0 comments

Saturday, October 25, 2008

Banjir Melanda Cairo

Salam 25 ramadhan…

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 25 oct…cepat sangat rasanya berlalu. Kelas dah 3 minggu bermula. Semua berjalan lancar, insyaAllah. Minggu ni minggu yang agak sibuk dan pack dgn pelbagai program. Tapi best sbnrnya kalau jadual pack, sbb kita tak akan ada masa untuk nak bermalas-malasan. Tak ada alasan untuk terlebih tidur, dan sebagainya.

Minggu lepas saya dan Aimi ke City Star, membeli aset baru yang kini sah menjadi harta kami. Semoga aset baru ni dapat memberi ikan perkhidmatan yg terbaik untuk tuannye yg baru nie..hehe..insyaAllah kami akan menjaga aset ini sebaik mungkin dan menggunakannya dengan penuh berkhidmah (walaupun istilah “kami” digunakan, tapi asset kami lain2, bukan kongsi dan bukanlah benda yg sama)..haha..apakah??haha…rahsia..

“ Eiihh chep, kita yang semangat2 nak pergi Jamuan tu kan chep, tapi last2 kita yg x pergi..”

“ hmm..ntah la aimi, ada hikmahnye nie, mane tau kalau kite pergi nanti jadi lain ke, kite riak ke, mungkin gak niat kita salah kot,haha”

“ Tu laaa…kene muhasabah balik nie, orang lain sambut raya, kita pulak duduk dalam teksi, dalam banjir plak tu, mesti ade sumthin yg Allah nk bgtau kite nie”

“Takper, kite beraye dalam banjir, pengalaman yg best nie, x semua org dpt rase ape yg kite rase hari nie, bagus gak kot tak pergi situ, hehe”

Kita hanya mampu merancang. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah lah yg terbaik untuk kita. Saya dan Aimi bersemangat nak pergi ke Jamuan Raya Perubatan di Nadi Muqawalun. Sedangkan ada segelintir daripada sahabat2 kami langsung tak hairan dengan majlis tu. Tapi akhirnya, sahabat2 saya yg tak berapa nak pergi tu dapat juga pergi walaupun mereka agak sibuk dengan pelbagai urusan, tapi saya dan aimi pula yang tak berjaya.haha..

Al-kisahnya, semalam saya dan Aimi ke Airport, untuk fetch kak Ainun yang baru tiba dari Malaysia, Kami berkenalan dengan Kak Ainun baru je dalam bulan puasa hari tu. Akhirnya kak Ainun berkeputusan untuk datang ke Mesir untuk belajar Bahasa Arab kat sini. Perancangan nye adalah lepas balik dari airport, kami akan bergegas ke Nadi Muqawalun, dan kononnya malam tu nak jalan2 ke rumah senior kami di Zaqziq.

Ok, ceritanya, dalam pukul 2.30, saya dan Aimi bergerak ke Airport dengan menaiki teksi je, gara2 semua kereta sewa ustaz2 ni telah disewa oleh org lain. Dengan harapan bahawa paling lambat pun, dalam pukul 5.30 mungkin kami akan tiba di Nadi Muqawalun tu. Tapi tu la nak kata, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Dalam perjalanan, kereta sangatlah sesak. Sampai tak gerak pun kereta. So, pakcik teksi kami ni cubalah cari jalan alternative yg konon2 dgn harapan boleh sampai cepat. Jalan punya jalan, zahmah (sesak) jugak. Jalan pula ke arah lain, kereta langsung tak bergerak terutama masa kami lalu dekat depan Al-Masah (lokasi grand dinner kami thn lps)..rupa2ya BANJIR. Dasyat jugak laa..semua kereta yg lalu kawasan tu di arahkan untuk reverse balik, dan lalu jalan sebelahnya walaupun hakikatnya jalan sebelah tu one way je. Banyak kereta yang terpaksa ditolak sebab air dah naik agak tinggi kat kawasan tu. Terkejut gak camne boleh banjir, padahal hujan tak la gile lebat pun. Tapi hakikatnya adalah mesir mmg jarang sekali nak hujan, hujan pun bila nak masuk musim sejuk je.Mungkin atas sebab tu, system perparitan kat sini x bagus, that’s why bile hujan skit je, tibe2 jd banjir.


