0 comments

Wednesday, February 27, 2008

Kisah Kucing

Salam..

cerita ni chep dapat dr blog Dr. Kadir..i like dis story....bcoz its about cat...miss pingu so much!!!!!!!!!

Abah cakap pingu bunting lagi!!!!isk..isk..heheh

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing
Abdul Wahab Muhammad Nor


Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.


Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.


Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.


Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.


Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.


Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.


Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.


Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.


Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.


Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.


Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.


Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.


Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.


Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.


Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.


Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

0 comments

Saturday, February 23, 2008

Faty punyer pasal…

Atas permintaan faty..i have to do dis..hehe..
+Ape maksud kongsi? +
Ermm…kongsi tu share laaa…I like to use word “sharing is caring”…emm..kongsi tu kesanggupan @kerelaan diri untuk memberi dan menerima..da word “kongsi ni melibatkan hubungan 2 hala” iaitu seorang yang memberi kongsi dan seorang yang menerima perkongsian tue..boleh tak jawapan ni faty??berapa markah boleh dapat nie???
+Suka kongsi ape dgn orang? +
1. InsyaAllah kongsi ilmu..amin..
2. Kongsi cerita yang boleh dikongsi…hehe
3. Kongsi henpon dgn aisyah..sbb sblm ni xder hp…tp skrg tak dah…
4. Kongsi buat kerja ramai2..hehe…tak laa penat sangat..
5. Kongsi pendapat…
6. Kongsi kasih syg…hehe..bermadu???not sure…hehe

+Susah nak kongsi ape ?+

1. Cerita yang rahsia laaa…mane boleh kongsi..
2. Rase marah..tak reti laaa..diam2 sudah….
3. Susahnye nak kongsi ape yang “susah nak dikongsi”..heheh..paham tak??

+Dengan sape selalunya kongsi?+

1. Pingu!!!hehe ..
2. Family..mesti laa kongsi..rumah..kereta..tv..etc..heheh
3. Ahli rumah..
4. Kawan2…sape2 je yang dpikirkan bersesuaian utk dikongsi…

+Perasaan lps berkongsi? +

Best laa kalau dapat kongi ape yang nak kita kongsikan dengan orang lain..rasa puas hati..best jugak kalau something yang kita teringin sangat tetiba ade orang yg sudi nak bagi kita sikit …and secara ikhlasnya, kadang2 memang ad erase cam tak nak laa kongsi dgn org lain…lumrah laa tue…tp bila pikir2 balik, Allah pasti akan bagi ganjaran pada setiap kebaikan yang kita buat…

Ada satu kisah yang ade kaitan dengan kongsi ….satu hari rasulullah bersama para sahabat menziarahi seorang wanita yahudi ...pastu wanita yahudi tu pun menjamu rasulullah dan sahabat dengan buah limau..nak dijadikan cerita baginda makan buah limau tu dengan sangat cepat dan bersungguh-sungguh sampai tak bagi peluang langsung untuk para sahabat makan…sahabat langsung tak makan…rase2nya kenape ekkk???ermm..sebenarnya buah limau tu sangat laa masam..rasulullah tak sampai hati nak bagi sahabat makan limau yg masam tu..so dats why baginda makan semua..lagi satu baginda nak jaga hati perempuan yahudi tu….akhirnya wanita yahudi tu pun memeluk Islam…daripada kisah ni kita dapat lihat betapa Rasulullah sangat mementingkan persahabatan iaitu sanggup berkorban demi sahabat2..banyak lagi kisah yg boleh kita jadikan ikhtibar..akhlak rasulullah mmg yg terbaik..sama2la kita berusaha untuk mencontohi akhlak baginda …insyaAllah..
0 comments

Monday, February 18, 2008

Owh Pakcik TeKsi !!


Date : 16 feb 2008
Time : 3.00 p.m
Disebabkan kelas bi takde, gara2 lecturer tak datang, kami bertiga, chep, aimi and syila pon macam biase laa jalan ke arah Munira berdekatan dengan El-Bagl untuk tahan teksi..lepas beberapa kali try tahan teksi , pakcik2 nie ramai pulak yang taknak pergi fustat…kenape ntah..bila ade yang nak ke fustat,tambang mahal pulak..kalau tak dapat LE 5 @ 6 kami tak nak naik..alhamdulillah, akhirnya dapat jugak teksi LE 5…perbualan dengan Pakcik teksi bermula <>
Ammu : Awak semua ni bagusla…sebelum naik mesti cakap dulu “MASAKIN FUSTAT Ya
Ammu”…pastu bila pakcik setuju awak mesti cakap “bikam yaa ammu?mumkin
khomsah?”…kuwaiyyis,,kuwayyis….tiap2
petang pakcik nampak awak semua kat sini..

Aimi : Ooo…Pakcik nampak student Malaysia hari2 yer…

Ammu : yup..dalam waktu macam ni laa saya nampak..emmm..awak semua Malaysia ke
Indonesia?

Chep : Kami Malaysia…bukan Indonesia..

Ammu : Orang Malaysia bagus..Indonesia pon bagus…Dekat Malaysia ramai muslim kan..dekat
Indonesia pon ramai..tapi dekat Mesir sikit jer…

Syila : Eh?? Betul ke??bukan Mesir banyak ke Pakcik??

Ammu : Tak..tak…mesir teruk..polis dekat sini pun tak bagus..orang Mesir ramai yang tak tutup
aurat..baik lelaki atau perempuan..yang perempuan make-up dasyat2…tak elok
tu..ramai yang minum arak laa..hisap rokok laa…polis pon same je…

Aimi : Ooo..ye ke pakcik..ingatkan Islam kat mesir ni cukup kuat…

Ammu : Dekat sini kalau berjanggut, pakai serban,pakai jubah..mesti kena tangkap dengan
polis..pakcik terpaksa cukur..dulu berjanggut..sekarang dah tak boleh…saya dah tujuh
kali kena tangkap dengan polis..

