13 comments

Wednesday, December 31, 2008

Rindu nak pergi PREP malam~jom!


Salam...

Tibe2 rase rindu kat sekolah. Rasa nak pergi PREP malam, nak pergi makan kat dewan makan, nak pergi riadah petang2 kat sekeliling sekolah...serius!! nak balik sekolah...(aisshhh..semangat nak kembali ke sekolah tibe2 muncul, kalau bdk2 sekolah, mst rasa malas nak mulakan sesi baru kan??)

Betul ckp cikgu sy yg comel, Mr. Saravanan... Dulu masa form 5, sy pernah keluarkan statement bhw sy tak sabar nak habis sekolah, nak masuk universiti la kononnya.

" Awak tgk la nnt chep, bile awak dah habis sekolah, mst awak menyesal punye, mst awak akan igt kate2 saye nie"


Tat's rite sir!! Sy suke pakai uniform sekolah, sy bangga pakai uniform sekolah, sy happy pergi sekolah pakai beg sekolah, sy suka pakai nametag@ kad metrik, sy suka merayau2 kat bilik guru. haha. Nampak sangat sy SKEMA kan? Kalau tengok tag2 yg sy bg org lain buat, mmg rata2 akan ckp yg sy SKEMA. haha..xpe2, sy x kesah, x salah jd skema kan? Dulu sy akui, sy skema, skrg?? sy x sure...sebabnya skrg hidup dah takde peraturan mcm kat skolah, so tak dapat nak judge, pape pun, sy rase sy kurang disiplin terhadap diri sendiri skrg....hmmm...

Dulu kat sekolah, takut betul sy bile bertembung dengan cikgu Safiah (GPK Hal Ehwal Pelajar, merangkak Ketua Warden, merangkak guru pengawas). Huh, bile npk je cikgu, sy mst nak larikan diri, takut dihujani pelbagai soalan tentang sekolah, asrama, bilik pengawas, kebersihan, etc. Bile ada je utusan yg memanggil sy ke bilik cikgu, mst jantung dah mcm nak luruh, mempersiapkan diri dgn pelbagai alasan, bimbang2 ditanya itu dan ini. Ikhlas pengakuan ini, kwn2 sesekolah, korg jgn igt korg je takut, sy pun same je. haha. Sy respek gile kat Ned(farahin zainal), dia mmg nampak sgt cool bila cikgu sapiah panggil. Tahniah ned! Hehe.. Hakikatnya adalah, wlpon sy takut dgn cikgu, tp sy syg cikgu. Ntah mcm mane dan entah dr mane dtgnya kekuatan untuk sy lafazkan " saya sbnrnye syg kat cikgu " masa hari Kasih Dikasih tu. haha. malunye dgn cikgu. Hari yg same jugak, cikgu sapiah buat pengakuan kat dewan tue,


" Sy ni bukan tak syg kat awak semua, tp sy ni tak akan cakap yg sy syg sape2, its more than words~, kasih syg sy mungkin dr pandangan sy ke, atau di sebalik kata2 sy ke"



Ok. Habis cerita pasal cikgu sapiah. Kalau nak ikutkan, semua cikgu nak sy ceritakan, tapi pasti sgtla panjang. Ape2 pun, di kesempatan ni, sy nak ucapkan ribuan penghargaan pada semua cikgu yg pernah mengajar sy, baik di SBPI MERSING @ SMS Sultan Iskandar, di SMKA Phg, SK Batu 3 Kuantan, Tadika Kemas Sg. Isap2, dan Taski Ummi Sg. Isap 2. Huh..lengkap. Special dedication to blogger- Ustaz Joha, Ustaz Yus, Cikgu Muhaidzar, Cikgu Khairul Hazman, boleh la tegur kalau saya ade silap salah atau ade entry yg nampak tak elok ye. Cikgu2 lain juga dialukan. :)



Aishhh..jd cm entry penghargaan pulak. Tujuan utama nak cerita pasal kerinduan pada sekolah. huhu. Rindu nak berada kat surau al-khauthar, hehe...masing2 larikan diri ke belakang bila ustaz joha suruh tarik tirai. Rindu dengan dorm, berbising-bising dgn senior dan junior. Kak Agha, kak jiha, kak hasu, kak tpot(pipah)...all my juniors, i miss them alot~sronoknye!!!


