0 comments

Thursday, September 25, 2008

Raye oh Raye


Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."



Cara Menyambut Aidilfitri

1. Bertakbir raya dgn penuh smgt. Sbnrnyer takbir nie tanda meraikan kemenangan umat Islam, tapi takbir kat negara kita nie biasenyer sayu je kan..macam2 sedih2 pulak. Kalau kat negara2 arab termasuk laa mesir, takbir die takde plak cam sayu2 nak nanges je...hehe..

Firman Allah:

“Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”



2. Bangun awal di pagi syawal dan mandi sunat hari raya.

3. Pakai laa baju yg terbaik yg kita ada, tak semestinya baju baru, yang penting baju yg kita rasa plg best and ok.

3. Menjamah makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat aidilfitri. Yang nie berbeza dgn hari raya eid adha. Kalau eid adha, kita makan lepas balik solat. Tapi makan tu jgn laa sampai melantak, sekadar menjamah.

4. Pergi menunaikan solat sunat hari raya di masjid. Digalakkan menggunakan laluan yg berbeza ketika pergi dan balik dari solat hari raya.

5. Saling bermaafan dan mengucapkan tahniah kerana berjaya berpuasa dan menang melawan hawa nafsu dalam bukan ramadhan.

Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah s.w.t dan saudaranya yang lain). (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

6. Saling menziarahi satu sama lain

7. Boleh je nak bagi duit raye, tapi bg laa ikut kemampuan dgn niat untuk bersedekah. Jangan pikir bg duit raye ni hanya sebagai adat, tp ibadat. Kebanyakan org2 kita nie sambut raye nie just sebagai adat, habis pose, teros pikir nak rayer, sedangkan sbnrnyer raye ni adelah hari kemenangan umat Islam. Ingat, niat kite membezakan adat n ibadat. so, rugilah kalau kite x niat sbg sedekah, hilangla ganjaran yg best2 yg Allah dah janji.

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci. (Riwayat Baihaqi)

8. Nak ziarah kubur di pagi rayer??? Boleh, tiada salahnya, tetapi jgn smpai kita menetapkan bahawa menzirah kubur pada pagi raye adalah satu perkara yg wajib bagi kita.Jangan jadikan ziarah kubur nie sebagai amalan bermusim. Ziarah la kubur dalam waktu lain sekali, sebab ziarah kubur nie akan mengingatkan kita pada kematian. Kalau x silap ade satu kate2, x sure hadis ke ape, org yg bijak adalah yg mengingati mati.

Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Sekian serba sedikit ilmu yg dapat sy kongsi hasil tazkirah dr Ustaz Tarmizi masa terawikh kelmarin. Harap dapat sama2 kita amalkan. Kalau ade yg tersilap bolehlaa diperbaiki ye..









5 comments

Tuesday, September 23, 2008

Da Crassshhh...!!

salam 24 ramadhan...

Jumaat 19 0ct 08

Menuju ke JB untuk ke rumah kak farah dan abg adzhar. Alhamdulillah, selamat juga sampai ke sana pada jam 5.30 ptg. Petang tu kami berbuka di gerai kak L, kawan kak farah and abg adzhar, bersama-sama dgn kak Joe. Thanx to kak L sebab belanja. Tak payah bayar pun, padahal banyak gile kami melantak..*act im excluded..hehe*

Sabtu 20 oct 08

Pagi tu kak farah keje, so just stay kat rumah dulu sampai petang, make over my blog. Dah lama nak make over sbnrnyer, tapi internet kat rumah dial up je, so of coz laa takde smgt.So, alang2 dah sampai rumah orang yg pkai streamyx nie, misi pun dijalankan. Alahamdulillah, berjaya dan puas hati jugak laa.Petang tu, kami bershopping di Jusco dan buka puasa kat sana. *gambar lupa nak transfer dr hp kak farah*

Ahad 20 oct 08

Petang tu kami shoping di Tesco pulak, berbuka kat sana.

Isnin 21 0ct 08

Hari yang terakhir laa kot bagi tahun nie untuk jumpa kak farah and abg adzhar. InsyaAllah kalau ada rezeki next year boleh balik lagi, nak jumpa anak buah baru,hehe. Kalau x balik, nnt anak buah x kenal pulak mak cik die yg best nie. Kak Farah dijangka akan bersalin 7 oct nie.Adoi, dah smpai cairo dah time tu...