Chep : Arr???Kenape pakcik??

Ammu : Entah laa..pakcik pon tak tau.. pakcik cuma nak ikut Rasulullah je..semua yang pakcik
buat tu sebab nak ikut Rasulullah..tak nampak pon silapnya…pernah satu malam tu
pakcik tengah tidur..tiba2 ada orang ketuk pintu kuat2..rupa2nya polis datang dan gari
pakcik…

Kami bertiga terdiam..speechless laa…tak tau laa pulak…Akhirnya kami sampai fustat..pakcik ni memang baik laaa…kesian jugak kat Pakcik ni..rase macam nak naik teksi dia hari2 pulak..hehhe..dah laa LE 5 je..



Date : 17 February 2008
Time : 12.30 p.m
Al-kisahnya faty tak sehat..so dia tak pergi kelas..tetiba nak dekat pukul 12 faty sms aimi..mintak tolong sape2 balik rumah untuk belikan ubat..atas nasihat Dr.Wani , kami pun beli laa ubat yang macam kak wani pesan dekat Faty tu..Faty sakit dasyat jugak laa…tapi bukan laa sakit kronik..maybe keracunan makanan kot…tak reti laa nak diagnosis penyakitnya…hehhe…ilmu tak cukup lagi…So, chep and aimi terpaksa laa escape class biochem..bukan ponteng tau..lagipon Dr.Hanan dah pesan haritu…die cakap kelas untuk hari ni 30minit jer..dia tau semua orang still dalam mood cuti lagi..so tak boleh ajar banyak2..hehhe…tau2 jer Dr.Hanan nie…thanx Dr…!
Kami balik naik Metro …then sampai margigis kami tahan teksi…

Aimi : Ya ammu..masakin fustat?

Ammu : OK

Chep : Mumkin 3?

Ammu : Mumkin…..mesyi

Chep dengan aimi pon naik laa teksi..

Ammu : Mumkin 2??

Chep : Ha?? 2?? àisk…betuk ke pakcik nie??

Ammu tu pun gelak2..hahhah

Ammu : Mumkin 4??heheh?? atau mumkin 1??macam2 mumkin laaa…

Aimi : Mumkin nus <0.50> ??hehhehehe…

Ammu : Mumkin awak tak yah bayar laa….hahah

Riuh suasana dalam teksi tu…semua tergelak besar…
Dalam perjalanan tu, banyak laa borak2 dengan pakcik tu…nama dia Khalid..rumah dekat Zahra’..pakcik tu sibuk laa suruh kitorang kahwin dengan Egyptian..konon2nya memang baik sangatlaa semua orang mesir nie..hmmm…takpe laa pakcik…kitorang datang sini nak belajar dulu..tunggula 6 tahun lagi baru kahwin…tu pun bukan dengan Egyptian kot..hahah…Kesimpulannya, pakcik ni pun best laa..banyak cakap dan tak bosan dan tak menyakitkan hati.. : )



Date : 17 February 2008
Time : 5.00 p.m
Nak jadi cerita…kami bertiga , chep, aimi and syila …tahan laa 1 teksi nie…pastu…
Syila : masakin fustat ya ammu??

Ammu : Ok…masuk laa..

Syila : Mumkin 5??

Ammu : oo..mane mungkin…kalo ke Masjid Amr boleh laa 5…kalau ke fustat 10..

Syila : emm..takpe laa pakcik..kami tak nak…

Ammu : Okla..6..

Kami pon bukak laa pintu..syila bukak pintu depan..tiba2 pakcik tu marah2…

Ammu : Belakang!!Belakang!!Pintu belakang!!

Kitorang pon buat laa muka kompius giler..aphal pakcik nie..

Ammu : masuk laa cepat…!!!aphal dengan kamu semua nie???!!

Kitorang masuk laa…baru jalan sikit pakcik tu cakap…

Ammu : haa..setiap sorang bayar 3…!

Aimi : Aik..pesal pulak???2 cukup laaa..!!!

Ammu : Takde…takboleh..seorang 2.50!

Syila : Pakcik!!!kitorang tak nak naik..berhenti kat sini jugak…

Pakcik tu buat muka tak bersalah jer..dia terus je bawak kitorang…

Dalam perjalanan tetibe pakcik tu cakap…

Ammu : Awak semua ni ade duit kecik ke tak??nak kena ade baki tak??

Masing2 buat muka masam jerk…

Ammu : haa..ade ke takde??nak kena ade baki ke tak?? Sorang 2.50…

Syila : Istanna ya amm!! …nanti dah sampai baru laa kitorang bayar…isk..

Ammu : Tak…bagi duit sekarang…

Then syila keluarkan duit LE 10…pastu pakcik tu pun pulangkan baki..nasib baik dia pulangkan…apa motif pakcik tu mintak duit awal2???rasenya pakcik tu takut…takut nanti kitorang hulur kat dia LE 5 jer pastu terus lari..bertaktik pulak pakcik nie….

Ammu : Nie nak jalan terus ke??ke berhenti kat sini??

Disebabkan uturn ke rumah kitorang tak sampai lagi, kitorang suruh laa pakcik tu terus dulu, pastu baru uturn…tetibe pakcik tu cakap…
Ammu : Nak jalan terus ye??ok..saya pun memang nak jalan terus je…

Time dh sampai kat uturn tu, tetibe pakcik tu tak uturn pun..dia terus je..

Aimi : Pakcik..nape tak masuk??

Ammu : Saya tak nak masuk..saya tak nak pergi situ..saya nak terus je!!

Chep : Berhenti kat sini pakcik!!