Rindu nak pergi PREP. Prep ptg sy selalu tak menjadi, mesti mengantuk je. Prep malam pun same je..haha..cover2 tidur, takut ade cikgu datang serang. Pernah je kantoi dgn cikgu sapiah, dan cikgu lain, kantoi makan la, tidur la, borak2 la. (Junior2, jgn ikut kak chep!) ehh..td mcm mengaku skema, skrg terserlah lah ketidak disiplinanku..hehehe..tapi ni semua fenomena semula jadi siapa2 yg duduk asrama. Kalau sy, bukan setakat tidur masa prep, masa kelas pun sama. (surau pun.. ;P)..bila prep mlm habis, suke jd golongan2 yg terakhir yg tgglkan blok tue, kami prep asing lelaki pmpuan. Dan satu benda lagi yg sy suka buat masa sekolah dulu, tengok langit dan tengok laut.Dari sekolah kami, boleh nampak laut walaupun agak jauh. Kalau tensyen2 kat kelas tu, jenguk laa ke luar, tenang~ malam2 balik prep, bintang la jd sasaran bahan tontonan. Hehe. (rindunye~~~), waktu mahatari terbit dan terbenam juga sgt cantik di mersing. Subhanallah.

Rindu nak riadah petang2, selalu keluar riadah bawak buku dgn harapan nak study, tapi tak jadi. Selalu jugak riadah kat kantin, haha,makan aiskrim, makan keropok lekor cicah sambal kicap...nyum2..huhu.. patutnya riadah kene pergi exercise, tapi pergi menambahkan berat badan. Pernah sekali tu masa ada karnival asrama, aspuri ada futsal, mase tu semi final dan final, team kami sanggup main dalam hujan, siap kilat2 lagi, demi sebuah kemenangan. Haha. Kalau lah ada cikgu yg tau...(huhu, ustaz jgn marah ye, dh lame dah kes nie..hehe). Tak sia2 usaha kami, kami dinobatkan johan!! haha..mase tu igt lagi, kami menang dengan penalti. Ned, org terakhir yg bertanggungjawab untuk dapatkan gol, tendang bola sambil nanges2 sebab takut tak masuk. Adoiii..die menangis, yg kami plak duk gelak2. Pape pun, tu smua memory yg sgt bestttttt...

Okay, cukup smpai sini dulu,..konklusi yg nak sy buat, sekolah itu best. Sy tak menyesal jd pelajar sekolah.Hehe.Okay,,same2 kite hargai zaman persekolahan, bg junior2 yg masih bersekolah, hargai lah zaman sekolah ye. :)


ps : rindu nak mkn kat dwn mkn, especially nasi lemak!! rindu kat "makcik kakak",(makcik dwn mkn), die dpanggil "makcik kakak" sbb suke pggl kami "kakak-kakak", die sgt prihatin, perasan je kalau sy x turun makan..hehe...juga rindu pada makcik cleaner, terharu btol bile dtg skolah aritu, makcik tu panggil " syahirah kan??" isk..isk...kak awin penyelia asrama, juga kakak penyelia yg sgt best..abg danny juga penyelia, yg beberapa kali tlg hntr sy dan syazana ke stesyen bas..abg nizam yg hebat dlm semua perkara.. name2 yg disebut nie name staff sekolah, rmai lagi kalo nak sebut~hehe..ok..cukup2..sampai bile2 tak habis kalau buat penghargaan.hehe..ok..selamat thn baru masihi dan hijriah...