Al-kisahnya, naik bas transnasional pada jam 11 pagi dan dijangka tiba di Kuantan pada jam 4.30 petang. Tapi, kami penumpang2 bas bernasib "baik" sebab bas tiba2 rosak di Rompin. Setelah di adjust2 oleh driver dan beberapa penumpang, bas boleh bergerak, namun kelajuan maksimum hanyalah 60km/j. So, perjalanan jadi panjang. Sampai di Pekan, keadaan bas makin kronik, kelajuannya hanya selaju kura2 berjalan.hehe. Bila bas berhenti kat traffic light, bas mmg susah nk gerak balik, kata pakcik tu, walaupun dah tekan habis minyak, tapi minyak x naik. Kami rasa kalau jalan kaki lagi cepat sampai.hehe. Hmm, risau jugak time tu, takut x sempat buka puasa kat rumah. Dalam bas tu, saya seorang perempuan yg puasa, sebab yg lain semua cina dan seorang India. Masa tu, saya rasa best sgt sebab terasa perpaduan rakyat malaysia. Auntie2 cina tu semua ramah2, kami berbual-bual sementara tunggu mekanik datang, tak lupa juga wanita India di sebelah saya. Rasa laa malaysia ni negara yg majmuk.hehe. Akhirnya, dalam pukul 5 lebih, datang sebuah bas transnasional untuk bawa kami pulang ke Kuantan. Alhamdulillah, sempat laa berbuka di rumah.

Selasa, 23 oct 08

Selepas zohor, keluar ke bandar bersama ummi untuk beberapa urusan seperti mengambil kad ATM HSBC, kemudian ke Wisma Elken, dan pergi buat spek mata baru. Suprisingly, kerabunan saya bertambah dengan mendadak jugak laa, both side dah jadi 5 ratus lebih, adoiii, patutla asik pening2 je.Dulu 3 ratus lebih je. Nie gara2 duk study dalam gelap laa nie..degil...aisyah pun selalu tegur bila saya study dalam gelap.Lagi satu mungkin sebab sejak akhir2 ni byk menghadap laptop.*syukur masih boleh melihat, bayangkan mereka2 yg langsung x dapat melihat*

Lepas selesai buat spek mata *ummi pun tetibe tukar spek mata baru* kami nak balik laa rumah. Sampai di satu traffic ligth di jalan Wong Ah Jang, crasssshhhhhhhhhhhhhh. Sebuah kereta telah muncul secara tiba2 di hadapan kami. Sila lihat apa yg berlaku.




Natijahnya,....



Sempat snap kereta tue...*cantik sebab white colour..hehe*



Nasib baik ada sorang Bro yang baik hati untuk tolong settlekan. Puas juga ummi dan pemilik kereta tu berbalah-balah kecil, masing2 tak mahu mengaku salah. Anda lihat sendiri, dan pasti anda boleh beri jawapannya.

Akhirnya, tak sempat berbuka di rumah, nasib baik ada banyak gerai makan kat kawasan tu. Tapi saya just minum segelas air kelapa, tanpa makan kerana memikirkan makanan yg sangat banyak di rumah yg abah dah beli *hari ni x masak sbb seluruh Kuantan tak de air*. Ummi dan kawan2 makan nasi ayam.Dalam pukul 8 malam, kami tiba di rumah, bergegas solat maghrib dan menuju ke surau untuk bertarawikh. Alhamdulillah, takde kecederaan dalam eksiden tu, cuma kereta je laa yg injured.hehe.

Justin...*ni bukan spek baru, x siap lagi*


*nampak macam genius ke macam Atok??hehe*
2 comments

Sunday, September 21, 2008

Malam yang kita nantikan

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. -

dipetik dari
Ustaz Zainudin Hashim - harakah daily.net
0 comments

Saturday, September 20, 2008

Da Nite of Power~LAILATUL QADR




watch upin n ipin~
5 comments

Tuesday, September 16, 2008

Kembara KL Selangor 2008

Salam ramadhan penuh maghfirah..

Faty cakap “chep, ade orang suruh update blog”
Ayu plak "pemalas, lame gile x update blog"..pergh..huhu...xper ayu, sila bace entry kali nie..
Ye ye..baik..saya tahu sape tue..hehe..sejak akhir2 nie jari saya nie memang agak berat sikit..tapi akhirnya saya paksa jugak jari saya untuk mundar-mandir atas keyboard nie..jari saya bukan macam jari faty yg suka menari-nari atas keyboard..hehe..xder step2 tertentu..:P