Aimi : Pakcik!!!!!!! ..ape nie???bayar mahal…tapi tak masuk!!!!

Mengamuk aimi dengan syila time tu..pakcik tu dengan muka selamber jer bukakkan pintu kitorang and terus cakap selamat jalan dengan tak ikhlasnya….chep???tahap kesabaran dapat kawal lagi..tapi dalam hati meluap jugak arrr..nak marah tak reti pulak nak cakap arab nie..sikit2 boleh laaa..sebenarnya chep tak laa kesah sangat kalau pun harga die mahal..masalahnya sekarang nie BUDI BAHASA…boleh tak kalau pakcik berbudi bahasa sikit bile cakap…kalau layanan baik best jer nak keluarkan duit untuk bayar perkhidmatan yang baik..ni tak…marah2 jerk…ape2 pon nak marah banyak2 takde gunanya..semoga Allah berikan balasan yang sepatutnya pada Pakcik tu..amin…… : ) insyaAllah…Akhirnya kitorang jalan kaki laa ke rumah dari jalan tue…

Hoho…conclusion???pakcik teksi mane jadi pilihan hati???hehhehe..pakcik ke 3??hehe..banyak orang banyakla ragam…ape2pon kita kena terima semua nie..sebab kita manusia ni takde yang sempurna..manusia tak lari dari kesilapan…setiap orang pasti ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri…sama2 laa kita baiki kekurangan yang ada..insyaAllah..

0 comments

Saturday, February 16, 2008

KeSusAhAn SaTu KeMaNiSaN..


Habis je kelas petang tu, chep, aimi and syila bergegas balik rumah. Fety and aisyah pergi cc.Then diorang pegi rumah kak El sebab nak ambil tulang. Tulang manusia sebenar yang kami guna untuk belajar anatomi.Belajar dengan tulang lagi best daripada baca and mengadap buku jer..lagipon 27 feb ni kitorang ada exam spoting anatomi..so kenalah study tulang tu habis2.
Sampai je rumah, aimi terus kupas kulit kentang. Semangat betul nak buat karipap…heheh..mula2 kitorang ingat nak buat saje2 je nak bagi kawan2 makan, tapi pihak AJK Program mintak kitorang jual pulak..Program Jaulah ke Alexandria.Kena jual sebab pagi tu makanan untuk breakfast tak disediakan..kitorang pon semangat laa buat..lagi pon esoknya memang takde kelas…tak la ganggu study sangat..al-kisahnya malam tu kitorang buat sambil tengok movie Team Medical Dragon2..so tak laa bosan sangat..mula2 nak buat 2 kilo je, tapi bila macam dah nak siap rase macam tak cukup pulak..then chep ngan aimi pon pegi laa kedai beli tepung lagi..sampai kedai rase macam terkejut pulak sebab harga tepung makin mahal..biasenye kat sini paling mahal pon LE 3.75 je..tapi harga dia dah jadi 4.25. Mungkin sebab tepung tu cover die lawa sangat kot..nampak macam berkualiti laa palstik die..kalah tepung cap sauh Malaysia tue…kui3..malam tu kitorang tidur dalam pukul 12…bagi chep pukul 12 tu cam dah lambat giler jugak laa…biasenya pukul 10 dah tidur..sebab malam panjang kat sini..pukul 5.30 dah gelap dah..magrib pon dah masuk..isyak pukul 7..then makan and study sikit ..pastu tidur arrr…zzzzzz..90 minit lepas tidur mimpi pon bermula ..camtu laa hidup chep hari2…
Al-kisahnya kami semua kunci jam pukul 3 pagi..konon2nya nak goreng karipap tu laaa..last2, pukul 4 baru tersedar…yang lagi menyedihkan, tengah si aimi goreng, GAS HABIS..isk..macam mane nie???pukul 4 pagi nak cari gas kat mana??karipap berlambak lagi tak goreng..2 dulang besar and beberapa pinggan..isk..dugaan..memang semalam ada yang sebut , “sekali gas habis time goreng sebab hari tu pakcik yang baiki peti tu macam banyak jer gune gas”…huhu..nampak gayanya memang masin laa mulut…memang habis pon..dah laa mesir ni ardul kinanah..senang termakbul bila cakap ape2..last2 kitorang pon telefon laa rumah yang terdekat dengan rumah kitorang..sian diorang kena kejut awal2..belum subuh pon lagi time tu…after subuh kitorang pon terus bersiap and pergi goreng karipap yang best tu..heheh..dugaan seterusnya??hoho..disebabkan awal sangat kitorang bangun kitorang tak boleh masuk imarah rumah orang lain..bawab kunci pintu utama waktu malam..pagi baru bukak..so terpaksa laaa kejut pakcik bawab tu…sebenarnya tak sampai hati jugak nak ketuk pintu rumah bawab tu, tapi dah takde cara lain dah..sorry and mintak maap laa pakcik bawab ekkk…
Akhirnya pukul 7 pagi karipap kitorang pon siap…naik jer bas terus promote..heheh..rupe2nya bukan kitorang jer yang buat kerja part time ni, ade jugak budak rumah lain yang bisnes..ade jual donat, ade jual nasi lemak ..ade jual kerepek..isk…banyak saingan laa pulak..xper…saingan sihat…akhirnya, pagi tu karipap kami Berjaya diahabiskan..huhu..alhamdulillah..kariapap panas..sape yang tak nak kan????