To all @timeted...miss u so muchhh guys!!all da best in ur study...dunia dan akhirat...kalau ade mase, jenguk2 la sekolah tu, lets give sumthing to our school..igt, di situlah kita dilahirkan. Di situlah kita dididik, disitulah kita berusaha bersusah payah, kita ade klass add math smpai tgh mlm..ooohhoho..di situlah sy pernah mendapat G9 untuk add math!!!di situlah sy pengsan masa hari sukan..di situlah kite berkumpul ramai2 masa spot check kene marah2 ngan cikgu shamsudin...adoiii..byknye kenangan...kat situlah kite nyanyi lagu sekolah hari2..kat situlah kita nyanyi koir hari merdeka smpai menang2..huhuhu...kat bilik muzik tu, kita satu batch blaja hari2 mase dh nak dekat exam. So many memories~~kt dewan besar tu, kita graduate. Kat surau tu, kite solat hajat tiap2 malam same2, kita bace yassin tiap2 hari, kite duduk kumpul ramai2 ngan ustaz joha. Kita rebut2 nak masuk kelas kimia cikgu Azmi, duk hapal nota sejarah cikgu khaty..wat latihan add mate ckgu liyana kasi..pening2 wat fizik, memahamkan bio yg susah nak dpahami. Buat karangan bm dan bi berjela-jela. Tensyen2 dgn EST.Tak tersebut semuanya. Saje nak mengingatkan diri tentang sekolah, supaya semangat nak belajar tu datang. 18 jan ni, chep mula exam mid term, harap korang doakan kami semua ya.

Juga tak dilupakan..sahabat2 kita di PALESTIN..same2 kite doakan.Bolah amalkan qunut nazilah, mahupun doa2 lain. Semoga Allah beri kekuatan pada sahabat2 kita di sana. Kita mungkin tak mampu nak angkat senjata bersama-sama mereka, tapi senjata doa tu kita ada. Ambil la masa walau sejenak untuk doakan mereka. Jangan biarkan sempadan2 negara memisahkan kita. Jom doa skrg!!
1 comments

Friday, December 26, 2008

Untuk Aku yang tahu



Aku nak jadi baik...tapi aku berkira-kira
Aku tahu buat perkara tu tak baik, tapi ada bisikan lain yg suruh aku buat
Aku tahu apa yang patut aku utamakan, tapi aku buat juga perkara yang tak perlu aku buat
Aku tahu apa tanggungjawab aku yang sebenar, tapi aku selalu buat tak endah.

Aku...
Aku suka tengok orang lain baik
Aku suka tengok orang berubah jadi baik
Aku suka nak ajak orang jadi baik
Memang lumrah manusia sukakan kebaikan
Tapi, kenapa aku ini tak jadi baik
Baik dalam istilah yang sebenar...

Aku...
Tahu orang tu buat sesuatu yang tak baik
Yang memang patut aku halang
Yang tak boleh aku buat tak tahu
Tapi...akhirnya aku biarkan
Aku bertangguh dan bertangguh
Mengharap satu hari nanti aku diberi kekuatan
Tapi aku patut fikir yang masa tu tak menunggu kita
Sang Pencipta berhak membiarkan jasad ku longlai tak bernyawa bila-bila Dia mahu
Kalau masa itu tiba, apa lagi yang dapat aku buat?

Aku...
Selalu sibuk dengan urusan dunia
Ke sana ke sini bertempiaran di pentas binaan yang sementara
Yang bakal roboh menanti masa
Lupa tujuan utama aku dicipta
Lupa kerna apa aku di dunia
Lupa ada satu kuasa yang mengawal segalanya
Lupa siapa kekasih aku yang sebenar...

Aku...
Nak buat ini dan itu
Nak ikut manusia itu buat hal itu
Dengki dengan manusia itu yang ada itu
Rasa sempurna hidupku kalau dapat buat begitu
Tapi aku tahu, itu bukan yang terbaik untukku
Ada suara yang tak berbunyi menenangkan hatiku
Ada suara yang aku tak nampak jasadnya
Menghalang aku berbuat itu.