Ahad,7 September,7 Ramadhan

Bertolak ke Klang Rumah Aimi J pada jam 4.30 ptg dgn menaiki bas transnasional. Disini sy igin melaporkan satu berita..seorang pemandu bas bersikap agak kurang menyenangkan telah memandu bas yg kami naiki ke Klang dan Shah Alam.Bas berno plat WKD 6702 bertarikh 6 oct 08 jam 4.30 ptg dr Kuantan ke Shah Alam dan Klang.. Menurut seorang penumpang berbangsa India yang sempat saya kenal semasa di perhentian genting sempah menceritakan bahawa rakannya telah diherdik oleh pemandu bas berkenaan sebelum menaiki bas “Tak reti nak beratur ke?dulu kat sekolah tak pernah belajar ye?” Huyoo, agak2la sikit kalau nak tegur orang pun, gunakan lah bahasa yg lebih sopan abang driver..Beberapa minit sebelum kami bertolak, abg driver tersebut konon2 round laa tengok penumpang..tibe2 die bersuara pada seorang penumpang yg sy pun tak tau sape.. “Adik, makanan tu simpan elok2 skit ye, ikat betul2 plastik die, nak termuntah sy bau!” Huh..dasyat ayat abg driver nie..Lepas tu bas pun bergerak la..sampai satu simpang tu,huh, sipi je nk langgar kete kelisa..mmg dasyat..die punye cilok mmg hebat..ok..takpe..dimaafkan. Tu baru satu kereta, ada lg kereta lain yg jd mangsa baik punye cilok abg driver nie,,gerun maaa tengok dia bawak bas.. Tengah tengah2 highway tu, tibe2 sy yg bertuah dapat sit depan skali nie terdengarlah suara abg driver tu mengeluh sambil berleter skit2…katanye pening laa, busuk laa, tak tahan laa bau makanan smpai nk termuntah…siap2 bukak tingkap lagi…tak lame pas die bising2 tue, tibe2 bas di stopkan kat tepi jalan..semua terdiam..terkaku..buat2 mcm bese je, sebab mmg tak tau kenape bas tu tibe2 berhenti..agak lame laa di stop..tibe2 abg driver bersuara “saye ni bukan ape, nak tau ke kenape saye berhenti? Saye nie pening tau, rase nak termuntah, habis badan2 rase lenguh, saya tak tahan dengan bau cam nie,orang dah warning dah awal2 tadi, tgk laa ape jadi, naik fed up tau, lambatla korang smpai camnie, dah bukak tingkap pun bau tak hilang gak..” panjang maaa abg driver berleter..dah laa duduk betul2 blakang die..huhu..xper..sabar2..die penat nie..die pose..

Sampai je kat genting sepah, bas di stopkan untuk beri peluang kami berbuka..kan dah ramai yg bawak bekal nk buka puasa, sebab masing2 tak jangka pulak yg driver akan stop..tibe2 lagi abg driver bersuara “ Ha, saye nk semua orang keluar, kosongkan bas, jangan ada sorang pun yang tinggal, pergi bukak puasa bg yg Islam, yang lain pun kosongkan bas” .. “berape lame ni bang stop kat sini?” ade sorang bro bertanye.. sunyi sepi tak dijawab oleh abg driver…masing2 keluar bas buat muka tak puas hati je…

Selesai makan, ramai laa yg tunggu kat tepi bas tue, masing2 berbisik-bisik..isunya..driver..hehe..aduh..kesian laa gak kat astor (driver) tue, tapi nak buat macam mane lagi..semua penumpang menyampaikan rasa ketidakpuasan hati…banyak kali jugak sy perasan yg astor nie bercakap dgn handphone..berkali-kali..tp x sure la pulak die pkai handsfree ke tak..tapi mcm tak..antara keluhan2 penumpang “die ingat die sorang je ke pause?”, “Ishh..tak pernah jumpa driver macam tu” , “Kalau macam nie laa dia drive, saya mmg nak turun awal2, takut je naik dengan dia”. Memang banyak komen yg sy dengar. Macam ada mesyuarat persatuab penumpang je. Memang lama kami tunggu driver tu habis makan. Sampai ramai yg cakap abg driver nie pergi tidur sebab penat sgt. Wallahualam. Akhirnya dalam pukul 9 malam sampai juga saya di klang, Selangor.


Isnin,8 September 2008, 8 Ramadhan

Keesokkanya, saya dan aimi bergerak ke Shah alam dengan menaiki KTM. Sampai di stesyen shah alam dalam pukul 8.30, kami berehat di situ menunggu ilya, tehah, aimi athirah, dan Datin Ayu. Dalam pukul 9 trip aimi a,tehah dan ilya sampai. Pelbagai cerita yg keluar, bak kata along aimi J, korang nie macam setahun tak jumpe…hehe..tunggu punye tunggu, Datin Ayu tak sampai..hehe…tak sabar nak palu kompang untuk ayu nie…last2 smpai gak Datin Ayu yang kebetulannya sama train ngan Faty dan Huda.