Al-kisahnya lagi, mula2 kitorang semua naik 3 bas..baru jer jalan sikit, keluar dari Fustat, tetiba bas berhenti..ingatkan berhenti kejap je untuk budak laki bacakan doa..tunggu punya tunggu tak jalan2 pon bas..pastu ammu tu datang kat bahagian belakang and buka enjin…

Amir : Fi musykilah yaa ammmu??
Ammu: Fi musykilah, sughair…

Kitorang pon rilek je laa…tunggu dan terus menuggu..tapi takde apa2 tindakan..akhirnya kami diarahkan oleh Amir untuk turun dari bas and naik bas yang lagi satu… “huh..kata masalah kecik je, nape plak nie”….terpaksalah kami semua pelajar akhawat berhimpit satu bas…x kesah la…janji sampai ke Alex tu…kami pon tunggu bas tu gerak..isk…tak gerak pon..tadi ammu tu jugak suruh kitorang naik bas nie…tetiba die cakap tak boleh macam ni sebab takut polis tahan..ammu tu cakap kejap lagi ade bas baru yang akan datang….kami pon tunggu laa dengan penuh kesabaran…
Sementara nak tunggu bas baru datang, pihak AJK pon buatla sedikit briefing pasal tentative program..then ade jugak AJK yang bagi pengisian..tazkirah…menenang kami semua yang agak “gembira” dengan masalah bas ni…antara pengisiannya,

- kita semua merancang…tapi apa2 pun, perancangan Allah adalah yang terbaik -
(al-imran ayat 54 )

Memang ada hikmahnya kelewatan ni..patutnya pukul 7.30 dah bertolah..tapi sampai pukul 9.30 pon tak gerak2 lagi…lepas Ajk bagi tazkirah, ramai pulak kawan2 yang lain yang nek berkongsi cerita and ilmu..memang seronok sangat..masing2 masa tu sibuk fikir nak kongsi ape laa dengan kawan2 lain..Thanx laa korang semua yerk…atas permintaan Aimi, chep pon keluar jugak laa untuk bercerita kisah Rasulullah bergurau dengan sahabatnya.Chep dapat cerita ni time smart circle dengan Kak Zety..

Al-kisahnya pada suatu hari, Rasulullah s.a.w makan bersama sahabatnya..mereka makan buah tamar..nak dijadikan cerita, si sahabat ni , makan tamar tu dan lepas makan beliau tolakkkan biji tamar tu ke bahagian dulang Baginda, pastu sahabat pon cakap ..lenih kurang macam ni laa ayat beliau “eee..banyaknya rasulullah makan” ….pastu rasulullah pon senyum dan berfikir kejap..lalu rasulullah pon menjawab… “isk, sape yang makan lagi banyak..orang yang makan dengan biji atau orang yang makan isi je tanpa makan biji?”…. : ) Comel kan cerita nie????boleh laa cerita kat orang lain pulak yerk…insyaAllah….

Sambung cerita pasal bas, dalam pukul 9.30 tu ammu tu cakap bas dah nak sampai dah..bas tu sekarang ade kat Attaba…tak jauh mane pon dari fustat nie..kami pon tunggu je laa…ade jugak yang dah tertidur…last2 dah berape lame tunggu tak sampai2 pon basnye…tetibe nampakla beberape budak laki turun dari bas satu lagi and menghala balik ke rumah masing2…diorang malas dah kot nak tunggu..lagipon kebanyakan budak2 kat sini memang dah pergi dah Alex tu..diorang join lawatan ni pon sebab lawatan ni free..takyah pon bayar tambang…and seronok sebab pergi ramai2..lepas diorang balik, tetibe AJK suruh sape2 yang takde seat pergi naik bas budak laki..ganti budak2 yang balik rumah tu punya tempat…sebab bas yang kononnya dah nak smpai tu takkan sampainyer…..huh…diorang yang balik tadi tu sebenarnya berkorban untuk kawan2 lain yang tak pergi lagi…huhu..Thanx yaa guyz!!xder rezeki…nak wat camne…

Bas pon bergerak akhirnya, lalu Giza..kawasan pyramid..sebelum ni chep tak pernah pergi pyramid lagi..bak kata senior2 ni dulu, tak payahla berkejar-kejar nak pergi tengok pyramid firaun tu…banyak lagi tempat sejarah Islam lain yang boleh korang pergi…..betul jugak tu….so kebetulan dah lalu betul2 dekat dengan pyramid, kitorang pon tengok je laa dari luar…takyah masuk dalam pon takpe..jelas je dari luar pon..kalau masuk kawasan tu dah kena bayar berapa puluh ntah…pastu kalau nak masuk dalam pyramid tu sendiri pon kena bayar jugak…so buat masa ni just tengok je laa dulu dari jauh..lain kali kalau ade peluang baru pergi semula..tak dinafikan..memang nampak besar sangat pyramid tu…bak kata kawan2 lain yang dah pergi.. “rase macam kat kaki langit…besar sangat”…isk..camne tu???

Dalam nak dekat pukul 12, kami semua sampai kat QARYAH ASAD…qaryah asad ni maksudnya perkampungan singa..ala2 zoo laa…walaupon namenya perkampungan singa, tapi takla banyak mane pon singa..ade 4 ekor je yang chep nampak..2 pasang suami isteri…ade 2 kandang singa..sekandang sepasang..huhu..nampak bahagia giler singa tu…heheh…




Yang betina tu name die NANCY…pingu!!chep ade kucing baru nie…heheh..

Kat qaryah asad ni ade sejenis makanan..tak tau laa nama dia ape..sangat besar..rase die macam roti canai…tapi saiz die besar..boleh kongsi ramai2..bolah kongsi 12 orang…kalau tengok time die buat memang besar giler..tapi bile dah siap tak laa besar mane pon…ikhwah ramai la jugak yang beli..akhawat chep and dag eng je yang beli..heheh..kongsi 8 orang…harga LE30..kongsi ramai2 jd murah je laa…tak sampai LE 4 pon sorang….makan makanan tu muak skit..so chep pon kongsi bahagian chep dengan satu bas..heheh..semua orang dapat rase…kalau makan sorang memang komfem laa tak habis..