Wahai Aku
Jangan sibuk dengan sesuatu yang bukan urusanmu
Kerna 1001 taklifan menantimu
Janganlah berhasad dengan sesuatu yang tak perlu
Jangan lah biarkan detik hidupmu berlalu tanpa diisi
Jangan biarkan kau pulang pada Sang Pencipta dengan tunduk pandanganmu kerna malu
Tapi kerana rasa rendah dirimu
Berlapang dadalah dengan segalanya
Hadapilah setiap satu perkara dengan sebaiknya
Jangan kecewa kerana pasti ada bahagia untukmu...
Jangan lah hidup di dunia kerna mencari nama....itu semua sementara cuma

Wahai Aku..Dunia ini sementara...bersyukurlah pada Yang Esa!




9 comments

Thursday, December 18, 2008

Anda makin tua!

Assalamualaikum...(sila la jawab)

Semalam, bersamaan 17 Oct 08, genaplah umur Nur Aisyah bt Mohammad Idrus. Dialah sahabat, rakan, kawan,kenalan dan ape2 aje yg seangkatan dgnnya. Semua ahli beit el-anonymous sambut birthday Aisyah kat Tahrir dgn gumbiranya~


" Aisyah, happy birthday...semoga pertambahan umur selari dgn peningkatan iman, insyaAllah. Dah 19 thn dah (erkk,,baru 19, org nk msk 20 dh.. :P), selamat menjadi lebih matang..hehe...ingat, umur makin kurang...hehe..igt lg tak ape yg ustaz Yus ckp dulu?makin umur kite naik, makin pendek jadinye sbb umur kite dah ditetapkan, kalau kite ade mase 5o thn untuk hidup, setiap thn nilainya makin berkurang..heheh..selamat dapat mumtaz, selamat la segala-galanya..jangan nakal2 sgt, sile study dgn rajin n bersungguh-sungguh okay ? hehe. Thanx atas ape2 je, thanx menjadi rakan sesekolah kat http://iskandar2008.blogspot.com/ rakan sekelas 4 thaqafah n 5 ittihad, rakan seINTEC, sebilik di Anonymous suite, juga di Beit el-anonymous :)

dah 19 thn Allah bg Aisyah menetap di Bumi ciptaanNya, bernafas, menyedut oksigen dgn percuma, pancaindera yg berfungsi dgn baik, anggota badan yg cukup, kesihatan,makanan yg juga mencukupi, dan terlalu banyak nikmt lain yg Allah kurniakan...syukur, syukran Ya Rabb. Agak2nya misi Aisyah dlm hidup ni dah tercapai ke belum??? (Soalan ni untuk semua, bukan Aisyah semata-mata, sile tukarkan name dan umur masing2 ye )

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Rasanya semua tau kan lirik lagu nie, nyayian ogy ahmad daud. Betul.Benar. Tak dapat dinafikan. Memang zaman remajalah zaman yg paling best. Mungkin sy bukan org yg layak untuk berkata tentang ini mahupun memberikan cop pengesahan bahawa penyataan ini benar, tapi kita boleh tanya pada golongan2 yg selayaknya. Mungkin jika ada golongan2 yg dah pun melepasi zaman remaja yg terbaca entry ni boleh la memberikan respons untuk entry ini.

Baru2 nie, bertemu seorang yang telah pun melalui zaman remajanya satu ketika dulu, bergenang air matanya bercerita tentang zaman remaja. Zaman yg indah katanya, sekiranya zaman itu diisi dengan apa yg sepatutnya. Hmmm..apekah makna di sebalik perkataan "sepatutnya" tue ekkk?? Wahai mereka yg bergelar remaja ,( angkat tgn ye bg yg berkaitan,penulis sdg mengangkat kening, lantaran tgnnya sdgn aktif menekan keyboard..hehe).Ok, sekali lagi, wahai mereka yg bergelar remaja atau syabab, apakah yg telah anda lakukan selama __ tahun anda dihidupkan??Bermaknakah hidup kita selama nie? Apa rutin kita setiap hari? Sudah tertunaikah hak kepada yg yg berhak? Sudah banyakkah usaha? Cukup ke? Puas ke dengan hidup nie? Besar tak sumbangan kita pada dunia?hUhu..Usamah bin Zaib dilantik oleh baginda Rasulullah s.a.w menjadi panglima perang ketika umurnya tak sampai 17 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh membuka constantinople ketika berumur 24 (ada gak yg ckp 21 dan 18). Jaafar bin Abu Talib menjadi ketua rombongan Islam ke Habsyah ketika berumur 20. Huhhh...hebat..hebat...kite??? Hmm..sile tanye diri masing2 " ape aku dah buat ekk selame aku hidup nie??agak2 aku ni ade bg pape tak yg best2 selama aku hidup nie, tak rugi ke hidup aku nie?kenape lah aku ni wujud kat dunia nie?mane aku nak pergi nanti?selamanya nak hidup kat dunia je ke?( jom fikir jap dalam 30 saat, tak rugi pon, nak lebih 30 saat pun sgt dialukan :)