Akhirnya, perjalanan kami ke airpot mengambil masa 2jam setengah..lame tue, patutnya paling lama sejam dah boleh sampai. Lepas jumpa kak ainun, kami pulang dengan menaiki teksi yg sama, dan sampai ke rumah pada jam 7.30 malam. Total masa perjalanan kami equal 5 jam. Huhu..kalau 5 jam, dari kuantan dah boleh sampai ke Jb dah…hehe


Akhirnya *berapa kali akhirnya dah nie, tapi tak berakhir lagi cerita nie :P*kami berkeputusan untuk tak pergi ke Jamuan Perubatan tu sebab kami dimaklumkan bahawa majllis dah hampir tamat dan orang dah mula makan. Ribuan maaf kepada pihak Perubatan kerana kami tak dapat hadir..bukan tak nak pergi, tapi memang tak dapat pergi. Saya berbincang dengan Aimi, xperlah kami tak pergi, sekurang-kurangya hasil kerja kami menjadi wakil kepada kami di sana..tadaaa…sebabnya kali nie rumah kami mendapat kontrak untuk membuat KARIPAP untuk 30 orang tetamu VIP yang diketuai oleh Aimi dan saya pula mendapat kontrak lain …hehe (juga bekerjasama bersama Radin)..tapi walaupun namenya kontrak, khidmat kami adalah percuma. J Di kesempatan nie, saya nk ucapkan terima kasih banyak2 kepada mana2 warga Perubatan mahupun bukan warga perubatan yg membantu saya menyiapkan kerja2 tersebut. Jasa korang amat dihargai.

Dan perancangan saya untuk ziarah senior sy di zagziq juga terpaksa dibatalkan kerana sebab2 yg x dpt di elakkan.

Perancangan hari nie, nak pergi cc jap, pastu nak ke rumah En. Azam (pegawai JPA), then ke ziarah junior2 yang baru berpindah, dan petang ni kami nak selesaikan segala urusan berkaitan pemasangan internet. Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah. Tapi apa2pun, kita hanya mampu merancang, namun Allah ada perancangan yg lebih besar dan baik untuk kita.

Galeri Inti Karipap Aimi..berasap lagi tue..

Nie breakfast sy utk pagi nie..hehe

Beraye dlm teksi ngan pakcik astar je...hehe
3 comments

Tuesday, October 14, 2008

Arab Mesir


Salam muhibbah, salam ukhwah untuk semua …

Jika minggu pertama di Egypt pada tahun lepas saya di “kiss” (ade istilah lain yg lebih sesuai x??) oleh makcik arab, tahun ni pun begitu juga. (eishhh, mcm bakal jadi rutin tiap2 tahun je nie..hehe). Kalau tahun lepas insiden tersebut berlaku di Masjid Hussein, tahun ni pula di sekitar Carefour Maadi.

Usai solat maghrib, fathy pergi beli makanan, aimi pergi survey handphone, sy plak kene laa jaga barang2 yg dah dibeli. (2 troly tuee…ngeh3). Baru je si aimi dan faty gerak tgglkan saya, tiba2 ade makcik di meja sebelah pandang2 sambil senyum2 plus melambai memanggil sy. Untuk tak mahu dikatakan sombong, kaki pun digerakkan laa ke meja makcik tu yg sedang bersama anaknya. Makcik tu namanya Iman, belajat kos biology. Dia sangat laa teruja bila saya pergi ke meja tue (bukan nak buat ayat bajet nie), lantas mengucup pipi dan dahi saya berkali-kali. Dengan bahasa arab sy yg x brape nak fasih nie, sy cuba laa memahami setiap butir perkataan yg keluar dari bibirnya. Biase laa, ada yg faham, ada juga yg tak, tapi buat2 paham je laa..hehe..makcik tu bercerita ttg Islam skit2. Juga berbincang soal US. Dan kejatuhan ekonomi Negara tu.

Terpinga-pinga saya dibuatnya, sbb sorg2 je, xtau nk borak ape ngan makcik tue. Eissh, bila la nak fasih nie.hehe..insyaAllah dalam tahun ni kami akan join kelas bhs arab jika tiada halangan.insyaAllah.


Lagi cerita ttg orang2 arab di mesir ini. Kalau entry sblm ni sy cerita ttg sikap segelintir bangsa arab yg suka memita-minta, kali ni nak cerita pula pasal sikap warga arab yg sangat laa saya kagumi. Hari pertama kelas bermula, kami serumah menuju ke kedai buku dalam kawasan U kami untuk membeli buku. Saya x bawa byk duit, so dengan harapannya buku tu dalam seratus lebih je laa. Tu pun nak pinjam duit aimi je..lantaran tak sempat nk pergi tukar duit.hehe..sampai kat kedai tu, pakcik yg jage kedai tu, terus tersenyum gembira bila nampak kami..hehe..tak sempat pun nk cakap pape, pakcik tu terus je hulurkan plastic berisi buku2 untuk student tahun 2. Harga die LE310. Huyooo, mane cukup duit nie. Saya dan Asyila pun berkeputusan untuk pergi tukar duit dulu. Bila dah sampai kat Bank, Aisyah dan radin datang dan bgtau yg pakcik tu suruh ambil je dulu buku tue, xyah bayar hari nie…huhu..disebabkan manusia sgtla ramai kat bank tue, sy dan asyila pun pergi laa balik ke kedai buku tue dan jumpa balik pakcik tue. Dengan penuh yakinnya, tanpa pakcik tu catat nama kami ke, tgk student card kami ke, die terus je hulur buku2 tue. Kagum btol. Kepercayaan pakcik tu pada kami sangat laa tinggi. Masa tu nampak gak ade student2 arab yg memandang kami. Tak tahulahmereka juga dapat layanan yg sama atau tak. Tapi yg pentingnya pakcik tu mmg best dan baik hati dan suka bg harga yg lebih rendah berbanding kedai buku lain. Syukran ya ammu.!

ps: skrg ni warga msia di cairo semakin bertambah dengan kehadiran junior2 baru. Makin meriah laa U kami. Bak kata senior kami tahun lepas, rasa macam berada kat UM plak..hehe..ni Universiti Malaya ke Universiti Mesir.