Ni laa die makanan tu..macam pizza plak bentuk die…

Pukul 1 kitorang sampai Alex…terus menuju ke Qal’ah …sempat explorer kubu ni kejap je sebab dah petang..polis tu siap halau2 kitorang suruh keluar…heheh..tapi ramai je yang buat tak tau…baru sampai, takkan nak halau dah…kubu ni betul2 kat tepi laun…sebenarnya Bandar Alex ni memang Bandar tepi laut..macam petempatan berjajar laa…berjajar di tepi laut..cantik and best laa…angin kuat giler…sejuk pon giler jugak…heehehe..macam kat Sinai dulu…ingatkan dah tak sejuk dah..padan laa muka pada sape2 yang tak bawak baju sejuk tu..hehehe……walaupon sejuk..ramai pulak akhwat yang beli aiskrim..kempunan..heheh..me too!!Kebetulan time tu hujan….hoho…tetiba nampak plak pelangi..


Nampak tak pelangi belakang tue???cantik kan???subhanallah….

¾ daripada Pelajar Perubatan Perempuan Tahun 1 Cairo University…

Panjang laa pulak cerita kali nie…lepas tu kami cari tempat nak solat..nak jadi cerita lagi..dugaan seterusnya…kami niat jama’ ta’hir…jam dah pukul 5 ptg, tapi pakcik ni still lagi nak berhenti kat mane2 masjid..puas dah Ajk cakap dekat ammu tu untuk berhenti je dekat mane2 tempat yang boleh solat..tapi pakcik ni tetap jugak nak cari surau yang jauh..sampai terpaksa keluar dari Bandar Alex…memang jauh..padahal banyak je surau yang kitorang lalu..alasan ammu tu..polis dekat alex ni tak bagi berhenti kat tepi2 jalan..huh…susahnya kalau nak berhenti kat surau pon tak boleh..akhirnya samapi jugak kat surau yang jauh dari Bandar Alex tu…yang sedihnya walaupon dah sampai..takde pulak tempat wudhuk…budak laki boleh laa berwudhuk dekat tepi sungai…kami yang akhwat ni berwuduk dengan air mineral..nasib baik ade sikit air dalam botol mineral chep….time tu memang sejuk sangat..nak tak nak tetap kena berwuduk jugak..memang dugaan…bak kata AJK..…dugaan orang2 Islam zaman dulu jauh lebih berat dari kita kat zaman sekarang nie..bayangkan macam mana Rasulullah berhijrah dulu..mane ada bas, kereta,flight, ketapi..mereka semua naik unta atau jalan kaki jer..terpaksa berjalan berhari-hari..lalu kawasan padang pasir..bila panas memang panas sangat..jauh lebih hebat dari umat2 zaman sekarang walaupun hidup tak sesusah and sepayah zaman dulu2…renung2kan lah….
Selesai solat, kami naik bas..sekali lagi ammu tu “buat hal” skit…nak marah pon tak boleh..sebab ustaz kata orang arab ni kaum nabi..Rasulullah berbangsa Arab…so kena bersabar dengan orang arab nie..ammu tu cakap dia tak nak masuk Bandar Alex balik..patutnya kami semua akan ke mumtaza ,perpustakaan Alex and salah sebuah masjid bersejarah dekat sane…isk..nape laa ammu ni???Alasan ammu tu..hari ni hari Valentine..so jalan sesak..sebab ramai orang yang nak pergi mumtaza tu nak sambut valentine???isk…isk…macam2…lepas puas Ajk ikhtiar…akhirnya pakcik tu akur dengan kehendak kami dan arahan dari pihak atasan …heheh…terima kasih yer ammu…Sampai dekat Mumtaza hari hujan…tak de orang pon..tak ramai pon orang yang konon2nyer nak sambut valentine..huhu..boleh kire je berapa orang yang ade…hehhe..kat mumtaza ni memang cantik…tempat bangsawan…kat sini ade Istana Raja Farouk…kalau ikut sejarahnya..katanya Raja Farouk ni banyak gundik..kalau nak tau berapa banyak gundik die..kena kira berapa banyak pokok tamar yang ade kar kawasan tu…huh..memang sangat banyak laa pokok tu…chep tak kira laa pulak berapa…tak lame pon jalan kat muntaza ni..sebabnya sampai sane nak solat..masjid tutup…ade2 je..last2 kami solat kat luar masjid je…lepas jalan2 skit, bas pon bergerak laa balik Cairo…memang tak sempat pon nak explorer mumtaza..gelap sebab malam + hujan…tapi yang bestnye..sempat main2 dengan 2 ekor kucing..heheh..mesra pulak kucing2 tu..biasenya kucing kat mesir ni takut dengan orang…dapat gak lepaskan rindu kat pingu…heheh…


Dalam pukul 2 pagi…sampailah ke rumah…ape2pon..terima kasih ye ammu..!!!kalau takde ammu kami tak sampai ke Alex harini…baik je ammu tu sebenarnya..mood die je kot yang tak baik haritu…heheh..Walaupon pelbagai kesusahan yang kami hadapi..banyak perkara yang kami belajar…KESUSAHAN SATU KEMANISAN…sebab daripada kesusahan laa kita dapat belajar banyak perkara..betul tak????