Adoii..secara ikhlasnya, sy tak reti nak buat entry yg serius. Tapi ni kire serius ke?? Kucar-kacir jerk isi..haha...pape pon, harap dapat la manfaat sket..takut je org bace blog nie, tapi tgglkan blog nie tanpe dpt ape2 yg dikategorikan sbg bermanfaat..ambil la pape yg baik, yg x baik tu, korg tggl je kat sini,nak bg kritikan yg membina pun ok gak...(nape la cam agak skema entry kali nie?)...
Huh, bahang exam telah dirasa. Juga bahang cuti winter :P (bahang la sgt,,,). Tolong doakan penulis rajin berusaha ye...hehe..lepas tu doakan dia berjaye ngan cemerlangnye...ameen.
Aisyah...!!! selamat 19 thn...slmt tggl..chep nk tgglkan 19thn dah..haha...jage hadiah tu baik2!
3 comments

Tuesday, December 9, 2008

Cuti~ !!!

Salam eid adha...

Tak berniat untuk buat entry berkaitan eid adha, mungkin boleh ke blog ahli beit saya, Asyila Ismail, atau ke blog saudara Fais Azli, atau ke mane2 blog student mesir yg lain....yg pasti, sambutan eid adha di Malaysia dan Mesir memang ada beberapa perbezaan....lain kali la cerita..

Secara ikhlasnya, agak confius nak tulis apa untuk entry kali nie...ada mase idea datang mencurah-curah, tapi bila dah start nak menulis, mula la ter"stuck-stuck" je..idea bertindih-tindih, akhirnya berterabur, tak tahu nak mula camne, mane pendahuluannya, mane isi pentingnya, mane penutupnya...sedih cikgu2 Bahasa Melayu yg pernah mengajar sy dulu2, dah la byk guna short form..ejaan cam ape je...tanda baca apetah lagi...walhal BM salah satu subject favret masa zaman sekolah(abah pun cikgu BM gak..hehe) (",)

Okay, sebagai pendahuluan, sedikit perkongsian ilmu, jom kongsi satu hadis yg boleh dikatakan popular dikalangan kita...


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering melupakannya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang




Baiklah, jom kita kupas secara ringkas hadis nie...2 nikmat yg selalu kita lupakan, iaitu sihat dan masa lapang..sekarang, same2 kita bermonolog dgn diri, anda rasa anda sihat??? kaki ok?? kepala ade pening2 tak?? atau perut meragam tak??? hmm..kalau semuanya okay, jgn lupa ucapkan hamdallah...syukran ya Rabb...kalau ada sakit2, mesti rasa tak best kan?? mesti terfikir, " alah, bestnye kalau tak sakit perut, boleh study, boleh borak2 dgn hepinye ngan kwn2, boleh itu dan boleh ini " ...kadang2 bila kita sakit, kita bertekad " kalau laa dah sihat nnt, nak study ngan serius lah, nak kerja ngan sungguh2 laa.." dan macam2 lagi...btol tak??adakah monolog2 nie berlaku pada diri kita? Kalau sy, jawapannya YA...

Bila kita punya masa lapang, kita selalu tak hargai..bila ade cuti, mula2 semangat bukan main lagi, nak study tue, nak cover subject nie, nak wat latihan, last2 semua ntah ke mana..movie? internet?komik? novel?borak sakan? Jawab la sendiri..ikut kecenderungan masing2..Pastu, tibe2 exam dah nak dekat, padahal berlambak lg nak kena baca, nak fahamkan, nak kena buat latihan, nak kena buat nota, nak kena hafal, etc. Bila dah kelam kabut plus tension2, baru terfikir akan masa lapang yg lalu, yg kita biarkan berlalu tanpa manfaat...

