral
11 jun 09 - Anatomy

16 jun 09 - Biochemistry

21 jun 09 - Histology

25 jun 09 - Physiology


1 JULAI - BIRTHDAY ABAH + BALIK KAMPUNG!!! (sy blk naik egypt air, murah!)

5 JULAI - Anniversary abah ummi yg ke ___? serius tak tahu~



Maka, tamatlah pengumuman JADUAL IMTIHAN LI SANAH THANIAH 09.

Harapan : Saya berharap anda mendoakan kejayaan kami pelajar2 kasr el-ainy medical school yg sedang menghadapi fatrah imtihan ini, baik pelajar thn 2, junior thn 1, dan semua senior yg ada. Seluruh mesir sedang menghadapi fatrah imtihan sebelum bermulanya cuti summer. Doa kalian amat diharapkan. Semoga kami dapat keputusan yang terbaik, dapat pulang ke kampung masing2 untuk berjumpa keluarga, sanak saudara, rakan2, juga kucing yg tercinta. Ameen ya rabb....

Kepada warga msia mesir...

Selamat sama2 bermujahadah. Selamat menghadam segala ilmu. Hadam dan absorp, jgn excrete selepas tamatnya peperiksaan ye, insyaAllah. Semoga ilmu2 yg kita pelajari ni mendekatkan kita lagi dengan pencipta, khususnya bagi pelajar medic. Sangat la hebat penciptaan manusia. Semua proses berjalan mengikut aturannya. Sekecil2 proses ada regulationnya. Jika terkurang atau terlebih, pasti ada back up nya. Manusia pun sama. Hidup ada peraturannya. Kalo tak ikut aturan yg ditetapkan, maka abnormality la jawabnya. Ok, mari sambung study!