0 comments

Saturday, February 9, 2008

Perjuangan Seorang Hamba dan Khalifah

Salam…happy Chinese newyear kepada mereka yang berbangsa cina..chep adela jugak kenalan yang berbangsa cina..but not so many..and kebanyakkannye dah lost contact..pernah dulu time kecik-kecik..xla kecik sangat..darjah 6..chep and kawan2 pergi beraya cina kat rumah sir kitorang..SIR NG BOON TUCK…sir..miss u so much..thanx 4 evrything..walaupon saya tak dapat teruskan belajar taekwando, saya tetap ingat semua yang sir dah ajar..niat di hati memang nak khatamkan sampai blackbelt..tapi apekan daya..tak dapat nak tunaikan impian tu..chep smpai belt hijau jer..lepas hijau tu ada sekali grading..lepas tu terus stop dari belajar..dah laa stop tibe2 jer..tak inform dekat sir pon..tak tau pon keputusan ujian tue..tak tau pon dapat belt ape..sorry sir..tak sampai hati la nak beritahu sir..berat hati nak tinggalkan kelas tue..memang banyak perkara yang kami belajar dari sir..macam2 kesusahan yang kami semua lalui bersama sir..isk..apesal skema pulak blog kali nie??heheh..actually nak tukar style pulak..chep akan cube kurangkan penggunaan short form..tapi kurang menggunakan short form tak bermakna “skema”..ayat tetap macam biasa..bukan apa..ade orang tegur..suruh guna ejaan yg lebih tepat..sebab takut ada orang yg tak faham..ermm…I’ll try..tapi takla skema sgt..sikit2 jerk..
Perjuangan seorang hamba dan khalifah??? Apa sebenarnya tujuan manusia dicipta??Apa sebenarnya hadaf kita di dunia nie???Kita memang selalu dengar persoalan nie..and kebanyakan kita semua dah tahu pon…manusia adalah KHALIFAH dan HAMBA kepada pencipta..so..jom sama2 kita semua renung2kan..adakah kita semua dah sama2 jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah??ermm…chep???same2la kita berfikir sejenak yer…apa tanggungjawab hamba ye???apa pula tanggungjawab khalifah???chep pon tak reti sangat nak hurai topic ni secara detailnya..harap kawan2 ada yang boleh bagi pendapat..thanx pada AJK PROGRAM DUDUK SAMA2…heheh…actually ni program anjuran batch kami untuk akhawat …program ni banyak pengisian yang best..yang beri kami peringatan dan pesanan…yang menceritakan hal berkenaan sejarah kita as a muslim..macam mana Islam yang satu ketika dahulu menguasai 2/3 dunia..ketamadunan Islam..dakwah Islam..dan sebagainya..Betapa hebatnya umat Islam terdahulu yang berjuang demi Islam..betapa hebatnya dakwah mereka..Sumaiyyah..Bilal bin Rabah..Para sahabat…semua sanggup bergadai nyawa demi memperjuangkan Islam…Kerana mereka semua Islam tersebar ke serata dunia..daripada segolongan yang kecil yang memeluk Islam..akhirnya menjadi jutaan manusia..Kemuncak zaman kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyah…pada waktu nie, Islam menjadi pujaan umat manusia..semua orang nak jadi macam orang Islam kerana betapa hebatnya Islam pada masa tue..Pada ketika umat Islam dah maju ke hadapan, masyarakat Eropah masih lagi dalam kegelapan..tiada teknologi dan system..selepas 700 tahun, barulah eropah berjaya menjadi seperti masyarakat Islam abasiyah..bayangkanlah..700 tahun..bukan 7 tahun..tapi zaman sekarang???umat Islam dah tak macam dulu..zaman sekarang umpama zaman Mekah…tiada lagi system khalifah yang menjadi kekuatan umat Islam..tiada lagi empayar Islam yang hebat..Jadi..apa tanggungjawab kita yer kawan2??Pernah dengar tak kata2 nie?? “kalau nak tengok kekuatan sebuah negara, tengok pada syababnya (pemuda)???” ..ermm..malaysia punya syabab macam mana yer???merempit??hebat tue…huhu..bukan calang2 orang boleh buat aksi2 mcm mat rempit..wikang laa..wily laa..superman laa..mintak maap laa kalau ade yg terase..sape makan cili dia yang rasa pedasnya…btol tak???same2la kita semua renungkan…..wallahualam…
1 comments

HIKMAH KEMBARA

Salam ukhwah buat semua…dis is my first post in blogspot..b4 dis dah ade blog at frenster..tp skrg dh tukar kat blog spot plak sbb frenster agak leceh n kurang menarik..
Tanggal 27 Januari 2008… Bermula lah “SINAI EXPLORER 2008” anjuran PERUBATAN..early in da morning, at about 7a.m, all of us gathered at Malaysian hall..mmg rmai gler..3 bas and 1 coster. Time tu smuer ahli2 perubatan yg join mmg terpancar wajah2 yg sgt2 ceria..wajah2 yg gembira sbb exam dh abes..alhamdulillah..chep pon same..dh abes exam..n now tawakkal jer at Allah..He noe da best..

Pagi kat ARMA b4 bertolak ke Sinai


At 10 a.m, our journey began..perjalanan mmg agak jauh..mule2 lg ktorg dh tdo..dlm pukul 12 chep terjaga dr tdo yg mmg nyenyak gler..n pemandangan kat luar tu mmg tandus…yang ade cuma gunung-ganang n padang pasir..ade laa sikit2 je bangunan n pokok2 yg mcm x berape nak sehat..kering jer..after few hours, we arrived at TABA..it is a town bordering with ISRAEL..at TABA there is also PHARAOH island.There is a fortification that was build by the Crusaders but then Salahuddin al-Ayubi took it over. We can see Egypt, Israel, Jordan and Saudi Arabia from there.