" Adoiii.. menyesalnya tak guna masa ngan baik, apsal la time cuti tu aku tak gune untuk study"

Konklusi bg pendahuluan ini adalah, manusia hanya akan menyedari betapa pentingnya 2 nikmat nie bila sudah kesesakan masa, dan bila ditimpa kesakitan.

Kenapa pendahuluan sy dimulakan dgn hadis nie??? sebab skrg sy dan seluruh warga mesir tgh bercuti sempena eid adha...dan....sy telah byk habiskan masa dgn sia2, mungkin bukan dgn movie, bukan dgn novel, bukan dgn anime, bukan dgn game, semua tu bukan, tapi dgn INTERNET...hehe...kadang2 saya terfikir, untungnya kwn2 sy yg lain yg takde internet kat umah diorg..mst diorg lg byk study, tak ber"lagha-laghaan" dgn internet, ngan YM nye, ngan blognye, :) , ngan You Tube nye, dll. Memang internet ni satu kemudahan, boleh telefon family selalu, boleh baca berita msia hari2, boleh buat study interaktif, tapi berapa peratus sgt masa yg sy gunakan utk perkara2 tue?? Mungkin 30% je..huh..yg selebihnya? jawablah dalam hati.



Entry ini ditujukan khas untuk diri penulis, juga kepada sesiapa sahaja yg merasakan ada kaitan dgn dirinya. Sama2lah kita manfaatkan masa yg ada, gunakan dgn semaksimum mungkin, laksanakan perkara yg perlu dilaksanakan, tunaikan hak kepada yg berhak. Jangan bila dah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai beras yg sepatutnya jadi nasi terlajak jadi bubur. Sama2 kita rancang masa kita dengan baik.InsyaAllah.



Pesanan abah kpd anaknya

" Bila ade mase je, terus study, jangan tangguh2, jangan jadi mcm thn lps, menangis2 ckp tak sempat nak bace buku".

" Suruh justin ngan pingu doa untuk awak, ustaz cakap kita boleh je mintak haiwan doakan kita" (hehe.. :D)



Sekian sahaja entry sy untuk kali nie, walaupon mcm bosan je entry nya, harap dapat sikit manfaat, terkesan di hati, dan berusaha untuk menghargai 2 nikmat yg kita bincang hari nie.InsyaAllah. Doakan semoga penulis berubah sikap selepas menulis entry ini. -ameen-


6 comments

Friday, December 5, 2008

Keranamu kak Nisah :) - sy di tagged!

Salam...
Hmm..dah lame tak buat kerja men"tag" dan di"tag" nie...kalau ade pon, dah lama tak melayan..tak pasti sebab lupa atau buat2 lupa, atau mmg hati cakap tak payah la buat. Tapi, disebabkan kali nie tag ni datang dr orang yg agak spesel, iaitu salah satu sumber inspirasi saya especially masa zaman sekolah dulu, jadi saya bersemangat untuk melayan tag ini..heheh...sile klik sini untuk lihat siapekah yg dimaksudkan...heheh :)

Do you think you're hot??
Erkk...hot la plak..skrg kan dh masuk winter :P

2.Upload your favourite picture of you.


3.Why do you like that pictures?
Everyone looks so happy~ keceriaan terpancar! hehe

4.when is your last time you ate pizza??

Hmm...kalo tak silap mggu lepas, masa birthday tehah...hehe..pizza dr ben kasrin :)

5.The last song you listened to

Ptg td ade dgr lagu instrumental and orchestra...haha

6. What are you doing right now beside this??

Hmm..sebelum jawab tag nie, duk menghafal surah an-naziat..ahad ni ustazah nak tasmi' (dgr bacaan)...doakan daku ingat apa yg dihafal...

7. What Name would you prefer beside yours??

Chep la kot, ke syahirah :P heheh

8.People i tag.