Kami bergerak ke kolej Cemara, buat bising dekat Bilik junior2 yang akan fly ke Mesir..hehe..Then, gerak ke Mydin kat depan tu, Dulu masa kami fly Mydin tu belum buka lagi. Memang dah maju laa kat situ. Memang komfem akan habis duit sebab ada lagi satu shoping complex yg baru buka.

Pukul 12 bergerak ke INTEC. On da way nak jumpe Mama (ustazah Fatahiyah), kami terserempak dengan Sir Izzuan. So, kami berpecah 2 grup, 1 ikut sir, 1 lg jumpa mama dulu. Sampai bilik mama. Mmg bising sebab ada junior2. Sempat laa buat taaruf, buat kecoh dengan mama.hehe..nak dekat sejam lebih duduk sane, pergi solat zohor kat ALM, surau yg jadi port kami solat dulu2 ..then gerak untuk jumpa Sir Izzuan. Sir semangat tunjuk gambar2 dia melancong ke Bangkok.Huh, dasyat betul gambar2 dia…Dalam pukul 3, kami bergerak ke PKNS dan dalam pukul 5 kami bergerak pulang ke Shah Alam.

Selasa, 9 September2008

Bergerak ke Serdang, berkongi ilmu di sana, berkenal-kenal dengan kakak2 yg belajar di pelbagai Negara. Memang syok dan best….hehe…

Rabu, 10 september 2008

Bergerak dr Serdang ke Gombak bersama aimi J untuk berbuka dan bermalam di rumah Faty. Huhu..untuk pengetahuan, jelajah ke rumah ahli2 rumah sy di mesir telah selesai 80%. Buktinya, saya telah ke rumah Aisyah di Muar 2 bulan yg lepas, ke rumah asyila di penang sebulan yg lepas, ke rumah aimi dan faty dalam minggu lepas. Hehe..rumah sape yg terlepas nie? Memang cuti kali ni saya habiskan untuk mengembara laa..kembara sorang2 plak tue,,hehe,,tak kira siang mahupun malam. Saya ke penang dulu basnya pukuk 10 malam, tiba di penang pukul 5 pagi dan menunggu syila tiba sehingga jam 7 pagi..dasyat tak?tunggu sorang2 di pagi2 hari..hehe..tapi ade je laa orang lain. Ada masalah teknikal masa tu, tu yg kene tunggu lama skit. Tapi Alhamdulillah semua ok. Saya suka je naik bas malam2 sebab boleh tgk bintang..hehe..mmg best..dari penang ke ktn pun naik malam jugak.Rase cam nak kait je bintang tu. Subhanallah, memang cantik maaaa…hehe..Cerita bersambung, malam tu faty bawa kami bertarawikh di masjid uia Gombak. Alhamdulillah, sambil pergi terawikh tu, dapat la jugak jumpe Petem kat sane..mula2 niat nk datang kl ni mmg nk jpe kawan2 lama nie, tapi plan tu tak jadi sebab sorang2je, tapi tue laa kuasa Allah, urusan dipermudahkan, niat asal tu termakbul jugak akhirnya walaupun dah dicancelkan. Syukran ya Rabb. Malam tu lepak2 dengan Kamil, anak buah faty..memang comel. Sempat temankan dia tgk cerita Thomas tue..hehe..

Khamis, 11 September 2008

Dalam pukul 10.30, kami bergerak ke stesyen bas GreenWood. Alhamdulillah, tiba2 je mmg ada bas pukul 10.30. Alhamdulillah, risau jugak mula2 kalau takde tiket, tak pasal2 kene ke Pekeliling atau Pudu. Tu laa kan. Memang Allah mudahkan urusan hambanya. Tak lama tunggu, akhirnya bas tiba dari stesyen Putra kalau tak silap. Dalam pukul 2 ptg, saya tiba di Kuantan.

*Balik dr sane, bila sampai rumah, sy dapati Justin nampak lain. Sah laa dia sakit. Tadi abah ke klinik tanpa bawa Justin, ingat nak make sure je DR. ade ke x sbb hari nie hari ahad. Memang DR xder. So, abah just inform kat pembantu DR tu je symptom2 yg Justin alami. Konklusinya, justin ni cirit-birit.hehe..memang btol pun. Tak pasal2 je kene bersihkan najis dia sebab dia macam involuntary gak laa..adoii..pastu mata dia macam bengkak skit, kelopak mata dia macam ternaik..xreti daa nk explain..yg pentingnya tu adalah tanda kucing kene cirit birit.Satu ilmu baru untuk hari nie…so skrg dgn suka relanya terpaksa jadi jururawat peribadi Justin. Sesungguhnya pelihara haiwan sgt memerlukan komitmen.