Hari dah gelap, so rombongan kami berhenti solat kat sebuah masjid..xsure lokasinyer kat mane..lps solat ktorg diberi makan oleh brothers2 perubatan..thanx bro!!ntah bile diorg preparekan hidangan utk kitorg..mmg ktorg smue kebuluran nasi..hehe..lps siap makan ktorg buang masa dgn bergambar..dlm masa yg same chep pon buat perkara yg chep suke buat..tengok bintang..heheh..mmg best sgt spjg 2 malam kat sinai sbb bintang mmg sangatla banyak n berteraburan..x penah tgk bintang sebanyak ni b4 dis..subhanallah..mmg terpegun laaa…not just me but all of us..tenang sgt tgk bintang2 tue…huh..kalo hari2 cam tu mst best…

“Waa..cantiknyer bintang tue”…smuer takjub tue..


Dalam pukul 10.30p.m ktorg smue sampai kat DAHAB..mmg x sangke plak kat tengah2 kawasan bukit-bukau gunung-ganang,padang pasir tu ade tempat yg sangatlaa cantek!!After ktorg check in,chep ,fety,aimi and syila merayau kat sekitar Dahab tu..mmg byk kedai2 yg bleh ktorg shoping..tp mlm tu x shoping pape ..juz nk survey..actually DAHAB means gold in local Arabic. Kat sane bleh nak snorkeling, kayaking, and cyling.Lps ktorg smuer merayau2, perut mula laa berbunyi..so ktorg cari laa mane2 restoran yg bleh bg ktorg makan..try survey byk restoran tp smuernyer mmg mahal giler..plg2 murah pon dalam LE 40..huh..tu bleh blanjer mkn utk seminggu…finally ktorg jpe laa satu restoran yg agak murah berbanding yg laen..LE 25 utk satu hidangan..dpt soup ngan roti isy yg mmg sedap, nasi ngan ayam atau kufta, etc. Berbaloi laa kot..sbnrnyer yg mahal bukan hidangan2 kat ctu, tp kawasan tu yg mahal..btol2 kat tepi RED SEA…red sea adalah laut dimana firaun dengan pengikutnya tenggelam sbb laut tu terbelah..laut tu terbelah slps nabi musa mengetuk tongkatnyer..subhanallah…dapat jugak tgk laut tu depan mata sendiri.Layanan kat restoran tu agak baik..si Muhammad pelayan restoran tu mmg peramah..ayat pertama die kat ktorg “wow..women wearing glass is very special. Your husband will be very lucky becoz he will marry 2 women in a same time, one with glass and another with no glass”..camtu laa bunyinyer…haha..best jugak falsafah die nie..mmg ktorg smuer pakai spek mata pon…cume syila jer yg x pkai mlm tue…kat restoran tu jugak ade sorang pelayan yg agak berumur..die reti ckp melayu sbb die ckp die penah kerja kat KL..he said that Malaysia is a very nice country and have a very nice people.He have work for a few years at KL..but unfortunately he lost all his money there..we ask da reason why..but he just said that its all takdir Tuhan…terkesima gak ktorg time tue..x tau nk ckp ape..just give him some smile..bagusla jugak die tu sbb die x menyalahkan takdir n redha je..



Romantik laa restoran nie…huhu


Tanggal 28 January 2008….
After subuh, ktorg pon semangat laa kluar dari chalet nak explore lagi Dahab nie..kononnyer nak cyling laa pagi tu..unfortunately smuer kdai yg sewakan basikal x bukak lagi..biase laa org arab..bukak kdai mmg lmbat..smpai pkul 9 ktorg tggu..tp x jugak bukak…so ktorg pon try laa cr breakfast..pagi nie nak save sbb mlm td dh makan mewah dah..so we just take 2 packet of molto (chocholate croissant) and sekotak strawberry milk..bolehla tahan..janji perut ni penuh..after that ktorg jalan2 kat tepi red sea and shoping kat sekitar dahab nie…time shoping habis dalam LE 100 laa..heheh..mentang2 biasiswa baru masuk..shoping sakan laa…I bought a sweater n 2 t-shirt..tu jer..x berminat plak nak beli cenderamata..bcoz cenderamata xleh dpakai..just boleh tgk jer..btol x??Lepas shoping ktorg naek jeep..lps kecewa basikal xder…walaupun kedai sewakan basikal dh bukak, basikal dah xder..sbb x cukup..so many malaysian student yg excited nak naek basikal..so of coz laa not enough..kat mesir perempuan x naek basikal..mmg adat diorg macam tu..so kalo kat kawasan laen mmg xder peluang bg gurlz utk cyling expt at Dahab.Naek jeep kne bayar LE 15…ktorg naek 8 orang..tourist guard yg jd driver tue promise to bring us to da most beautiful place kat Dahab tu..mule2 risau jugak..ntah ke mane laa ktorg akan pergi…naek jeep macam naek roller coaster jerk…1st place yg pakcik tu bawa ktorg adalah blue lagoon..wow..wat a very wonderfull place..mmg gler cantek laa..!!biru sgt air die..terletak btol2 kat kawasan pdg pasir…kagum and terkesima..mmg indah ciptaan tuhan..then antara tempat laen yg menarik pakcik tu bawa ktoeg adalah di kawasan atas gunung…we can see the whole DAHAB..mmg menarik sgt…kalo nak diikutkan pakcik tu nak bwk ktorg jalan byk lg tempat, but we have to check out at 11.30a.m, so we don’t have enough time…I hope I can bring my family here..insyaAllah..


At blue lagoon..subhanallah..mmg cantik!