1. Kay Anne

2. Rusydi Froggy

3.Huda Princess

4. -

5. -

9.Who is number 1??

Namenyer Khairul Nazrah...suke stalk blog orang lain..dan akhirnya beliau dah berblog pon..kini, blognye di stalk oleh org lain pula..hehe

10. Number 3 is having relationship with??

Hmmm...wat masa nie, huda mempunyai hubungan yg sgt baik dengan beit el-cis cake and beit el-anonymous..kan huda???

11.Say Something about no 5

Unknown laa...tag ni dah sgt rmai org buat, so sape rase nk wat, boleh laa bgtau and i'll say sumting bout u...

12. How about number 4??

Erkk...same juga jwpn mcm no 5

13. .Who is number 2??

owhh..name die Rusydi...same batch mase kat sbpi mersing dulu..peminat katak :)

waahhhh..siap akhirnya...sebelum berakhirnya entry kali nie, nak perkenalkan, satu2nye hero dalam keluarga kami...hari ni 5 dis 08, genaplah tiga belas tahun umur adik saya, Tengku Syed Muhammad Syahmi bin T. Syed Manso...hehe...syahmi, kakde doakan syahmi jadi pahlawan Islam yg best dan mantap mcm Saidina Ali ke, Talhah ke, Zubair ke...insyaAllah...Belajar la rajin2, make sure mantap semua aspek..huhu..jgn duk bersukan jerk...kate nk jd hafiz...kene laa rajin...doa yg kakde ajar tu, awak ingat lagi tak??? Sile lah jaga diri, hiasi peribadi..jangan wat perkara yg bukan2...ok??? Dan.....jgn lupe jage Justin ngan pingu baik2 :) Umwaaahh untuk diorg (errkk..jgn pelik kalau sy gelarkan kucing2 saya dg istilah diorg)....

Huhu..tadaa...erkkk...cun tak die??nie laa kerja kakak die yg sengal sekali-sekala.. :P...same tak muke kitorang??


Jangan sape2 kate die jambu, sbb die mmg x jambu.....haha...baik tau die nie :) -ameen-

5 comments

Wednesday, December 3, 2008

Seminar Keusahawanan yg superb!



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….

Salam zulhijjah…

dan Dia lah Yang menundukkan lautan (untukmu), supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar hidup-hidup (ikan) , dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

InsyaAllah, entry hari ni dimulakan dengan mentadabbur ayat dari surah An-Nahl ayat 14.


Ok, rasenye semua orang yg baca faham kan dengan ayat nie, mudah untuk difahami. Ayat yg berkaitan dengan ciptaan Tuhan yg Maha Agung, iaitu laut. Kalau kita perhatikan surah an-Nahl ni dr awal, mmg byk menceritakan ttg nikmat2 Allah kepada hambanya, spt haiwan ternakan, ciptaan manusia, langit dan bumi, hujan, matahari, bulan, bintang dsbgnya. Kalau kita cuba buka terjemahan al-Quran, dalam ayat nie mmg ada ditulis “untukmu”…nampak sgt best…cuba la perhatikan terjemahan2nya, mmg ada mention perkataan “untukmu”…Allah ciptakan semua ni untuk kita, bukan saje2 cipta, tp untuk kita, untuk kita guna dan dapat manfaat darinya. Tahukah anda, haiwan2 ternakan nie, kdg2 kita rase kesian tgk diorang. Contohnya ayam. Kita akan sembelih ayam tue untuk jdkan makanan. Kaum wanita khususnya, mst cam sedih2 kan (sy x terkecuali), tapi hakikatnya ayam tu happy je walaupun mati.hehe..sebab apa? Sebab dia telah mencapai tujuan hidupnya diciptakan, iaitu untuk beri manfaat pada manusia. Tahukah anda, bahawa manusia je yg selalunya tak tahu tujuannya diciptakan, hidupnya tak memenuhi tuntutan penciptanya. Ok, faham kot kan? (haha..dah kot, kan pulak)…terima kasih kerana memberi ruang kepada diri anda untuk membaca. Ok, sambung lagi mentadabbur ayat nie, Allah ciptakan ikan untuk kita makan. Pernah tak kita ni terfikir betapa hebatnya Allah dalam mencipta ikan. Ada sape2 boleh beri tahu ade berapa jenis ikan dalam dunia nie, baik ikan air tawar, air masin, dsbgnya. Ok, pernah tak terfikir, macam mana laa ikan yang kita makan nie boleh punya rasa yg berbeza-beza, ikan kembung rasa dia mcm nie, ikan bawal pulak rasa dia lain, ikan pari plak begitu, ikan patin plak begini. Walhal, mereka semua duduk dalam air, tempat yg sama, mungkin di laut, sungai, atau aquarium..hehe…makanan diorg lebih kurang sama je, tapi boleh ada rase yg berbeza-beza. Dpat bayangkan tak? Mungkin saya tak dapat nk huraikan dalam ayat yg terbaik, tapi harap pembaca dapat faham. Cubalah renung2kan tentang kejadian ikan hari nie, 2 minit pun dh cukup, hanya tentang ikan. Noktah…