Ps : my new niece demam kuning. Masuk wad, “ Ya Allah , kau berikanlah kesembuhan kepada Aleesya, semoga Aleesya sihat rohani dan jasmaninya dan menjadi hambamu yg beriman, ameen ya rabb"

Aleesya..tgk rambut die..lebat kan??


New Papa n Mama.

NeW atok's...hehehe..

yang nie plak?hubungan apekah ngan Aleesya??maybe anak sedara kpd Justin, cucu sedara kpd pingu and sepupu kepada ultraman2 kecik tue..ngeh3

0 comments

Egypt..Now im Here Again

Salam syawal penuh hikmah…

Ya..now im in Cairo. To be more specific, syari’ Bustan Al-Fadhil, El- Mouneira. Bukan lagi di Masakin Fustat.hehe..tp secara ikhlas dan seriusnya, mmg sgt merindui Fustat yang penuh dgn memori dan ketenangan.huhu


Keluar je dr Fligt Etihad, sy menyedarkan diri bhw skrg sy di Cairo, bukan lagi Malaysia. Jadi, mind set perlu diubah. Sistem di Mesir ni bukanlah canggih dan hebat seperti di Malaysia. Airportnya bukan laa seperti di KLIA, jauh berbeza. Jauh gilerrr…


Sampai je airport Cairo tu, kami perlu beratur berpanjang-panjangan, sambil mengisi borang ketibaan. Nak dapatkan borang ketibaan tu pun dah ada sedikit masalah. Kebetulan pulak pada masa yg sama, ramai warga mesir ni yg baru habis melakukan umrah. Huh, mmg sesak gile. Untuk mengurangkan kepeningan di kepala nie, sy membawa haluan kaki ke tandas. Di sini juga membuatkan saya sedar kembali yg sy ni kat mesir. Mmg jauh gile beza tandas di Cairo ni berbanding ngan KLIA. Rasenye tak perlu kot nak banding dgn toilet KLIA, cukup kalau nk bandingkan dgn toilet kat sekolah dulu.hehe (toilet skolah lame ku lagi indah dan selesa dan menarik juga bersih..hehe).


Ok, itu dr segi keindahan, mesir punye style, makcik2 cleaner ni mmg slalu minta duit drpd pengguna terutamanya kami yg bukan rakyat mesir nie. Konon2 mula2 masuk tandas tu, makcik tu bg tisu laaa..ambik je laa kan sbb org dah bg. Lalu stlh lame x berspeaking arab, perbualan dmulakan “Ma Fisy muyyah?” (xde air ke?) , makcik tu ckp ade je. Ooo…senyum je la. Bila nak keluar, makcik tu senyum2 lagi sambil hulur tgn. Adoii..ni laa mesir. Tanda free pun nk kene bayar ke. Dah laa mmg x bawak sesen pun duit mesir time masuk tandas. Ade duit RM je..ade RM5 ngan RM1. Huhu.. “makcik. Sy mmg xde duit geneh nie” sy pun tunjukla yg sy ade duit msia je. Makcik tu siap tutup pintu tandas lagi sbb xnak bagi keluar selagi x bayar. Last2 makcik tu ambil gak RM1. Pandai2 la makcik tukar kat mane2 ekk. Kot2 satu hari nnt makcik nk pergi msia ke, kan dah ade duit tu..keh3. Bukan berniat nk bercerita yg buruk2 pasal mesir, tapi nk kongsi pengalaman je.


Ps 1: terbayang-bayang dek otak kat dalam skull nie, camne laa agaknye kalau family dtg sini tanpa guna travel agency. Boleh ke nak setlekan borang ketibaan tu?Nak ambil borang yg mane satu, ape nk tulis dlm tu?Satu hari nnt mesir pasti maju… ngeh3.kite semua doakan ye..ameen..

Ps 2: Sekarang daku telah menerima kehadiran org baru dalam keluargaku.ngeh2. Abah ngan ummi dah dapat cucu. Name die Nur Aleesya binti Mohd Adzhar. Tahniah kepada abg adzhar and kak farah!!!selamat menjadi ibu bapa yg besttt!! Semoga Aleesya menjadi anak yg solehah yg membahagiakan ibu bapanya..ameen ya rabb.