Sbnrnyer byk lg nak citer..tp I have to make it short..ptg tu dalam pukul 6 ktorg check in kat chalet yg berdekatan dengan kaki gunung Sinai..suhu??x sure…tp terlalu laa sejuk..smpai x boleh tdo..at 1.00 a.m in da morning, ktorg naek bas pegi ke gunung Sinai @Jabal Musa. It is the 2nd highest peak in Egypt. It is 497 ffet or 2285 meters with 3750 steps after a long and sloping track. The temperature on the peak may fall down to -2 degree celcius.It is believed that nabi Musa receives the taurat here.-refer to al-baqarah ayat 52-….pergh..mmg sejuk gler mlm tu..2 mlm sblm tu boys dah daki..mmg byk pesanan diorg kat gurlz yg nak daki mlm nie..most important is “pakai baju tebal2”..bwk glove n stockin spare..etc”..boys ambil masa about 3 hours..ktorg plak take about 4 hours..huh!!mmg gler punyer penat!!4 ur information, chep pkai 8 lapis baju!!!tu pon still sejuk n menggigil..angin kat sane mmg dasyat..time daki tu rase cam antara hidup n mati jer..kalo angin tu tiup mmg rase cam nk melayang..mmg kne stop byk kali utk berehat……………….one important word –PENAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!heheh…and takut gler kalo melayang…setiap kali berehat mst chep tgk langit..penat tu hilang bile tgk langit..bintang cam dekat sgt…on da way tu chep kne tending ngan unta..isk…xtau peraturan lalu lintas langsung cik jamal ni …sakit gak kne tending..xper..pengalaman..Erm..im really respect at one of our senior..tabik spring la..brother ni giler punyer cergas..mule time daki die kat blakang ktorg..tetibe separuh jalan ktorg jpe die kat depan..bagi coklat kat ktorg..then ktorg pon troskan prjalan..die kat blakang laa time tu setia bg coklat kat org2 yg kat blakang..tetibe lps dah jauh n lame gler ktorg jalan npk die lg kat check point atas..pergh!!respek arr bro!!tangkas btol..bile nak turun pon same..mmg ktorg turun dulu..tetibe bile smpai bawah die dh ade tggu ktorg smuer..ntah jalan mane die ikut…yg pasti die mmg boleh lari2 jer atas gunung nie…dlm pkul 6 chep n aisyah dh smpai kat puncak gunung tu…kire lambat jugak laa ktorg nie…xper..slow n steady..


















We at da peak of SINAI MOUNTAIN!!Thanx pd org yg amekkan gambar nie..!!

Actually kat atas tu mmg susah sgt nak amek gambar sbb angin mmg sgt kuat..tgn pulak mcm nak beku dah..muka mmg dah kebas..so we not taking so many picture..kat bawah byk laa..kat ats mmg x larat..nak senyum pon susah..ape2pon..alhamdulillah sbb chep berjaye naek n turun gunung ni dgn selamat…thanx to aisyah idrus sbb teman chep sepanjang perjalan ke puncak..kalo naek sorg2 mst lemah smgt..sum of da girl crying sbb dah x tahan nak naek..ade gak gurl yg naek unta bile dah separuh jalan..xkesah laa…yg penting kite berjayer smpai ke puncak..bak kate our senior, DR Husmar Isra’,bile kite dh decide nak daki gunung Sinai ni, maksudnyer kite dh letakkan diri kita dlm zon yg kurang selesa..kite meletakkan diri kita dalam kesusahan..kepenatan..dan sbgainya..and dalam keadaan nie we should always remember Allah..kekuatan kite time naek daki tu akan bertambah kalo kite sentiasa ingat Allah..even kalo kite daki sorg2 pon kite pasti x rase lemah sbb kite yakin Allah bersama kite..amin…kalau nak diikutkan byk lagi tempat yg ktorg lawat macam makam nabi , suez canal, barlev line, uyun Musa(mata air nabi musa), st.catherine monastery, nabi Syuaib village and samiri golden calf,tomb of nabi Harun,and also tomb of nabi Salleh.Menurut kate senior perubatan, all trails of da prophets, only the places involving the prophet Luth and prophet Muhammad is sahih.Other places still have doubts(khilaf)..
So..apekah hikmah kembara kali nie???
1. Da most important thing I learn is….kalau kita nak kenal sesorg, kite kenalah bermusafir bersama dia..kalo x silap chep ade 3 cara nak mengenali sesorg…chep bace ni dalam buku ape ntah time skolah dulu…carenya adalah bermusafir atau makan bersama org tu atau tidur di rumah oaring tu..ni kalo x silap laa..x berape igt dah…sepangjang explorer Sinai ni mmg byk laa jugak ragam2 baru yg chep tengok..ade sorg doctor nie..dulu chep mmg igt die garang n agak sombong..tp kat sana “beliau” ni mmg x mcm anggapan chep yg dulu..friendly and boleh jer kalo nak bergelak pon..sorry ye doctor!!!mmg btol mcm ape yg pernah chep baca dulu..90% anggapan pertama or first impression pada seseorg adalah salah n tidak tepat!!
2. Bile kite tgk pelbagai sejarah nabi dan sebagainya, keimanan kita sepatutnya akan bertambah..sbb bila kita tgk bukti2 sejarah ni depan mata, keyakinan pd Quran akan bertambah.insyaAllah…
Byk lagi sbnrnye hikmah kembara nie..cume kite perlu renung dan fikirkan..pada sahabat2 yang same2 join Sinai Explorer ni, make sure learn sumthing…bukan berjalan sekadar nak berhibur and bergembira…….insyaAllah…Akhir kalam…thanx pada semua senior and sahabat2 yg join Sinai explorer nie..jasamu dikenang…!!hehe…pada sape2 yg nak tau cite yang lebih lanjut..boleh Tanya chep kat ym..add me at feeno_cheo03@yahoo.com
Ps//: email chep tu xder kaitan dengan roti feeno yg wujud kat mesir nie…email tu chep buat time tahun 2003…x tau langsung ttg kewujudan roti feeno mahu pon roti isy kat mesir nie………… : )..feeno tu sbnrnyer asal dr perkataan fenomena…that’s all…!!!salam………..