…………………………renungkan sejenak………………………

Huh, Alhamdulillah, kali ni nak share sesuatu yg saya dapat sepanjang 2 hari menyertai program Keusahawanan Malaysia yg bertempat di Cairo International Conference Centre (CICC). Overall, saya berpuas hati dengan program nie, best, banyak ilmu, banyak manfaatnya untuk jangka masa panjang, insyaAllah. Sepanjang 2 hari program ni berlangsung, slot yg paling best bagi saya dan sahabar saya ( anisah syamilah) , adalah Slot Motivasi Tokoh2 Usahawan. Ada 2 kali slot nie, pada hari pertama dan hari ke 2. So, kali ni nak kongsi slot motivasi hari kedua, daripada Dr. Nordin bin Darus, perintis RX- Water. Beliau merupakan usahawan yg satu ketika dahulu merupakan seorang doctor, pernah menghidap kanser darah, yg menjadi booster kpd dirinya untuk mencipta teknologi RX- Water. Berikut adalah 7 tips dr Dr. Nordin,

1. Ketenangan Jiwa--> Apakah yg dimaksudkan dgn ketenangan jiwa???

a) Bebas dr sebarang ketakutan

b) Bebas dr tamak

c) Bebas dr dosa

2. Cari jalan untuk sihat walafiat, baik rohani, fizikal, minda dan sebagainya.

3. Kasih sayang berpanjangan

4. Kebebasan kewangan (financial freedom)

5. Tujuan hidup, mesti ada tujuan hidup yg jelas, rasenya semua dah maklum kan ape tujuan manusia tu diciptakan, sbg khalifah dan hamba, dah selesai ke tanggungjwb tue??


30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya ( al-baqarah ayat 30)



56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adz-dzariat ayat 56)

6. Repay (bagi balik)- bagi ape?? Byk kot, bila dpt imu, kita bg ilmu tu kat orang lain, kongsi rezeki yg Allah bg pada kita dgn orang lain, kongsi kudrat, berdoa untuk orang lain, dan sebagainya.


7.Bersyukur…tak perlu hurai kot, rasenye semua faham, insyaAllah.

Sekian dulu perkongsian buat masa nie, kalau ikutkan, banyak je nak share, tapi tak dapat nak ungkapkan dalam bentuk tulisan, hehe…kepada pelajar2 malaysia di mesir yang hadir program keusahawanan nie, tahniah diucapkan, semoga kita semua mendapat manfaat, bukan pergi dengan sia-sia je, sangat la rugi kalau kita pergi tapi tak bawa pulang sesuatu yg bermanfaat (bukan bawa balik beg free semata-mata ). Siapa yg tak berkesempatan untuk pergi, atau ada kesempatan tapi tak nak pergi, lain kali pergi laa ye…insyaAllah tak rugi, baik pelajar perubatan, pengajian islam dan sbgnya. Wallahualam…


Tadaaa...chep's hall :D

Sahabat setia sepanjang program...di sekitar CICC